1. Jika anda menonton filem-filem mengenai Viking sekitar 10 ke 20 tahun dahulu apa yang sering di paparkan adalah mereka memakai topi besi bertanduk, begitu juga kalau anda menonton kartoon. Tapi tahukah anda bahawa ini adalah falasi. Sebenarnya tiada lansung dalam catatan sejarah atau jumpaan arkeologi yang menunjukkan bahawa mereka pakai helmet bertanduk. Helmet perang mereka sebenarnya sama seperti helmet tentera-tentera berkuda rohan dalam trilogy the lord of the ring. Sedangkan helmet bertanduk tersebut adalah untuk bomoh atau dukun sahaja. Topi bertanduk ini dipopularkan oleh filem-filem Hollywood sekitar awal abad 20.

2. Satu lagi mitos tentang Viking adalah mereka bangsa yang tak bertamadun dan kotor. Sebenarnya dalam banyak-banyak suku eropah, Viking adalah diantara yang paling pembersih. Lebih bersih dari orang Inggeris. Dalam penggalian yang dibuat terhadap kubur mrk , dijumpai banyak alat-alat untuk berdandan dan membersihkan diri antaranya pengorek telinga, pisau cukur,sikat rambut,dan pencungkil gigi yang dibuat dari tanduk atau tulang-tulang. Orang Viking juga mandi lebih kerap dari orang eropah lain pada zamannya yakni sekali seminggu terutama hari sabtu kerana hari sabtu adalah hari grooming atau berhias bagi orang Viking terutama lelaki. Mereka juga suka berendam dalam hot spring. Ini menunjukkan mereka adalah metroseksual… hehehe.

3. Tahukah anda seperti orang melayu, kaum Viking juga sangat memandang tinggi golongan wanita. Suri rumah Viking mempunyai lebih hak dan kuasa berbanding wanita2 berkahwin dari kaum lain. Apabila suaminya pergi perang atau berlayar si isteri mempunyai kuasa untuk menguruskan ladang serta buruh-buruh dan hamba. Mereka juga ada bahagian dalam harta pusaka, boleh menceraikan suami mrk jika suami gagal menjalankan tanggungjawab dan berhak ambil balik mas kahwinnya. Malah kaum lelaki terpaksa membayar wang sara hidup untuk bekas interinya. Pernah tercatat dalam sejarah Viking bahawa seorang wanita telah menceraikan suaminya kerana suaminya mempunyai bulu dada yang terlalu tebal dan tidak mahu mencukur…menarik bukan…

4. Satu lagi mitos ialah orang viking sepanjang hidup mereka adalah menjarah dan berperang serta merampas harta orang. sebenarnya sebahagian besar hidup mereka, orang viking adalah petani dan nelayan. Mereka menanam oats, barley dan gandum. Mereka juga menternak lembu,kambing dan babi. Hanya sebahagian sahaja dari Viking yang selalu melanun dan menjarah.

5. Satu perkara yang kita tak tahu tentang Viking jga adalah kaum lelaki mereka suka mewarnakan rambut mereka blond. Bagi mereka rambut blond adalah cantik. Lelaki yang berambut merah biasanya akan menggunakan sejenis bancuhan kapur untuk bleach rambut mereka hingga jadi blond, malah janggut juga di warnakan blond. Dengan meletakkan solusi kapur dan mewarnakan rambut ini juga, orang Viking dpt mengelakkan masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum lain di eropah yakni kutu.

6. Orang Viking sangat diplomatik dan berdiplomasi sesama sendiri. Jika terdapatnya seorang pemimpin yang jahat atau kejam, satu majlis timbang tara akan dibuat dan pemimpin tersebut akan dibuang negeri. Hal ini berlaku pada raja yang bernama Eric The Red yang suka dengan kekejaman hingga orang viking sendiri tak suka. Dia dibuang dari Norway dan Iceland.

7.Orang Viking sangat sukakan hikayat, lagu-lagu tradisi,dan cerita-cerita penglipur lara. Berbanding dengan kaum-kaum eropah lain diet pemakanan orang Viking juga adalah yang paling seimbang dan sihat kerana mereka suka makan ikan terutama ikan kod yang banyak omega 3 dan mereka juga makan pelbagai bijirin dan sayuran. Orang viking juga hanya makan 2 kali sehari iaitu makan siang dan mkn malam.

8. Sepertimana kegemaran mereka akan rambut yang blond, mereka juga sukakan pakaian yang berwarna terang seperti biru muda, kuning dan merah.

9. Orang Viking mempunyai cara menegur seseorang. Setiap kali mereka berjumpa mereka akan berkata “ey wassup!” Wassup yang digunakan oleh anak muda pada hari ini sebenarnya berasal dari budaya Viking.. ey wassup!

10. Orang viking ada tandas luar rumah macam orang melayu dan bersuci dengan bulu kambing atau lumut setiap kali mereka membuang air besar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply