Bagi orang Jepun, Maharaja Meiji sangat berjasa kerana berjaya jadikan memodenkan negara. Bagi sesetengah pihak pulak Maharaja Meiji adalah punca kepada kegilaan Jepun menakluk negara lain. Tapi ramai tak tahu Maharaja Meiji adalah individu pertama yang membawa Islam ke Jepun.
Apa yang baginda buat?
Ketika barat begitu taksub nak jajah negara-negara timur, hanya dua kerajaan sahaja yang masih merdeka iaitu Jepun dan Uthmaniyyah.
Melihat kepada persamaan itu, kedua-dua mula menjalinkan ikatan mesra sehingga gemar bertukar-tukar hadiah.
Tapi bagi Maharaja Meiji ada benda yang masih kurang dalam hubungan mesra tersebut.Jadi Maharaja Meiji mengutuskan surat kepada Sultan Abdul Hamid II agar dikurniakan pendakwah ke Jepun untuk menyebarkan agama Islam. Katanya Maharaja Meiji mahu Islam menjadi ikatan moral dengan amalan masyarakat Jepun.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Sultan Abdul Hamid pun bersetuju menghantar delegasi ke Jepun yang diketuai oleh Laksamana Uthman Pasha. Sampai sahaja di Jepun, delegasi tersebut telah disambut dengan meriah oleh Maharaja Meiji.
Selesai sahaja misi di Jepun, delegasi tersebut meminta diri untuk kembali ke Istanbul. Namun Jepun menghalang kerana keadaan laut bergelora dan taufan.
Amaran itu tidak dihirau dan mereka terus sahaja belayar. Malangnya hampir kesemua anak kapal mati kerana dipukul ombak. Mereka yang terselamat berjaya kembali ke Istanbul dengan bantuan kapal Jepun.
Tragedi telah membuatkan hasrat Uthmaniyyah untuk menyebarkan Islam di Jepun terbantut. Bertahun-tahun selepas itu barulah Islam tersebar kembali di Jepun apabila pedagang India Muslim mula buka penempatan di Tokyo dan Yokohama.

Kalau korang berminat dengan sejarah Jepun seperti di atas, kami rasa KITAB TAMADUN JEPUN paling sesuai untuk bacaan Korang. Boleh beli di Shopee kami: bit.ly/3BeaNzI

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply