Terbit tenggelam Matahari sudah lama mengikatkan masa dalam hidup kita. Bangun pagi pergi kerja. Sebelah petang balik rumah. Malam pula tidur untuk rehat sampai esok hari. Semuanya berpandukan Matahari. Namun macam mana kalau Matahari langsung tidak terbit… atau tidak tenggelam walau sehari pun? Bunyi pelik untuk kita. Tetapi bagi penduduk di bandar Tromso, ini perkara biasa.

Tromso terletak dalam negara Norway – beribu-ribu kilometer jauh daripada ibu negara Oslo. Punyalah jauh sampai lagi dekat kalau pintas melalui Sweden kalau ingin pergi balik antara Oslo-Tromso. Kalau ikut pembahagian zon, Tromso terletak dalam Arctic Circle – iaitu satu garisan latitud yang kitaran hariannya memang rumit lagi merumitkan.

Sementara dunia patuh pada pagi, petang dan malam, Tromso ikut hukum “Polar Day” (Mei sampai Julai) dan “Polar Night” (November hingga Januari). Waktu “Polar Day” (Siang Kutub), Matahari tidak tenggelam walau sehari pun. Manakala “Polar Night” (Malam Kutub) pula Matahari takkan terbit. Antara dua tempoh ini pula, terbit tenggelam Matahari tersangat rambang sampai boleh kata enam bulan jugalah untuk waktu siang (Leibowitz, 2015).

Kenapa Ada Siang Kutub dan Malam Kutub

Kita di Malaysia sangat biasa dengan peredaran Matahari daripada timur ke barat. Macam biasa pukul 11:30 pagi hingga 1:30 petang, Matahari sememangnya akan terpacak di atas kepala. Tetapi penduduk Tromso (dan banyak tempat lagi) akan tengok Matahari di satu bahagian langit sahaja. Mudah kata, matahari timbul di arah tenggara dan tenggelam pula di arah timur laut. Satu arah saja. Sesiapa yang tengok filem The Proposal, lakonan Ryan Reynolds dan Sandra Bullock, mungkin akan faham terus.

Ini contohnya. (Todd Paris/University of Alaska Fairbanks)

Fenomena ini sememangnya biasa bagi penduduk mana-mana tempat dalam bulatan ini (Fjord Tours, 2019).

Zon Arctic Circle

Inilah Arctic Circle: lagi utara kita pergi, lagi keraplah kita tengok terbit tenggelam Matahari macam dalam gambar contoh. Dan juga lagi ketaralah fenomena Siang Kutub dan Malam Kutub. Semua yang berada dalam Arctic Circle mematuhi kitaran hari berbeza untuk dibandingkan penduduk zon khatulistiwa. Jadi kalau Siang Kutub dan Malam Kutub berlaku di Malaysia, itu tandanya alignment Bumi lari teruk.

Macam Mana Keadaan Waktu Siang Kutub

Mesti ada yang tertanya-tanya. Macam mana keadaan waktu siang kutub? Gelap mana waktu malam kutub? Ada banyak contoh boleh dibawa untuk perbincangan.

Contoh siang kutub di Tromso pada waktu tengahari (CC BY – 4.0./ Kirk K)
Contoh malam kutub di Tromso pada waktu senja (CCBY-4.0./Pavel Trebukov)

Pada tengah malam, macam biasa. Gelap gelita. Keadaannya mudah untuk dibayangkan. Cahaya tetap ada cuma bukanlah terang benderang seperti siang Malaysia. Ibaratkan siang pada hari langit berawan tebal. Penduduk masih boleh keluar sana sini dengan syarat berpakaian tebal. Walau bagaimanapun, masih kena berwaspada kerana Tromso selalu hujan terutamanya pada bulan Oktober.

Suhunya pada minggu musim panas (Jun hingga Julai misalnya) naik turun dalam lingkungan 7°C hingga 18°C. Nampak sangat orang sana kena selalu duduk rumah. Namun bukan semua yang boleh bekerja dari rumah semata-mata. Ada yang terpaksa keluar juga. Kerana Tromso terletak di perairan yang kata dengan hasil laut. Ikan di bandar ini sangat banyak sampai Tromso diisytihar pelabuhan perikanan paling besar Norway. Malah kekayaan hasil laut membawa komuniti sains ke Universiti Tromso yang merupakan pusat penyelidikan Arktik (Top Universities, n.d.).

Banyak pengajaran boleh diambil daripada Tromso. Tidak perlu jadi enjin ekonomi negara untuk dapat perhatian dunia. Tromso ikut identiti sendiri sampai boleh masuk siaran BBC, sekali gus merangsangkan industri pelancongan.

RUJUKAN:

Fjord Tours. (2019, Jun 19). The Midnight Sun Explained.

Leibowitz, K. (2015, Julai 1). The Norwegian Town Where The Sun Doesn’t Rise. The Atlantic.

Top Universities. (n.d.). University of Tromso.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply