Benarkah Al-Fateh Berlaku Kejam?

0
3142
views

Benarkah tentera Sultan Muhammad Al-Fateh melakukan kekerasan seperti penjarahan ketika menakluki constantinople? Perkara ini bertentangan dengan sumber sejarawan Islam menyatakan Mehmet II menerapkan dasar toleransi agama ketika menakluk konstantinople seperti

1. Shakir Afandi Al-Hanbali menyatakan dalam talkhid al-Tarik al-Uthmani hlm 37 “Memberikan penganpunan, melaksanakan pendamaian serta mewujudkan toleransi agama dalam kalangan penduduknya. Beliau melayan penduduk konstantinople dengan penuh hormat.”

2. Al-Shallabi menyatakan dalam al-Dawlah al-Uthmaniyah hlm 111″Para tentera dititahkan untuk memberi layanan baik terhadap tawanan perang bahkan sultan Muhammad Al-Fateh sendiri menbus sejumlah tawanan perang menggunakan hartanya. Tawana ditebus kebanyakkan bangsawan berasal dari Greek serta para pemimpin kristian.”

3. Memberi kebebasan kepada penduduk kristian memilih uskup mereka yang baru. Penduduk kristian telah memilih Gennadius Sholarius dan disambut mehmet II dengan penuh hormat

4. Sejarawan Turki bernama Halil Inalcik menyatakan Muhammad Al-Fateh menggalakkan penganut kristian ortodoks melarikan diri supaya kembali ke istanbul dan memberi perlindungan sepenuhnya kepada agama tersebut.

5. Memberi kuasa civil kepada uskup Gennadius sebagai autoroti keagamaan kepada penduduk constantinople dan hubungannya dengan muslim

6. Mengumumkan uskup Gennadius memiliki kedudukan setaraf dengan menteri2 dalam uthmaniyah

7. Memberi sokongan dalam membaik pilih gereja-gereja.

Artikel Ialah Sumbangan Muhammad Iqbal Harraz

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here