Secara jujur, saya adalah peminat budaya dari negara Timur seperti China, Korea dan tidak ketinggalan negara seperti Jepun. Peminat setia page ini pasti mengetahui bahawa jika HE tidak menulis mengenai sejarah dan budaya Melayu, maka admin HE banyak menulis mengenai budaya dan sejarah tiga negara ini. Kalau admin Faezal dengan Russianya, kalau admin Ayman dengan Turki dan Koreanya, maka tidak keterlaluan kalau anda katakan saya dengan China, Korea dan Jepun-nya.

Baik, berbalik kepada topik yang mahu saya perkatakan, entah kenapa saya tergerak untuk menukilkan mengenai pakaian tradisional masyarakat Jepun. Sebenarnya ketika menonton anime dari Jepun, saya paling suka apabila kisah tersebut mula menyentuh mengenai watak-watak di dalamnya akan memakai pakaian tradisional sambil melawat festival-festival yang sangat indah. Pemandangan yang dipaparkan dalam siri Anime mereka memang sangat mengasyikkan. Tambah-tambah lagi pencinta kebudayaan seperti saya ini.

Lantas terlintas di fikiran saya, apa kata saya menulis mengenai Kimono. Lagipun selain daripada melihat gadis Melayu dalam pakaian baju kurung, gadis yang memakai kimono juga mampu membuatkan tulang rusuk saya bergetar. 😛

Sejarah Kimono

Jadi, mari bersama saya kita terlusuri sedikit sejarah Kimono lalu mengenali serba sedikit pakaian yang sudahpun sebati dalam masyarakat Jepun. Rekod sejarah mengatakan bahawa Kimono sebenarnya berasal daripada Dinasti Han. Prototype Kimono Jepun hari ini berasal dari pakaian tradisional masyarakat cina Han. Perlu diketahui bahawa pakaian tradisional di China berbeza dan berubah berdasarkan dinasti.

Ini tidaklah menghairankan kerana mengadaptasian budaya Cina ke dalam masyarakat Jepun lalu disesuaikan dengan lokal genius tempatan memang berlaku sejak abad kelima lagi. Namun, rekod sejarah mencatatkan bahawa permulaan pemakaian Kimono moden seperti hari ini adalah bermula pada Fasa Heian yang berlangsung pada (749-1192).

Selepas zaman berzaman, pemakaian Kimono di Jepun menjadi tradisi dan mula bertukar menjadi fesyen semasa. Maka, kimono yang asalnya tidaklah berwarna-warni dan penuh dengan corak-corak mula berubah. Ketika fasa Kamakura (1192-1338) dan Muromachi (1338-1573) di Jepun, kimono berwarna cerah mula dipakai.

Pada Fasa Edo (1603-1868), setiap wilayah di Jepun dikuasai oleh bangsawan. Setiap samurai pula akan memakai pakaian kimono masing-masing yang corak-corak dan warna pada pakaian mereka melambangkan setiap wilayah mereka berkhidmat dan berasal.

Namun, tradisi pemakaian Kimono ini mula ditinggalkan dalam kehidupan seharian rakyat Jepun apabila pada pemerintahan Maharaja Meiji, ketika era budaya dari barat begitu menguasai orang Jepun, Ketika itu, pakaian-pakaian yang datang dari barat begitu ditekankan. Bahkan pegawal kerajaan dicatatkan ketika itu diwajibkan memakai pakaian barat. Lantas, pakaian yang bagi saya sangat indah ini mula dilupakan oleh orang Jepun. Hari ini, kita sangat jarang untuk melihat orang Jepun memakai Kimono, tidak kira dari kaum lelaki atau perempuan. Hanya pada festival dan keraian tertentu sahaja kita dapat melihat rakyat Jepun memakai pakaian indah ini.

Sedikit Perihal Kimono

Tahukah anda untuk memahirkan diri memakai Kimono anda harus menghadiri kusus tertentu? Ya, di Jepun siap ada kurus cara memakai kimono yang betul kerana pakaian ini bukan sebarang pakaian. Kimono tidak dijual dalam keadaan yang sudah siap, sebaliknya ianya dalam bentuk kain yang dipanggil Tanmono. Dan anda tidak boleh menjahit kimono menggunakan mesin sebaliknya harus dalam proses tradisional menggunakan tangan!

Kimono biasanya dibuat dari sutera Jepun yang dicetak dengan teknik yang dipanggil sebagai Yuzen”. Yuzen membawa maksud teknik cetakan berulang. Selalu terjadi salah faham di mana orang menyangka bahawa corak yang dipakaikan pada kimono itu dilukis. Tidak keterlaluan saya katakan tidak ada banyak beza teknik Yuzen dengan teknik batik orang Melayu.

Pada zaman dahulu, ketika seseorang mahu mencuci kimono mereka, maka mereka perlu untuk membuka setiap helaian kain yang sudah dijahit sebelum disambung kembali untuk dipakai. Tetapi peredaran zaman telah membuatkan tradisi ini ditelan masa.

Kimono Kaum Lelaki Dan Wanita

Kimono kaum lelaki ada pelbagai jenis. Montsuki adalah paling formal di kalangan kaum lelaki. Untuk pengetahuan semua, terdapat lambang keluarga yang dipanggil sebagai Kamon di bahagian punggung pemakai. Kimono ini biasanya dalam warna biru tua dan hitam. Ki Nagashi (Gambar: pula ialah pakaian Kimono yang dipakai secara santai hari-hari oleh setiap lelaki pada hari yang tidak rasmi.

Berbeza dengan kaum lelaki, kimono yang disarungkan oleh kaum wanita lebih kompleks. Terdapat pelbagai jenis kimono yang dipakaikan ikut individu dan keraian tertentu. Senarainya ada di bawah.

Tomesode

1. Tomesode

Tomosode adalah Kimono yang paling formal dan dipakai oleh wanita yang sudah berkahwin. Seperti mana Montsuke, terdapat lambang keluarga pada bahagian tertentu Kimoni ini. Ciri khas Tomesode adalah motif yang indah pada ”Suso” (bagian bawah sekitar kaki). Tomesode dipakai ketika menghadiri resepsi perkahwinan, pesta dan upacara yang rasmi.

Furisode

2. Furisode

Kalau Tomesode dipakai oleh golongan wanita yang sudah berkahwin, berbeza pula dengan Furisode yang dipakai gadis yang belum berkahwin lagi. Ciri khas Furisode adalah pada bahagian lengannya yang terjuntai ke bawa dan sangat lebar. Kimono ini adalah dalam warna-warni yang sangat cerah dan bercorak yang mampu menangkap mata memandang.

Furisode selalu dipakai pada waktu menghadiri upacara Seijin Shiki iaitu Hari Menjadi Dewasa, menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan, dan melakukan kunjungan ke kuil Shinto di hari-hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

Homongi

3. Homongi adalah Kimono formal untuk wanita yang sudah berkahwin atau andartu. Biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan, festival rasmi, Tahun Baru, dan upacara minum teh.

Iromuji

4. Iromuji

Iromuji adalah jenis Kimono semiformal yang boleh Kimono formal jika mempunyai lambang keluarga yang terdapat pada bahagian tertentu kimono ini. Kimono jenis Iromuji umumnya tidak bermotif dan berwarna merah jambu, biru muda, kuning muda atau warna-warna lembut. Iromuji dipakai pada waktu menghadiri majlis perkahwinan atau upacara minum teh.

Tsukesage

5. Tsukesage adalah Kimono semiformal untuk wanita yang sudah/belum menikah. Menurut tingkatan formalitinya, Tsukesage hanya satu paras dibawah Homongi. Kimono ini dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, festival rasmi Tahun Baru, dan upacara minum teh yang tidaklah terlalu formal.

Komon

6. Komon adalah Kimono santai untuk wanita yang sudah/belum berkahwin. Ciri khasnya adalah motif sederhana kecil yang berulang-ulang. Dikenakan pada waktu menghadiri majlis alumni, makan malam, bertemu dengan teman, dan menonton pertunjukan.

Yukata

7. Yukata

Yutaka dipakai pada perayaan-perayaan pada musim panas. Yutaka mempunyai warna yang cerah dan reka bentuk yang mudah. Berbanding dengan kimono yang lain, Yutaka adalah lebih mudah untuk dipakai dan senang dijaga. Yang paling penting, kimono ini murah berbanding jenis-jenis Kimono yang lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply