Keju sememangnya menjadi makanan tenusu seharian bagi si penggemar keju. Dari sarapan, makan tengah hari hinggalah ke makan malam, keju menjadi makanan yang wajib disediakan, sehingga ia menjadi fenomena dalam budaya pemakanan warga Malaysia. Yelah, tak cukup dengan orang Itali menikmati keju mereka, kita pula sentiasa nakkan sekeping keju masuk dalam sajian macam maggie.
 
Tapi, tahukah korang bahawa ada satu jenis keju ni, sekali pandang saja korang mesti berkira-kira mahu makan keju lagi? Mesti korang rasa jenis keju ni macam ada ulat kan? Sebenarnya, keju macam ni wujud. Nama keju ini ialah Casu Marzu.
Inilah keju Casu Marzu. Keju berulat kebanggaan orang Sardinia.
 
Casu Marzu ialah keju istimewa bagi masyarakat Itali yang menetap di Kepulauan Sardinia. Nama keju ini secara jelas bermaksud ‘keju busuk’. Istimewanya keju Casu berbanding keju lain ialah isi keju ini penuh dengan ulat yang bergerak. Ya, ulat hidup dalam keju! Keju Casu pada asalnya ialah keju pecorino, iaitu keju putih yang diperbuat dari susu kambing. Dia macam keju biasa sajalah.
 
Selepas siap hasilkan keju pecorino, bahagian atas permukaan keju ini ditebuk dan dibiarkan dijemur cahaya matahari, menarik perhatian satu-satunya spesis lalat yang jadikan keju sebagai sajiannya, iaitu Piophila casei, atau nama dipanggil ialah lalat keju. Lalat keju betina biasanya menghasilkan 500 biji telur pada tiap masa. Sebaik saja ulat lalat keju keluar dari telur, ia memakan isi keju sehingga menukar tekstur keras sehingga tekstur begitu lembut.
 
Keju Casu siap dihilangkan bersama ulat-ulat yang masih bergerak bebas.
Rasa keju Casu agak unik walaupun keju ini begitu busuk oleh enzim yang dikeluarkan oleh ulat. Tekstur keju yang begitu lembut mampu mencair dalam mulut apabila memakannya. Tapi, kena hati-hatilah kalau makan keju ni, takut ulat ni melompat terus ke mata. Ulat lalat keju biasanya bertindak agresif kalau diganggu, sehingga ia mampu melompat setinggi 15 cm ke semua arah!
 
Mengikut orang Sardinia, keju Casu sedap dimakan bersama dengan ulatnya sekali. Ulat lalat keju seperti ulat sagu yang biasa dimakan oleh masyarakat Borneo, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Jadi, tidak ada kesalahan untuk memakan ulat ini melainkan jika ulat telah mati, ini merisaukan orang Sardinia.
 
Kalau korang tak suka makan keju yang menjijikan ini, terimalah hakikat bahawa keju Casu ini banyak peminatnya di seluruh dunia. Boleh dikatakan, tidak lengkap mengembara ke Kepulauan Sardinia kalau tidak memakan keju berulat ini.
______
Sebab inilah kami terbitkan buku THE PLAGUE. Bukan sekadar ulat lalat keju, banyak lagi spesis parasit lain yang berupaya menjangkiti dan ada antara spesis bermanfaat kepada manusia, dan buku ni boleh bantu. Link: https://bit.ly/theplagueshopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply