Jigoku Shoujo – Antara Dendam Dan Neraka

0
2236
views

Jigoku Shoujo merupakan salah satu anime yang menunjukkan realiti kehidupan seorang manusia yang penuh dengan dendam. Setiap episod menunjukkan perwatakan manusia untuk memaafkan manusia lain atau membalas dendam terhadap orang yang dibencinya. Jigoku Shoujo atau dalam bahasa inggerisnya digelar sebagai Hell Girl ialah seorang budak perempuan yang dibunuh dengan ditanam secara hidup-hidup oleh orang kampung pada 400 tahun dahulu.

Di dalam anime ini, setiap orang yang membenci seseorang itu boleh menghantar seseorang yang dibencinya itu ke neraka. Namun, si pembalas dendam ini juga akan ke neraka selamanya. Jika anda perasan, kebanyakan watak yang berdendam ini semuanya akibat dari tekanan dan tidak boleh menerima kenyataan. Anime ini menunjukkan bahawa perwatakan setiap orang masing-masing mempunyai dark side yang tersendiri jika tidak terkawal. Manusia mempunyai pelbagai emosi, gembira, sedih, marah, kecewa, dan kesemuanya hendaklah dikawal dengan sebaiknya.

Enma Ai adalah anti heroin di dalam siri anime ini. Dia menjalankan tugasnya menghantar seseorang ke neraka jika tali merah pada anak patung jerami yang diberinya ditarik. Dia tidak teragak-agak untuk melakukan pekerjaannya kerana dia sudah ditakdirkan untuk menjadi seorang Hell Girl. Enma Ai pernah merasai kesakitan, kepedihan akibat dikhianati oleh sepupunya sendiri dan juga orang kampungnya. Ya, pada zaman dahulu kebanyakan masyarakat percaya jika mengorbankan seseorang itu maka dewa akan memberi rezeki pada kampung itu. Dan inilah hasilnya, Enma Ai menjadi mangsa kepada kebodohan masyarakat kampung tersebut. Dari situlah terhasilnya dendam Enma Ai terhadap orang kampungnya yang menanamnya secara hidup-hidup.

Seseorang itu boleh menjadi pendendam jika dia mengalami tekanan yang melampau dari orang sekelilingnya. Tekanan psikologi ini juga boleh mengakibatkan halusinasi dan juga trauma jika tekanan ini tidak diuruskan dengan betul. Kebiasaannya, di dalam realiti kita pun kita berhadapan dengan pelbagai karenah orang yang berbeza-beza perwatakannya. Ada yang mementingkan diri sendiri, memikirkan kelebihan diri sendiri dan bermacam-macam lagi perwatakan yang boleh mempengaruhi sifat dan tabiat kita.

Antagonis di dalam anime ini biasanya tidak akan menyesal meskipun dia diseksa oleh konco-konco Enma Ai. Dan akhirnya antagonis akan dihantar ke neraka. Manusia merupakan satu makhluk yang hebat, jika mengikut emosi dengan cara yang betul maka benda yang positif akan terhasil. Jika manusia mengikut emosi dengan cara yang salah maka berlakulah perkara yang sebaliknya. Sebagai seorang manusia, kita janganlah mengikut perasaan kita tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku jika kita tidak berfikir secara masak-masak.

A wavering wraith of karmic retribution on a wandering path of wretched fate. Throughly despised and fractured, a set of two mirrors are facing each other. Coming forth from the darkness where time intersects, your grievance shall be avenged.

-Jigoku Shoujo : Futakomori Monologue-

Sumber :

Jigoku Shoujo (2006)

Jigoku Shoujo : Futakomori – Two Mirrors (2007)

Jigoku Shoujo : Mitsuganae – Three Vessels (2008)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.