Jika anda pernah menonton filem lakonan Jet Li, Once Upon A Time in China II, terdapat satu kumpulan yang agresif menentang orang asing dan mubaligh Kristian di China dalam filem itu.

Kumpulan ini tidak sukakan orang asing dan mengamalkan sejenis aliran beladiri yang memuja semangat ‘Buddha’ dan ‘Tao’. Mereka percaya mereka kebal dan memiliki kuasa sakti.

Kumpulan ini terkenal sebagai ‘The Boxer’ di sebelah Barat.

Kumpulan ini mengganas rentetan ketidakpuashatian terhadap kesan-kesan yang timbul dari kekalahan China dan Dinasti Qing di dalam siri Perang Candu yang mengakibatkan mereka terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah. Salah satunya terpaksa menerima transaksi perdagangan yang tidak adil dan kebanjiran mubaligh dan askar-askar asing yang mendirikan kepentingan mereka di tanah-tanah milik China.

Pada 1900, Kumpulan Boxer telah menyerang Beijing. Secara amnya, kumpulan ini direstui oleh pihak Imperial China terutamanya Maharani Dowager Cixi yang amat berpengaruh dalam pentadbiran istana ketika itu. The Boxer telah membunuh orang-orang asing yang terdiri daripada askar dan pedagang serta orang-orang China sendiri yang memeluk agama Kristian.

Wilayah-wilayah lain juga terlibat seperti Shandong dan Shanxi.

Yang sempat menyelamatkan diri, berlindung di dalam Legation Quarter, sebuah zon penempatan asing di Beijing.

Akibatnya, sebanyak 8 negara asing telah bersatu menentang kebangkitan The Boxer yang disokong oleh pihak Imperial Qing itu. Pihak Inggeris, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Austria-Hungary, Itali serta musuh tradisi China iaitu Jepun datang dengan balatentera masing-masing memburu orang-orang The Boxer dan berperang dengan pihak tentera Imperial China.

Trivia, 8 negara asing ini digambarkan dalam Once Upon a Time in China IV yang menggambarkan 8 negara menyertai pertandingan tarian Singa.

Apa yang terjadi seterusnya amat menyedihkan. China seakan-akan dibuli dan dibelasah secukup-cukupnya oleh gerombolan askar 8 negara itu. Pihak tentera Imperial Qing langsung menerima kekalahan demi kekalahan sebagaimana dalam siri Perang Candu dahulu, cuma pasukan askar Muslim yang digelar ‘Kansu Brave’ sahaja yang dingati dalam sejarah, telah memberi tentangan sengit mempertahankan Beijing sehingga Kaiser Wilhem II dari Jerman meminta Khalifah Abdul Hamid II (Empayar Turki Uthmaniyyah) berbuat apa yang terdaya untuk menghentikan tentangan divisyen Muslim China itu.

Manakala para pengikut The Boxer telah disembelih di jalan-jalan terutamanya pihak askar Jepun yang dilihat paling banyak memancung kepala para pengikut The Boxer dan penduduk China yang turut dituduh sesuka hati sebagai penyokong The Boxer.

Para askar 8 negara mula mengganas dan menjarah Beijing serta pekan-pekan. Mereka merompak dan merosakkan bangunan-bangunan bersejarah serta membunuh mana-mana orang China yang dirasakan menentang mereka. Menariknya, setiap pihak melaporkan keganasan pihak lain dan menutup tindakan mereka masing-masing. Pihak Jepun dilihat paling ‘tidak bertamadun’ dan ‘amat mengejutkan’ pihak-pihak lain apabila paling banyak terlibat dalam pemerkosaan dan pemancungan. Akibatnya, beribu-ribu wanita China membunuh diri kerana tidak sanggup diperkosa oleh askar-askar asing.

Dilaporkan, harta benda yang dijarah terlampau banyak sehingga mereka mengadakan ‘festival lelong’ untuk menjual barang-barang rompakan penduduk China tersebut.

Selepas menderita kekalahan bertimpa-timpa, pihak Dinasti Qing terpaksa menandatangani satu lagi perjanjian berat sebelah, yang digelar ‘The Boxer Protocol’ pada 7 September 1901.

Keadaan huru-hara semakin memuncak, dengan ekonomi China semakin memburuk dan peperangan antara ‘warlords’ sehingga munculnya Sun Yat Sen dan kejatuhan Dinasti Qing yang memerintah selama lebih 3 abad itu.

1. Foto menggambarkan negara-negara asing membahagi-bahagikan negara China sambil diperhatikan seorang pegawai ‘mandarin’ China yang marah)

2. Perancis digambarkan sebagai ‘Marianne’ iaitu simbol kebebasan bagi rakyat Perancis berasal dari dewi Rom, Libertas. Ia akhirnya diambil sebagai simbol ibu pertiwi untuk rakyat Amerika dan dikuatkan lagi dengan hadiah ‘Statue of Liberty’ dari Perancis kepada Amerika


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply