Sekitar 200 tahun lepas, dunia telah menyaksikan letusan gunung berapi paling dahsyat dalam sejarah. Mungkin ada yang kata letusan supervolcano Toba adalah paling besar dalam sejarah dunia tetapi peristiwa itu berlaku 75,000 tahun lampau. Manakala letusan Gunung Berapi Tambora berlaku ketika dunia sedang memasuki fasa moden dan banyak catatan dapat ditulis dari seluruh dunia.

Antaranya adalah kesan daripada letusan besar ini telah menyebabkan iklim dunia berubah dan meragut hampir 70,000 jiwa. Dikatanya juga 11,000 sehingga 12,000 jiwa mati serta merta serentak dengan letusan Gunung Tambora. Jadi kalau sampai boleh menyebabkan dunia hampir lintang-pukang pasti letusan Gunung Berapi Tambora ini begitu kuat.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Persoalannya sekuat mana letusan tersebut?

Letusan Gunung Berapi Tambora telah menghasilkan 175 km³ abu ke seluruh dunia. Nampak macam sikit tetapi sebenarnya nilai itu cukup besar. Sebagai perbandingan jika keseluruhan abu gunung berapi itu jatuh ke Singapura, nescaya negara tersebut. akan tenggelam di bawah kedalaman 805 kaki.

Jangan kata semua, dengan hanya 1cm abu melitupi kawasan sekitar Gunung Tambora sudah cukup memberikan kesan yang sangat buruk. Kalau abu itu bercampur dengan air hujan, pasti akan membuatkan bangunan-bangunan berpotensi untuk runtuh. Malah abu yang dilepaskan itu mencapai ketinggian 43 kilometer sehingga dapat tersebar keseluruh dunia dengan agak cepat melalui bantuan angin. Situasi ini menyebabkan negara Amerika Utara dan Eropah tidak mengalami musim panas dalam setahun sehingga memberikan kesan kepada pertanian.

Ditambah lagi dengan hanya 3 hari sahaja yang diperlukan oleh Gunung Tambora untuk memuntahkan lahar. Apabila sampai kepada kemuncak letusan, Gunung Tambora dapat memuntahkan lahar pada kelajuan 300 hingga 500 km/s. Nilai itu memang sangat laju dan kalau yang duduk berdekatan ketika itu, hanya mampu berserah sahaja agar mampu selamat.

Tapi setakat abu dan lahar sahajakah, bukan itu akan berikan kebaikan? Misalnya, ketebalan abu akan membuatkan suhu dunia turun sehingga negara yang berada di garisan khatulistiwa akan berasa nyaman. Malah tempat yang terkena lahar gunung berapi juga akan membuatkan tanah menjadi subur.

Ya memang betul tetapi bukan abu dan lahar sahaja yang dizahirkan ketika Gunung Tambora mengamuk. Terdapat beberapa bahan berbahaya lain yang turut dimuntahkan iaitu 60 teragram (tg) sulfur, 100 tg klorin dan 70 tg fluorin. Sebagai perbandingan, kita perlu sekitar 262,000 roket Saturn V untuk menghasilkan bahan berbahaya yang dilepaskan oleh Gunung Tambora. Nak lancar satu roket pun perlu dibuat dalam tempoh masa yang lama. Namun Gunung Tambora buat semua perkara tersebut dalam masa beberapa hari sahaja.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Nak lagi jelas tentang betapa kuatnya letusan Gunung Tambora, anda boleh mengambil contoh letupan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Mungkin anda merasa dua letupan itu sudah cukup kuat dan mampu memberikan kesan buruk kepada Jepun. Walau bagaimanapun, letusan Gunung Tambora boleh diibaratkan seperti anda menjatuhkan 171,000 bom atom ke atas sesebuah kawasan.

Jadi anda boleh bayangkan sendiri betapa kuatnya letusan Gunung Tambora. Apa-apapun, Gunung Tambora masih lagi berpotensi untuk meletus kerana dalam keadaan aktif. Semoga bencana seperti ini tidak melanda kita sekali lagi. Jika ia ditakdirkan hadir, pasti akan membuat seluruh dunia dalam keadaan huru-hara.

RUJUKAN:

Klemetti, E. (2015, April 10). Tambora 1815: Just how big was the eruption? Wired.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply