Jumhur saintis sebenarnya sudah lama tahu bahawa semua benua hari ini berasal daripada satu “adibenua” (supercontinent) yang sama. Cuma mereka dulu belum dapat penjelasan yang praktikal tentang pembelahan. Tanpa penjelasan, sesuatu fakta sains hanya kekal dalam perangkap hipotesis semata-mata.

Jadi makan masa untuk mereka temui tentang plat tektonik yang mengalihkan pandangan mereka daripada putaran Bumi (Kearey, et al., 2009). Maka prosesnya membahagikan Pangaea menjadi tujuh benua, manakala Lautan Panthalassa pula menjadi Lautan Arktik, Atlantik, Hindi dan Pasifik.

Ilustrasi pemecahan benua.

Walau bagaimanapun, saban zaman fakta ini mula dicabar dengan penemuan baharu. Rupanya bukan plat tektonik saja yang main peranan. Pembelαhαn bumi mempunyai punca penyumbang lain. Dan punca ini ditemui di Australia Barat, selepas saintis mengkaji kristal mineral yang terdapat pada batu di kawasan Pilbara Craton. Untuk pengetahuan semua, kristal ini mungkin tidak bernilai dari segi perhiasan. Cuma pada mata saintis, nilai mereka menandingi emas.

Jika kalian berminat mendalami ilmu kehidupan, maka kami ingin cadangkan buku BIOLOGIA. Buku ini bercerita banyak tentang selok-belok kehidupan di alam ini. Bermula dengan kalian sendiri. Baca perenggan ini saja agak-agak sudah berapa kali jantung kalian berdenyut? Itu hanyalah salah satu daripada banyak persoalan dibangkitkan (dan dijawab) dalam buku ini… dengan hanya satu pembelian: https://bit.ly/3QTZzFm

Hentαmαn Langit Yang Membelαhkαn

Kristal yang ditemui sebenarnya berusia berbilion tahun. Barangkali empat bilion tahun yang lalu, ketika Bumi masih lagi muda dan mentah. Walaupun masa yang begitu lama sudah berlalu, kristal-kristal ini masih kekal diawet begitu rapi secara semulajadi. Dan semua kristal ini adalah sisa hentαmαn sebuah batu angkasa gergasi. Setakat ini saintis belum pasti jika ia adalah sebuah asteroid atau komet. Jadi mereka menamakannya “meteorite” sebagai pucuk perbincangan.

Kalau bercerita daripada perspektif saintis, hentαmαn batu angkasa adalah punca Bumi menjadi Bumi. Senang cakap, ibaratkan rotαn yang menjadikan orang. Pada mulanya, begitu banyak batu angkasa menghujani Bumi… dijangka punca kenapa planet ini ada air. Semua orang tahu komet diperbuat daripada ais.

Namun saintis berpendapat hanya 10 peratus air Bumi berasal daripada komet (Dauphas, 2000). Lain dibawa asteroid untuk memenuhi planet… yang sebenarnya sudah memiliki air dari awal lagi (Genda, 2016).

Jadi senang kata, Bumi sudah ada air tetapi ditambah lagi dengan kedatangan asteroid dan komet. Apabila ada air (yang menjadi laut), pasti ada darat. Maka sini kena tanya balik, dari mana datangnya darat? Macam mana Pangaea itu sendiri boleh wujud?

Pembentukan Yang Begitu Rapi

Macam biasa – saintis sudah lama mengesyaki perkara ini. Cuma tiada bukti untuk mengesahkannya. Penemuan kristal mengakhiri sebarang keraguan. Sepertimana hentαmαn 65 juta tahun yang lalu membunuh dinosaur, hentαmαn berbilion tahun lalu membuka tirai kehidupan. Ia menjadi asbab utama di sebalik punca darat cukup mampu menjadi alam (Johnson, et al., 2022).

Malah sampai hari ini ia memainkan peranan. Kerana batu angkasa ini membawa lithium, tin dan nickel, sangat penting dalam teknologi hijau.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Batu angkasa selalunya memusηαhkan. Takkan mungkin ia boleh membentuk, kalau impaknya menghαηcurkan. Perspektif ini hanya relevan untuk jangka masa pendek. Sifat Bumi adalah senantiasa dalam pemulihan. Kena teruk, pasti pulih. Hentαmαn batu angkasa menjadi pencetus… sementara pemulihan yang berlaku kemudiannya adalah pelengkap.

Berbilion-bilion tahun berlalu, maka Bumi akhirnya mempunyai bentuk muka seperti Pangaea. Dan saintis menokhtahkan proses pasca-Pangaea ini pun berpunca daripada he hentαmαn batu angkasa tersebut. Dengan erti kata lain, ia mencetuskan segala-galanya.


Kami ada banyak buku yang menanti kalian. Fiksyen dan juga bukan fiksyen, semua tersedia dibeli melalui https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Dauphas, N. (2000). The Late Asteroidal and Cometary Bombαrdment of Earth as Recorded in Water Deuterium to Protium Ratio. Icarus. 148 (2): 508-512.

Genda, H. (2016). Origin of Earth’s oceans: An assessment of the total amount, history and supply of water. Geochemical Journal. 50 (1): 27-42.

Johnson, et al., (2022). Giant impαcts and the origin and evolution of continents. Nature. 608 (7922): 330.

Kearey, P., et al. (2009). Global tectonics. (3rd ed.). Wiley-Blackwell. Halaman 5.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply