Bintang Korea Dan Semangat Patriotisme Negara

0
1348
views

14-15 Ogos adalah hari kegelapan bagi orang Jepun (hari penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia Kedua), tapi ia adalah tarikh keramat bagi orang Korea.

Penyerahan kalah Jepun menandakan tamatnya penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Korea selama 36 tahun (1910-1945). Maka 15 Ogos diingati sebagai “Gwangbokjeol” (광복절) atau “Hari Pengembalian Cahaya”.

“Gwang” (광 / 光) bermaksud cahaya, “bok” (복 / 復) bermaksud kembali dan “jeol” (절 / 節) bermaksud perayaan. Cahaya kedaulatan kembali bersinar.

Ia adalah salah satu daripada lima hari kebangsaan Korea Selatan. Empat lagi ialah Samiljeol (1 Mac), Jeheonjeol (17 Julai), Gaecheonjeol (3 Oktober) dan Hangeulnal (9 Oktober). Di Korea Utara pula, hari kebangsaan ialah hari lahir segala tok ayah keluarga Kim.

Orang Korea akan menyambut hari ini dengan mengibarkan bendera Taegukgi. Masing-masing mengambil peluang meluahkan perasaan cinta terhadap negara dan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh yang memperjuangkan kebebasan tanah air.

Waqaf Saham

Dalam hal ini artis K-pop dan K-drama jadi teladan terbaik.

Kebanyakan seperti Kim So-hyun akan muat naik bendera Taegukgi di laman Instagram berserta ayat-ayat patriotik. Soyou daripada kumpulan Sistar dan Yesung daripada kumpulan Super Junior muat naik gambar bersejarah tentang kemerdekaan Korea. Kumpulan D.I.A. pula melawat Memorial Ahn Chang-ho, salah seorang tokoh pejuang kemerdekaan terkemuka.

Kalau oppa dan unnie kamu tak upload apa-apa bukan bermaksud mereka tidak patriotik. Song Hye-kyo misalnya akan derma buku-buku sejarah dan bahasa Korea ke negara-negara asing di setiap 15 Ogos.

Patriotisme artis-artis Korea ini merupakan salah satu faktor tarikan bagi saya.

Jom kita (termasuk artis-artis kita) sama-sama semarakkan semangat patriotisme di 31 Ogos nanti.
#애국

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here