Pandangan umum selalu menyebut, anak-anak yang cerdik lahir daripada ibu bapa yang berpendidikan.
Tapi ada kajian lain selama 20 tahun daripada 27 buah negara mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku turut mencerdikkan mereka tanpa mengira latar belakang pendidikan ibu bapa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Anak-anak yang membesar dengan 500 buah buku di rumah berbanding tiada buku jelas memberikan impak yang berbeza. Ini yang didapati oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Mariah Evans dari University of Nevada melalui kajian 27 buah negara itu. Kehadiran buku dalam hidup kanak-kanak macam dididik oleh ibu bapa yang ada pendidikan selama 15 tahun. Berbanding yang tiada buku seperti dididik oleh ibu bapa yang mempunyai pendidikan selama 3 tahun.

Memiliki buku di rumah adalah dua kali lebih penting berbanding mempunyai bapa yang berpendidikan. Mereka juga mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku, 3 tahun ke hadapan lebih pantas dalam didikan. Di China, kanak-kanak yang mempunyai 500 buku di rumah mereka, mempunyai kepantasan didikan 6 tahun ke hadapan. Evans kata, 3 tahun ke hadapan pun dah cukup signifikan. 500 buku mungkin banyak sangat, 20 buku pun menurut Evans sudah cukup untuk bagi impak.

Maka, orang kaya sajalah yang ada suasana macam ini sebab dapat beli buku banyak-banyak. Penyelidik ini membidas, tak semestinya. Mereka dapati, keluarga yang kurang bernasib baik selalu ada suasana macam ini kerana anak-anak manfaatkan sepenuhnya buku-buku yang ada. Yang penting, ibu bapa kena pupuk budaya membaca. Aduh, macam ayat karangan sekolah. Rajin-rajin pergi ke kedai buku, hadiahkan buku pada anak-anak, jadikan pesta buku sebagai lokasi percutian.

Nak pupuk, ibu bapa kena mula dulu. Jadi, carilah pasangan yang bawa buku ke mana-mana dan sangat rajin membaca untuk masa depan anak-anak yang cerdik dan berpengetahuan.

Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply