Bakal Perdana Menteri Berusia 31 Tahun

1
14582
views

Ada mamat hensem dan muda bakal menjadi Kanzler (perdana menteri) Austria. Namanya Sebastian Kurz. Umur baru 31 tahun, muka tahap Bront Palarae dan Reza Rahadian (maaf, Fattah Amin tak termasuk ye).

Tapi pendirian politik Kurz sama mengancam dengan wajahnya. Manifesto utamanya adalah untuk mengetatkan kemasukan imigran, terutamanya dari negara-negara majoriti Muslim.

Sebagai bekas Menteri Integrasi, beliau menyarankan agar tadika Islam ditutup dan burqa/niqab diharamkan kerana ia “menghalang integrasi”. Disebabkan parti Kurz tidak mencapai majoriti dalam pilihanraya, Kurz perlu mendirikan kerajaan gabungan dengan parti FPO yang terkenal dengan sikap Islamofobia.

Kurz bukan Justin Trudeau atau Emmanuel Macron. Kurz adalah seorang “right-wing populist” seperti Donald Trump. Di Perancis, Belanda dan Jerman, populis telah ditewaskan, namun kenapa orang Austria memilihnya?

Austria dulu adalah sebuah kuasa besar. Dinasti Habsburg yang memerintah Austria dari tahun 1276 hingga 1918 pernah membina empayar agung di Eropah. Pemerintah Habsburg juga merupakan pemegang gelaran “Holy Roman Emperor” iaitu maharaja bangsa Jerman.

Waqaf Saham

Austria memainkan peranan sebagai benteng pertahanan Eropah daripada ancaman Empayar Turki Uthmaniyyah (Ottoman). Austria dan Turki berperang selama 265 tahun (1526-1791) dan kemuncaknya ialah Pertempuran Vienna (1683) di mana Austria berjaya menewaskan Turki dan menyekat kemaraan Turki. Peringatan kemenangan Austria itu masih dijadikan sebagai sambutan tahunan oleh parti FPO.

Selepas Austria ditewaskan oleh Napoleon pada tahun 1805 dan Prussia pada tahun 1866, kuasa dan pengaruh Austria semakin merosot, namun ia masih menguasai wilayah yang luas meliputi Austria, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Romania, Bulgaria, Bosnia, Croatia dan Slovenia. Namun kekalahan Austria dalam WW1 menyebabkan Empayar Austria dipecahkan. Semua negara-negara tersebut merdeka daripada Austria. Austria menjadi sebuah negara kecil dan hilang kuasa dan pengaruh buat selama-lamanya.

Orang Austria masih menaruh “resentment” terhadap nasib mereka. Jadi Kurz yang “youthful”, “energetic” dan vokal memberi harapan untuk “make Austria great again”. Selepas peristiwa 15 Julai 2016 di Turki, Kurz selaku Menteri Luar Austria lantang mengkritik Erdogan dan membantah kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU), walaupun dikecam oleh Erdogan. Kurz menimbulkan nostalgia rakyat Austria tentang kewiraan raja dan bangsawan Habsburg yang melindungi Eropah daripada Turki dan “ancaman Islam”.

Yang lebih ironik, Austria, Hungary, Czech, Slovakia dan Poland kini kembali bersatu atas dasar anti-imigran. Dan tentu rakyat Austria lebih suka gabungan ini daripada EU, kerana ia mengingati mereka tentang kegemilangan Empayar Austria.

Zaman kita ialah zaman manipulasi emosi dan persepsi. Jadi tak hairan melalui propaganda dan PR, populis muda seperti Kurz pun boleh diangkat sebagai pemimpin.

Adakah Kurz teladan kepada anak muda kita? Atau ia sebenarnya satu amaran?

1 COMMENT

  1. Hihi kata minda terjajah. Apa kata kita mulakan dengan berbahasa melayu penuh. Jangan campurkan Bahasa Malaysia dengan bahasa inggeris. 👌

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.