Ancαmαn pεnggαnαs komυnιs pada dua era Darurat iaitu 1948-1960 dan 1968-1989 merupakan satu αncαmαn negara yang tidak dipandang remeh. Tetapi bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka, keupayaan perisikan negara juga perlu ditambahbaik. Lantas, ini membawa kepada Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai benteng halimunan menentang geng Bintang Tiga.

SB ditubuhkan pada 1948. Tetapi ia sebenarnya merupakan kesinambungan daripada Malayan Security Service (Perkhidmatan Keselamatan Tanah Melayu/Cawangan Khas/MSS) yang ditubuhkan sekitar tahun 1939. Peranan MSS ketika itu lebih mirip kepada agensi perisikan domestik British MI5 iaitu mengumpul maklumat perisikan.

Tetapi MSS berdepan banyak masalah dalam tempoh kewujudan singkatnya. Dua tahun selepas ia ditubuhkan, Jepun menduduki Tanah Melayu dan pendudukan tersebut berlangsung sehingga Ogos 1945. Situasi ini tidak dibantu dengan kesukaran mereka merekrut penterjemah dan pegawai perisik yang berkelayakan. Akibatnya, ini menyukarkan mereka membekalkan maklumat perisikan berkualiti kepada pasukan keselamatan. Atas sebab itulah, MSS kemudiannya dibubarkan dan digantikan dengan SB pada 23 Ogos 1948.

Leon Comber. Sumber: ISEAS/Mei 2006/https://www.chinatownology.com/leon_comber.html

SB menerusi salah seorang figuranya, Leon Comber sedar kepentingan merekrut penterjemah terutama dalam kalangan orang Cina. Ini kerana kebanyakan dokumen yang dijumpai di kem-kem hutan atau anggota komυnιs yang ditangkap ditulis dalam Bahasa Cina. Bila ia diterjemah, ia mengandungi maklumat-maklumat penting seperti stor makanan rahsia, pergerakan geng Bintang Tiga dan tempat mereka mengadakan mesyuarat. Tetapi yang paling penting sudah pasti senarai aset Bintang Tiga yang dikenali sebagai Min Yuen.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN. Perjuangan menentang pεnggαnαs komυnιs semasa Darurat Kedua merupakan satu perjuangan yang sukar dan payah. Jerih-perih perajurit negara semasa melawan mereka boleh diketahui menerusi buku ini. Dapatkannya sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-i.238336777.17131032084

Selain kekurangan penterjemah berbangsa Cina, SB juga berdepan masalah kekurangan perisik Cina. Ini disebabkan pada ketika itu, berlakunya pertεlαgαhan antara orang Melayu dengan orang Cina pasca-pendudukan Jepun dan Pentadbiran Tentera British (BMA). Walaupun suhu ketegangan berjaya diredakan, masih wujud rasa curiga antara satu sama lain. Ini ditambah dengan kebanyakan anggota pasukan keselamatan ialah orang Melayu dengan majoriti geng Bintang Tiga ialah orang Cina.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna orang Cina menyokong pendekatan ganas Bintang Tiga. Bagi mereka, pendekatan sebegitu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan – satu perspektif yang mendorong SB merekrut pegawai-pegawai perisik berbangsa Cina. Bagaimanapun, nak latih mereka sebagai perisik bukan sesuatu yang mudah. Tempoh terbaik untuk melatih mereka ialah selama dua hingga tiga tahun – satu tempoh yang lama jika nak mengesan pergerakan atau mendapatkan maklumat terbaru musuh.

Bila sudah diberi kebenaran untuk beroperasi, pegawai-pegawai SB berdepan cabaran baru: macam mana nak kenalpasti Min Yuen? Ini kerana mereka melakukan pelbagai pekerjaan seperti penoreh getah, petani atau peniaga kecil. Sekali pandang, mereka sama saja dengan orang awam lain.

