Amerika Syarikat punya perangai boleh tahan menarik. Fitrah mereka ibaratkan global. Semua kena ikut cakap mereka. Dan lagi menarik, memang semua ikut cakap mereka. Kesatuan Eropah yang boleh tahan besar dan kaya juga ikut cakap mereka. Malah Rusia juga kena menarik ikut rentak mereka. Kuasa mereka ibaratkan tidak mampu ditandingi, hanya cukup untuk dicuit dan dicalar semata-mata.

Soalnya, sejak bila Amerika mula jadi ‘polis dunia’ gini? Nak faham benda ni, kena kenali dulu fitrah kenegaraan Amerika itu sendiri. Pada 4 Julai 1776, para pengasas (Founding Fathers) Amerika Syarikat buat keputusan untuk isytihar merdeka. Mereka tidak puas hati dengan perangai British yang 1) tak bagi mereka suara politik dalam menentukan hala tuju kerajaan dan 2) kenakan cukai sangat tinggi. Duit mahu, bagi suara politik tak mahu.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Lama mereka berperang lawan British. Dan sesudah menang jer, mereka jadi ‘kuasa rantau’ di sana. Tiada siapa boleh cabar mereka. Cuba fikir sejenak. Itu ‘homeland’ mereka. Di situ mereka bertapak. Empayar-empayar lain kena berlayar merentasi lautan untuk mencabar mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Jadi mereka bebas daripada belenggu imperialis. Malangnya, akibat terlalu selesa, mereka sendiri jadi imperialis.

He Becomes The Very Thing He Fights Against

George Washington menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Ketika itu Amerika Syarikat sekadar membawa diri. Tetapi apabila tiba masanya Andrew Jackson naik menjadi Presiden Amerika Syarikat ketujuh, negara ni dah lain.

Jackson ni lagi kejam kalau nak banding dengan Bush.

Benda yang korang gelar ‘polis dunia’ dalam bahasa geopolitik sebenarnya ‘American exceptionalism’. Mereka terkecuali daripada banyak benda, kerana Tuhan sendiri memberikan mereka izin.

Itu yang mereka percaya. Apabila nama Tuhan diheret, apa pun boleh jalan. Nak kafir-mengkafir pun boleh. Sebab tu korang kena baca POLITIK UNTUK PEMULA. Buku ni menerangi pelita ilmu untuk bagi korang faham kenapa manusia suka petik nama Tuhan kalau nak buat gila. Link: https://bit.ly/3frB0C5

Maka pada abad ke-19, ketika pentadbiran Andrew Jackson, mereka mula meluluskan akta-akta baharu yang memberi izin untuk menerokai Tanah Barat. Pada masa ni, tanah-tanah Barat dipegang warga peribumi macam Cherokee, Choctaw dan Seminole misalnya. Selama berpuluh tahun, Amerika Syarikat berperang untuk menghalau mereka ni ke tempat yang disediakan.

Ada warga Amerika macam Samuel Worcester misalnya menentang kerajaan mereka. Worcester ni pendakwah Bibel. Beliau berpakat dengan beberapa pendakwah lain untuk buka kes terhadap kerajaan. Kes mereka ni dibicarakan sampai kat Mahkamah Agung (SCOTUS), dan mereka menang. SCOTUS membuat keputusan yang tindakan Amerika Syarikat ni haram.

Walau bagaimanapun, kerajaan Jackson buat tak tahu jer. Andrew Jackson sendiri cakap keputusan SCOTUS ni ibaratkan janin tergugur. Tak perlu dengar. Maka mereka menerokai bumi baru dengan rakus, membuka negeri-negeri baharu yang kemudian meluaskan kedaulatan mereka.

Jackson keluar daripada White House setelah cukup lapan tahun. Pengganti-pengganti beliau pula berpegang pada idea beliau. Kira Jacksonian democracy katakan. Dan mereka memberi definisi pada perangai suka ambil tanah ni: “Manifest Destiny”.

Manifest Destiny

Konsep Manifest Destiny ni mudah. Amerika Syarikat mempunyai nilai dan asas yang lebih bertamadun untuk dibandingkan dengan dunia, terutamanya warga peribumi. Amerika Syarikat adalah takdir. It is your destiny to be under us. Join us. God wills it.

Ada presiden yang menentang Manifest Destiny kerana sifatnya anti-demokratik dan imperialis. Abraham Lincoln dan Ulysses S. Grant adalah generasi yang membenci konsep Manifest Destiny kerana sifatnya tiada konsensus langsung. Hanya seorang (presiden) buat keputusan “macam babi yang berahi pada kuasa”.

Lukisan pasal Manifest Destiny – Lady Liberty memimpin kemajuan ke arah Barat.

Namun kalangan rakyat yang menentang terlalu lama menjadi minoriti, ditenggelami suara majoriti yang akhirnya dah sebati dengan fitrah kenegaraan. Sampai hari ini pentadbiran George W. Bush berpegang pada American exceptionalism, terutamanya puak konservatif dalam kalangan Parti Republikan.

Naik saja Donald J. Trump, konsep exceptionalism ni lebih pada diri sendiri. Mereka nak jaga diri sendiri. Mereka patriotik. Mereka tak peduli pada globalisme. Tapi Trump berjaya ditewaskan Joe Biden, yang naik dengan konsep globalisme tersendiri. Pada hari ini, American exceptionalism dilihat agak tumpul… bukan kerana ia dah hilang, tetapi dua presiden terkini belum buat apa-apa lagi.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply