Istqbal Planet Zuhal

0
1382
views

Pada hari ini iaitu 15 JUN 2017 , planet bergelang yang bernama zuhal akan berada pada kedudukan istiqbal .
..
..

“Bro , istiqbal planet zuhal tu apa?”

Istiqbal zuhal atau saturn opposition merujuk kepada zuhal yang berada bersetentangan dengan matahari.

Ketika istiqbal, Zuhal , bumi dan matahari akan berada dalam kedudukan garis lurus .

Kedudukan bumi akan berada diantara matahari dan zuhal .

Istiqbal zuhal :-

( zuhal ~ bumi ~ matahari )

..

istiqbal planet hanya berlaku pada
“superior planet” iaitu planet yang berada di luar orbit bumi seperti marikh , musytari , zuhal , uranus dan neptune .

..

zuhal ketika istiqbal akan berada pada titik paling hampir dengan bumi serta
Kecerahan nya juga akan mencapai kecerahan paling maksimum untuk tahun ini .

..

“Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal fenomena ni . . dunia da nak kiamat . macam2 fenomena pelik terjadi ”

Untuk pengetahuan . .

Setiap 378 hari,
Zuhal , Bumi, dan Matahari akan berada dalam kedudukan satu garis lurus.
Ketika berada dalam kedudukan garis lurus inilah dinamakan
“Istiqbal planet zuhal ”

Kali terakhir ia berlaku pada 03 JUN 2016 yang lalu

..

“Macam mana nak tengok fenomena ni ? ”

Fenomena Istiqbal zuhal boleh disaksikan sekitar waktu MAGHRIB hingga SUBUH dikawasan masing masing pada malam ini .

– zuhal akan terbit pada arah TENGGARA ketika matahari sudah terbenam di ufuk iaitu sekitar waktu maghrib .
– zuhal berada pada kedudukan paling tinggi di langit arah SELATAN ketika tengah malam .
– zuhal terbenam di ufuk ketika matahari mula terbit .

..

“Macam mana nak kenal planet zuhal ? ”

– Zuhal ketika ini berada diantara buruj ophiuchus si pembawa ular dan buruj scorpius si kala jengking.

– Zuhal kelihatan bersinar berhampiran bintang antares iaitu bintang yang paling terang yang membentuk buruj scorpius

Disekitar buruj ophiuchus dan juga buruj scorpius , hanya dua objek sahaja yang paling terang iaitu planet zuhal dan juga bintang antares .

jadi ,
Kita tidak akan terkeliru dengan objek objek lain yang berada disekitar planet zuhal .
..

Perbezaan antara zuhal dan antares :

-zuhal akan kelihatan seperti satu cahaya bintang yang berwarna kekuning kuningan tetapi tidak berkelip .

-Antares pula akan kelihatan berwarna merah tetapi berkelip kelip .

..

Ketika ini ,
zuhal menjadi target utama penggemar astronomi untuk berastrofotografi selain mencerap permukaan serta gegelang zuhal menggunakan teleskop . .

” kalau tiada teleskop , tak boleh tengok zuhal la kan ? ”

Jika tiada teleskop , zuhal masih lagi boleh dilihat tetapi hanya kelihatan seperti cahaya bintang yang berwarna kekuning kuningan tetapi tidak berkelip . .

Walaupun hanya kelihatan seperti bintang ,
ia tetap menarik untuk kita merenung betapa indah ciptaan Allah .

selain itu , kita juga boleh melihat objek objek samawi lain yang menghiasi langit malam .
..

Wallahu A’lam .
Selamat mencerap

“Majulah Falak Untuk Ummah”

Channel telegram :
INFO ASTRONOMI MALAYSIA
( https://telegram.me/InfoAstronomiMalaysia )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here