Selain itu, bila menyampaikan maklumat kepada geng Bintang Tiga di hutan, Min Yuen menggunakan kurier-kurier tertentu yang boleh dipercayai untuk menyampaikan maklumat kepada penggαnαs komυnιs dalam hutan. Tugas mereka mudah: sampaikan maklumat walau dengan apa cara sekalipun. Kalau mαtι, mαtιlah asalkan maklumat sampai kepada ketua kumpulan atau tidak dipintas oleh pasukan keselamatan.

Min Yuen mempunyai sebab kukuh memperlakukan kurier sedemikian rupa. Rupanya, setiap maklumat ditulis dalam Bahasa Cina tetapi dalam kod perkataan tertentu. Hanya orang komunis saja boleh faham makna setiap frasa dalam maklumat yang dihantar. Di samping itu, ia turut dihantar dalam bentuk gulungan kertas kecil yang boleh dimasukkan dalam jahitan seluar dan baju atau pemegang basikal. Bila kurier diperiksa pihak berkuasa, mereka dapat terlepas dengan mudah sebelum masuk ke hutan dan menyelesaikan tugasan mereka.

Kurier Min Yuen perlu melepasi pemeriksaan polis sekiranya mereka ke hutan untuk menghantar pesanan. Kalau lepas, misi mereka lancar. Tapi kalau nasib tak baik, memang kena cekup.

Bagi pasukan keselamatan tidak kira era Darurat mana, memintas apa yang dipanggil sebagai ‘mesej gulung’ ini amat penting. Ini kerana mesej tersebut boleh saja mengandungi arahan berbentuk serangan hendap, sabotaj atau mesyuarat membabitkan geng Bintang Tiga. Justeru, bila mesej sebegini dipintas, ini memudahkan pasukan keselamatan membuat perancangan awal termasuk menempatkan pasukan lebih awal dengan tujuan menangkap atau membυnυh geng Bintang Tiga.

Salah satu mesej yang berjaya dipintas pihak berkuasa ialah perjumpaan geng Bintang Tiga di Ipoh pada 15 Oktober 1952. Mesej ini dijumpai oleh pasukan keselamatan selepas berjaya menahan seorang kurier Min Yuen. Ini membolehkan mereka mengatur pergerakan pasukan keselamatan di tempat perjumpaan bagi mencekup atau membunuh mereka. Ini menunjukkan walau selicik mana usaha Min Yuen melindungi mesej rahsia mereka, lambat-laun ia akan dapat dikesan oleh pasukan keselamatan hasil usaha keras SB.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa keupayaan SB menukar penyokong atau ahli Bintang Tiga yang ditahan menjadi aset mereka. Apabila mereka ditahan, berita penahanan mereka tidak akan dihebahkan kepada umum terlebih dahulu. Semasa tempoh tahanan (tujuh hingga 14 hari), penyokong atau ahli komυnιs akan dinilai dan disoal siasat oleh anggota SB berbangsa Cina.

Semasa tempoh inilah, si penyoal siasat akan berusaha memenangi hati tahanan dengan menggunakan kaedah psikologi. Kadang-kadang proses ini memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Walaupun proses ini mengambil masa yang lama, pada akhirnya, jika si tahanan memilih bekerjasama dengan kerajaan, ia merupakan satu kemenangan kepada pihak SB.

Disebabkan tempoh masa terhad membabitkan tahanan berstatus ahli Bintang Tiga, penyoal siasat SB mempunyai 72 jam untuk menentukan maklumat yang diraih daripada tahanan itu sahih atau tidak. Ini kerana selepas tempoh itu, anggota-anggota Bintang Tiga pasti mengesyaki bahawa rakan mereka kini dalam tahanan pihak berkuasa. Justeru, sebarang maklumat yang cuba digunakan selepas itu dianggap tidak bernilai.

Semasa soal siasat, si penyoal terlebih dahulu akan menanyakan dua set soalan kepada tahanan. Pertama, nama, bangsa dan dialek percakapan yang digunakan si tahanan. Kedua, si tahanan akan ditanya tentang pangkatnya dalam Bintang Tiga, tempoh berada dalam hutan, unit Bintang Tiga mana yang disertainya dan jika ada ahli-ahli komυnιs yang mahu menyerah diri. Jika ada, maka si tahanan akan ditanya sama ada mahu kembali semula ke hutan dan membantu pasukan keselamatan memujuk mereka untuk menyerah diri.

Biasanya, dua set soalan ini dapat dijawab dengan mudah lagi-lagi selepas tahanan menyatakan kesudian bekerjasama dengan pihak berkuasa. Tetapi jika tahanan masih enggan bekerjasama, maka setiap jawapan yang diberi akan dinilai oleh sekumpulan penilai SB seramai tiga hingga lima orang. Mereka akan menentukan sama ada maklumat tersebut masih lagi berguna atau tidak untuk kegunaan pasukan keselamatan di perbatasan.

Antara peranan aset SB ialah sebagai penunjuk arah lokasi kem Bintang Tiga untuk pasukan keselamatan.

Setelah ditukar sebagai aset kerajaan, ahli Bintang Tiga yang menyerah diri atau ditangkap akan kembali ke hutan. Mereka akan menyusup kembali dalam unit asal mereka dan memujuk mana-mana ahli Bintang Tiga untuk menyerah diri. Mereka juga bertanggungjawab menunjukkan tempat simpanan rahsia Bintang Tiga termasuk senjata dan makanan serta tempat pesanan Min Yuen dihantar. Akhir sekali, mereka juga boleh menterjemah dan memecah kod dokumen-dokumen komυnιs agar dapat dihantar kembali ke SB.

Logik akal, tugas sebegini yang sepatutnya dianggap mencabar. Tetapi tugas paling mencabar untuk bekas ahli Bintang Tiga yang kerja dengan SB ialah duduk di stesen mendengar (listening post). Kebiasaannya, individu yang duduk di situ dipilih kerana pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran dan bijak menjaga diri.

Sebagai tukaran kepada usaha mereka, SB akan membayar sejumlah wang kepada mereka dengan ingatan agar tidak terlalu boros berbelanja.Ini kerana sebarang perbelanjaan yang tidak masuk akal akan dikesan oleh orang tempatan mahupun ahli Bintang Tiga. Silap haribulan, ada yang mengesyaki mereka sebagai pemberi maklumat kerajaan. Kantoi, memang nasib kena bυnυh!

Kebiasaannya, stesen mendengar ini ditempatkan di tempat-tempat strategik dari kuil dan kedai makan hinggalah Kampung Baru. Tetapi masalahnya, maklumat yang diraih kadang-kadang tidak lengkap atau tidak tepat. Jadi, pihak SB terpaksa melipatgandakan usaha bagi memastikan maklumat tersebut cukup untuk dihantar kepada pasukan keselamatan.

Kejayaan SB berjaya memusnahkan usaha gerakan komυnιs dari 1948 hingga 1960. Kejayaan sama turut diulangi apabila Darurat Kedua berlaku dari 1968 hingga 1969. Tetapi harga kejayaan SB untuk Darurat Kedua amat besar. Ramai anggota SB semasa tempoh tersebut mαtι dibυnυh oleh geng Bintang Tiga di beberapa negeri seperti Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi kerana pεngorbαnαn tidak didendang pihak SBlah, akhirnya Bintang Tiga meletak sεnjαtα dan memeterai perjanjian damai dengan kerajaan pada 1989.


Kami mempunyai banyak buku – fiksyen dan bukan fiksyen – yang tersedia untuk dinikmati kalian. Buku-buku kami boleh dibeli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Mohamed Yasid, A.F. (2016). PERANAN PASUKAN CAWANGAN KHAS POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DALAM MENANGANI (ditapiskan), 1968-1989. Jurnal Sejarah, No. 25, Bil. 2.

Mohamed Yasid, A.F dan Abdul Rahman, A.A. (2018). THE ROLES OF POLICE SPECIAL BRANCH IN ELIMINATING (ditapiskan) 1948-1960: AN ANALYSIS. Jurnal Sejarah, No. 27, Bil. 2.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply