2 Jun 1974 (43 tahun yang lalu), Allahyarham Tun Abdul Razak pulang ke Malaysia dari lawatan bersejarah ke China. Kepulangan Tun Razak membawa pencapaian besar: Malaysia menjadi negara ASEAN pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China. 2 tahun mendahului Singapura.

Dikala negara lain masih ragu-ragu, orang Malaysia yang bergenetik diplomasi seolah-olah terhidu perubahan besar yang bakal berlaku dalam politik antarabangsa. 2 tahun sebelum itu, Tun Razak juga menjadi pemimpin Malaysia pertama yang melawat Moscow, Rusia.

Langkah Tun Razak adalah tindak balas kepada ‘shifting balance of power’ antara US, Rusia dan China. Memasuki 1970-an, kuasa-kuasa Barat seperti Britain telah pun berundur dari Asia Tenggara. US juga berundur dari Vietnam pada tahun 1973. ‘Balance of power’ kini menyebelahi kuasa besar komunis. Malaysia tidak boleh lagi meneruskan dasar pro-Barat Tunku Abdul Rahman.

Sebelum Rusia dan China menguasai Asia Tenggara, Malaysia mengolah langkah preemptif. Tun Razak mendapatkan jaminan dan komitmen China dan Rusia untuk tidak menjadikan Asia Tenggara sebagai zon konflik mereka dan menyokong Asia Tenggara sebagai zon berkecuali (ZOPFAN). Pada masa yang sama, Malaysia juga mendapat jaminan China untuk tidak menyokong Parti Komunis Malaya. Lawatan Tun Razak tahun 1974 merupakan ‘decisive blow’ kepada kegiatan pengganas komunis di Malaysia.

Yang membantu Malaysia mengatasi pancaroba politik antarabangsa semasa 1970-an ialah diplomat-diplomat lagenda seperti Ghazali Shafie, Zakaria Ali, Zainal Abidin Sulong, Zain Azraai Zainal Abidin dan ramai lagi.

Malaysia boleh kekal aman makmur selama 60 tahun kerana mempunyai diplomat, pakar ketenteraan dan perisikan yang berkaliber dan berdedikasi.

Namun adakah keadaan ini akan kekal sampai 43 tahun atau 33 tahun lagi, pada tahun 2050 yang disebut sebagai tahun Transformasi Nasional (#TN50)?

Sebuah soal selidik ke atas 685,000 belia pada awal tahun ini menunjukkan hanya 7% yang melihat dasar luar sebagai aspirasi utama dalam TN50. Tidak termasuk dalam senarai aspirasi Top 5.

Ini amat merisaukan. Semakin sedikit orang yang minat dengan hubungan antarabangsa dan dasar luar kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada poket masing-masing.

Ini tanggapan yang salah. Tanpa dasar luar yang mantap, keselamatan negara tidak akan terjamin. Tanpa hubungan yang baik dengan rakan dagang, ekonomi Malaysia tidak akan makmur. Rumah besar dan kereta besar tidak memberi makna kalau Malaysia gagal dari segi dasar luar. Keharmonian akan digantikan dengan perang dan kekacauan.

Cuba imbas kembali krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara tiga bulan yang lepas. Apa kesannya jika berlaku mismanagement of crisis?

Cuba bayangkan kalau US dan China menyekat barangan eksport Malaysia, apa kesannya kepada Malaysia?

Cuba lihat apa yang sedang berlaku di Marawi, Filipina yang hanya 700 km daripada Sandakan. Apa yang akan berlaku kalau komuniti antarabangsa gagal menyekat Daesh?

Adakah kita masih menganggap topik hubungan antarabangsa tidak penting?

TN50 tidak akan lengkap tanpa perbincangan dasar luar. Itulah konsensus yang saya, Azwan Bin Omar dan Abdul Muein Abadi capai semalam.

Sudah sampai masa untuk belia sedar ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada keselamatan dan hubungan luar negara. Dan hubungan luar dan diplomasi juga tidak dapat dipisahkan daripada ekonomi. Semua itu adalah elemen ‘national power’. Belia perlu tahu apa itu hard power, soft power dan smart power.

Sudah sampai masa untuk belia faham apa maksud international system, international order, world system dan world order. Apa itu anarchy dan security dilemma. Apa itu balance of power. Apa beza alliance dan alignment. Apa beza neutrality, non-alignment dan hedging. Apa maksud geopolitics dan geoeconomics.

Sudah sampai masa untuk belia sendiri melakar halatuju Malaysia dalam sistem antarabangsa, sama ada Malaysia mahu kekal menjadi sebuah negara kecil (small state), atau kuasa menengah (middle power) atau kuasa serantau (regional power)?

TN50 hanya akan bermakna kalau dasar luar diketengahkan sebagai agenda UTAMA. Kita memerlukan belia yang berfikiran jauh dan boleh meletakkan Malaysia dalam peta dunia sebagai pemain diplomasi yang disegani.

Let’s work towards 2050. Make diplomacy great again.

#DiplomacyAt60


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply