1. Nafsu manusia ada tiga. Ketiga-tiga nafsu ini mestilah seimbang, tidak boleh terkurang atau terlebih.

2. Yang pertama ialah nafsu akliah. Nafsu akliah sifatnya ingin tahu. Jika terkurang dinamakan ghabawah, contohnya mereka yang tiada rasa ingin tahu sehingga menyebabkan kebodohan dan kejahilan.

3. Jika terlebih dinamakan jarbazah, contohnya mereka yang ingin tahu tentang rupa bentuk Tuhan, jirim-Nya dan jisim-Nya, serta ayat-ayat mutashabihat, sehingga menyebabkan kekeliruan, pertelingkahan dan kekufuran.

4. Keseimbangan nafsu akliah dinamakan hikmah.

5. Yang kedua ialah nafsu ghadabiah. Nafsu ghadabiah sifatnya inginkan kedudukan, kekuasaan dan kemuliaan. Jika terkurang dinamakan jubun, contohnya mereka yang takut untuk mempertahankan diri sendiri sehingga menyebabkan penghinaan dan penganiayaan.

6. Jika terlebih dinamakan tahawur, contohnya mereka yang rakus merosakkan nyawa dan harta benda orang lain demi kuasa sehingga menyebabkan kezaliman dan kehancuran.

7. Keseimbangan nafsu ghadabiah dinamakan shaja’ah.

8. Yang ketiga ialah nafsu shahwaniah. Nafsu shahwaniah sifatnya inginkan makanan, minuman dan pasangan. Jika terkurang dinamakan khumud, contohnya mereka yang menolak semua jenis nikmat dan rezeki sehingga menyebabkan kemurungan dan kemusnahan diri.

9. Jika terlebih dinamakan fujur, contohnya mereka yang terlalu banyak makan dan melampau-lampau dalam urusan seksual sehingga menyebabkan kemaksiatan, ketamakan dan kegelojohan.

10. Keseimbangan nafsu shahwaniah dinamakan iffah.

11. Adapun gabungan keseimbangan ketiga-tiga nafsu ini dinamakan adil.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply