Sejak berakhirnya Perang Korea pada tahun 1953, hubungan antara Korea Selatan dan Korea Utara sentiasa panas. Biarpun pernah mesra seketika atas dasar mahu bersatu tetapi kembali tegang atas dakwaan dan ego masing-masing. Korea Selatan mendakwa Korea Utara menggunakan bantuan kewangan dan ekonomi yang diberikan untuk membangunkan senjata nuklear. Sementara itu, Korea Utara pula mendakwa Korea Selatan cuba mengancam negara itu dengan mengadakan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat.

Jadi memang complicated betul hubungan antara Korea Selatan dan Korea Utara sebab dah macam hubungan orang yang tengah baca ni, asyik couple putus je memanjang. Namun harus diingat, Perang Korea belum berakhir kerana hanya perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani. Secara teknikalnya, kedua-duanya masih berperang dan boleh menyerang antara satu sama lain.

Dalam hal serang menyerang ini, Korea Utara lebih agresif salah satunya melalui cyberattack. Apa yang Korea Utara buat?

 

 

Secara tiba-tiba rangkaian komputer di tiga bank utama dan dua stesen televisyen terbesar Korea Selatan telah down. Hal ini telah menimbul panik seketika di Korea Selatan kerana rakyat tidak boleh mengeluarkan duit daripada mesin ATM dan stesen televisyen pula tidak dapat menyiarkan Kdrama.

Walau bagaimanapun, cyberattack itu dapat diatasi dalam masa yang sangat singkat. Bank-bank utama di Korea Selatan tetap beroperasi setelah berjaya memulihkan kembali sistem mereka. Stesen televisyen masih mampu lagi bersiaran walaupun website mereka telah down dalam beberapa jam.

Serangan ini memberi kejutan besar kepada Korea Selatan kerana mereka tidak menyangka hampir 1 negara boleh lumpuh. Bagi mengelakkan perkara sama terjadi pada masa hadapan, Korea Selatan mengambil keputusan untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam cyberattack tersebut. Macam biasa, Amerika Syarikat memang suka menyibuk dan terus buat dakwaan bahawa ini semua berpunca daripada Korea Utara.

Dakwaan Amerika Syarikat ini legit juga kerana sebelum cyberattack, Korea Utara ada keluarkan kenyataan mahu hancurkan pangkalan tentera US di Korea Selatan. Tapi Korea Selatan tak nak terus menyalahkan saudara mereka di Utara. Ini kerana Korea Selatan tahu, fasiliti internet dekat Korea Utara ini sangatlah daif. Dia punya loading tu macam run Internet Explorer era 90-an guna komputer RAM 50mb, memang mustahil Korea Utara buat cyberattack.

Siasat punya siasat, Korea Selatan mendapati malware bernama DarkSeoul yang telah membuatkan tiga bank utama dan dua stesen televisyen terbesar down. Jika tidak diatasi segera, berkemungkinan besar 1 negara boleh down hanya dengan hanya menari di atas papan kekunci. Dalam keadaan Korea Selatan yang down akan membuatkan Korea Utara lebih mudah untuk menyerang hendap.

Secara tidak langsung Korea Selatan mula mengesyaki Korea Utara tapi masalahnya cyberattack tersebut berasal daripada China. Ha sudah tak kan tuduh China pula, makin banyak masalah jadinya. Maka ramai orang di Korea Selatan mendakwa, hackers Korea Utara menjadikan China sebagai markas untuk mereka mulakan cyberattack ke atas Korea Selatan.

Dakwaan ini terus disangkal kerana China tidak pernah langsung bekerjasama dengan Korea Utara dalam hal-hal melibatkan penggodaman. Maka cyberattack ini hanya boleh dikatakan berpunca daripada serangan hackers yang berpangkalan di China. Untuk mengaitkan serangan itu dengan Korea Utara, bukti masih belum mencukupi.

Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin kan menyatu.

Amerika Syarikat pula terus tuduh Korea Utara dengan dakwaan negara itu miliki supercomputer dan hacker yang berkemahiran tinggi melancarkan cyberattack. Bagi membuktikan dakwaan itu, Amerika Syarikat menyatakan segala cyberattack yang dihadapi Korea Selatan sebenarnya berpunca daripada Korea Utara.

Namun ramai pakar mengatakan akses untuk komputer dan internet adalah sangat terhad di Korea Utara. Hanya golongan yang berada di pangkat tertinggi dalam kerajaan sahaja boleh akses internet. Rakyat kebanyakan pula memang buta IT dan tak didedahkan langsung dengan komputer. Jadi amat mustahil untuk cyberattack terjadi biarpun Korea Utara secara terang-terangan mahu menyerang stesen televisyen dan akhbar Korea Selatan kerana memburukkan mereka.

Kesimpulannya, apa yang dibuat oleh Korea Utara sangat tidak digemari oleh Korea Selatan kerana boleh menghalang proses reunifikasi. Di pihak Korea Utara pula, mereka hanya mahu berlindung daripada ancaman musuh.

RUJUKAN:

Choe Sang-Hun. (2013, Mac 20). Computer networks in South Korea are paralyzed in cyberattacks. The New York Times. Dipetik daripada https://www.nytimes.com/2013/03/21/world/asia/south-korea-computer-network-crashes.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply