Greek Fire: Senjata Paling Ampuh Byzantine Abad Ke-7 Masihi

0
2571
views

• Senjata yang dikenali sebagai Greek Fire atau Liquid Fire adalah senjata terkuat armada laut empayar Byzantine pada sekitar abad ke-7 Masihi.

• Pada asalnya ramuan senjata ini digunakan untuk letupan & ianya digunakan pada masa pengepungan kota Delium (424SM) dengan menggunakan suatu tiub yang digerakkan oleh sebuah roda yang besar.

Dinamakan Api Median ketika ini & ramuan asasnya adalah bahan dari Naptha yang diperolehi dari telaga petroleum Tmurtorakun di sekitar Laut Hitam.

Senjata ini mempunyai pelbagai nama iaitu:

1) Thalassion Pyr.
2) Skeyaston Pyr.
3) Medikon Elaion.

• Senjata ini terdapat dua jenis iaitu:

1) Jenis tiub ( siphōn ) yang diletakkan di atas kapal untuk pertempuran di lautan.

2) Jenis mudah alih ( cheirosiphōnes ) yang digunakan oleh tentera khusus ketika pertempuran di daratan.

Jenis ‘portable’ ini dicipta & digunakan pada masa pemerintahan Maharaja Byzantine Leo IV.

• Senjata ini mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian tiub ( siphōn ) untuk menyemburkan cecair/api & bahagian bekas yang menyimpan cecair pembakar ini.

Kandungan & ramuan dalam cecair pembakar ini menjadi misteri walaupun ada yang mengatakan kandungan cecair ini terdiri dari sulfur, quicklime, petroleum cair, nitrogen cair, kalsium phosphide tetapi bahan campuran yang dinyatakan ini tidak dapat menandingi ramuan asli cecair pembakar dari Byzantine.

• Senjata ini pertama kali digunakan pada tahun 514M ketika pemerintahan Maharaja Byzantine Anastasios I yang digunakan untuk membakar kapal pemberontak milik Jeneral Vitalinus setelah usul ini dicadangkan oleh seorang ahli falsafah dari Athens, Proctus.

• Seorang arkitek yang berasal dari Heliopolis (Lubnan) bernama Kallinikos mengubah bentuk senjata ini supaya lebih senang digunakan & mengajar ramuan senjata ini kepada pemerintah Byzantine pada masa itu kerana memberikan perlindungan kepadanya pada tahun 673M.

Ada sumber mengatakan Kallinikos yang mencipta senjata & menghasilkan ramuan cecair pembakar ini setelah mendapat pengetahuan ramuan ini dari seorang ahli kimia dari Alexandria.

• Kedudukan senjata ini diletakkan di muncung kapal perang & digunakan untuk menyembur cecair yang boleh terbakar apabila kapal perang yang mempunyai Greek Fire mendekati kapal perang musuh.

Cecair pembakar ini akan menjadi semburan api apabila disemburkan & api dari cecair ini tidak akan terpadam walaupun merebak di atas permukaan air laut.

Api ini akan terpadam jika dipadam menggunakan pasir atau tanah yang basah.

• Armada laut Byzantine menggunakan senjata ini dalam beberapa pertempuran & pengepungan iaitu:

1) Pengepungan Konstantinopel Bani Umayyah.

– Pengepung Konstantinopel Pertama yang dipimpin oleh Muawiyah Abu Sufyan (50H) & kepungan ini gagal.

– Pengepungan Konstantinopel Kedua ( 54H-60H ).
Hampir menang, tetapi terjadi penarikan tentera dari kepungan setelah mendapat khabar kewafatan Khalifah Muawiyah Abu Sufyan.

– Pengepungan Konstantinopel Ketiga (98H) oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik tetapi gagal juga.

2) Perang saudara antara pihak pemberontak pimpinan bekas jeneral Byzantine, Thomas the Slav melawan pihak kerajaan pimpinan Maharaja Michael II the Amorian.

Senjata ini berjaya mengalahkan armada laut pimpinan Thomas the Slav.

3) Pada tahun 1043M, hanya 7 buah kapal perang Greek Fire berjaya membakar sebanyak 400 buah kapal perang musuh ketika pengepungan Konstantinopel.

• Ramuan bahan cecair pembakar ini amatlah rahsia sehingga hanya keluarga pemerintah Byzantine & pembuat ramuan ini yang mengetahui kandungannya.

Dalam buku De Administrado Imperio milik Maharaja Contantine Porphyrogennetus mengatakan anaknya & Romanus II tidak akan sesekali memberitahu kandungan ramuan dalam cecair pembakar ini.

Ini kerana pemimpin Byzantine pada masa itu percaya senjata Greek Fire ini adalah anugerah dari Tuhan & mereka perlu melindungi & menggunakan senjata ini untuk mempertahankan agama Kristian.

• Tetapi pada tahun 827M salah satu kapal perang Greek Fire dirampas oleh armada laut Islam & ini memberikan peluang kepada kerajaan Islam ‘copy’ bahan cecair pembakar ini tetapi ramuan asli milik Byzantine lebih mematikan.

• Sehingga kini ramuan asli bahan cecair pembakar Greek Fire kekal menjadi misteri disebabkan Empayar Byzantine menyah-aktifkan senjata ini selama 20 tahun & ini menyebabkan ramuan itu dilupakan & maklumat lokasi bekalan mentah untuk menghasilkan ramuan ini terhapus.

– TAMAT –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.