Artikel ini bukan pasal gajah mammoth. Cakap terus terang saja: artikel ini bercerita pasal gajah mastodon yang pernah mendiami Bumi ini. Mastodon nampak saja macam sama seperti mammoth.

Hakikatnya, kedua-dua gajah ini berbeza dari segi spesis dan genus. Mereka hanya bersama dalam keluarga yang sama, ibaratkan dua pupu jauh dengan bentuk fizikal serupa.

Mastodon ditemui buat julung kalinya dalam bentuk rangka pada tahun 1705. Ketika itu seorang petani Belanda sedang mengusahakan tanahnya di sebuah kampung New York. Tengah menggali, terjumpa sebatang gigi bersaiz 2.2 kilogram yang mengejutkan dunia sains pada masa itu (Conniff, 2010).

Gigi geraham Mastodon.

Kalau tulang pula, ditemui pada tahun 1739 ketika anggota-anggota teηterα Perancis sedang menerokai dataran yang kini menjadi Big Bone Lick State Park, Kentucky. Mereka mengangkut tulang tersebut kembali ke Paris untuk dipamer di Muzium Kebangsaan Sejarah Alam (Kolbert, 2014).

Taburan mastodon memang banyak di Amerika Utara. Tetapi semakin lama, banyak rangka ditemui di sebelah Asia. Jadi teorinya mastodon semasa zaman prasejarah menyeberangi Selat Bering yang terletak di Lautan Pasifik.

Pada masa itu, Selat Bering masih belum ditenggelami air laut – kira ada jambatan semulajadi menghubungkan Rusia dan Alaska (Winter, 2005).

Sepanjang Abad ke-17 dan ke-18, hanya saintis saja yang kenal rangka gajah. Kalangan marhaen pula bergantung pada ilmu hαmbα Afrika yang sudah tahu rupa gajah.

Pembahagian Spesis Mastodon

Nama “Mastodon” sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang, haiwan ini dikenali sebagai “Mammut”. Mungkin ada yang terkeliru dengan gajah mammoth (Mammuthus).

Perbezaan antara Mastodon dan Mammoth adalah “hus” pada hujung nama saintifiknya. Saban zaman, saintis mengesahkan kewujudan lima spesis Mammut.

Perbandingan Head-To-Head. Mastodon di sebelah kanan.

Semuanya berkaki lebih pendek untuk dibandingkan dengan Mammoth. Walau bagaimanapun, otot gajah Mastodon sebenarnya jauh lebih sasa (Lange, 2002).

Jadi ketinggian antara dua gajah ini tidak begitu berbeza. Mastodon berada dalam lingkungan 2.3 meter hingga 2.8 meter. Ada yang menghampiri 2.9 meter pun, dengan berat 8,600 kilogram.

Kebiasaannya, Mastodon digambarkan dengan kulit berbulu. Tetapi setakat ini belum ada bukti saintifik yang mengesahkan gambaran sedemikian (Witton, 2020).

Tabiat Dan Pemakanan Harian

Kalau cakap secara kasar, Mastodon sememangnya herbivor sama seperti gajah-gajah moden. Walau bagaimanapun dunia sains sudah berkembang begitu pesat hingga kini menjelajah luar daripada lingkaran herbivor/karnivor/omnivor. Kalangan herbivor sudah ada kategori pemakanan sendiri.

Tingginya Mastodon.

Kalau makan rumput macam lembu, dipanggil “grazing”. Gajah, rusa dan kambing masuk dalam kategori “browsing”, kerana memakan rumput, pucuk lembut dan buah-buahan.

Mastodon masuk dalam kategori “browsing” dan dipercayai hidup bersama kawanan (Perez-Crespo, et al., 2016). Mereka perlu hutan tebal untuk hidup.

Atas sebab inilah Mastodon tidak dapat menyeberangi ke Amerika Selatan yang lebih pada dataran rumput.

Malah dalam rangka mastodon juga, saintis menemui ranting-ranting pokok konifer yang hanya terdapat di hutan-hutan Amerika.

Namun Mastodon juga dipercayai boleh menyesuaikan diri dalam habitat berpaya, asalkan ada hutan tebal berhampiran (Green, 2017).

Faktor Kepυpυsan Gajah Mastodon

Mastodon dipercayai mula muncul sekitar 30 juta tahun yang lalu. Lama haiwan ini hidup dalam megafauna ini, mengharungi cabaran alam bersama-sama haiwan lain.

Tetapi Mastodon tidak mampu menandingi kehebatan manusia. Sekitar 13,000 tahun yang lalu, manusia prasejarah mula membυrυ Mastodon dan Mammoth.

Satu demi satu tυmbαηg. Daging dimakan. Tulang menjadi tiang rumah. Kulit diikat pada tiang rumah tersebut.

Semakin lama populasi Mastodon berkurangan. Rangka-rangka Mastodon pada ambang kepυpυsan pun didapati berusia muda. Tiada rangka sempat melangkaui usia tua (Fisher, 2009).


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Helicoprion untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN:

Conniff, R. (2010). Mammoths and Mastodons: All American Monsters. The Smithsonian Magazine.

Fisher, D. (2009). Paleobiology and (ditapiskan) of Proboscideans in the Great Lakes Region of North America. American Megafaunal (ditapiskan) at the End of Pleistocene. Halaman 55-75.

Green, J., et al. (2017). Regional variation in the browsing diet of Pleistocene Mammut Americanum (Mammalia, Proboscidea) as recorded by dental microwear textures. Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 487: 59-70.

Kolbert, E. (2014). The sixth (ditapiskan): an unnatural history. Henry Holt and Co. Halaman 25-26.

Lange, I.M. (2002). Ice Age Mammals of North America: A Guide to the Big, the Hairy and the Bizarre. Mountain Press Publishing. Halaman 166-168.

Perez-Crespo, V., et al. (2016). Diet and Habitat for Six American Pleistocene Proboscidean Species Using Carbon and Oxygen Stable Isotopes. Ameghiniana. 53 (1): 39-51.

Winter, B. (2005). A Journey to a New Land. Virtual Museum.

Witton, M. (2020). The palaeontological folklore of mastodon hair. Mark Witton.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply