Kalau perut rasa nak makan pizza pasti dua nama ini akan terlintas di sudut hati paling dalam iaitu Domino’s Pizza dan Pizza Hut. Bagi kebanyakan daripada kita Pizza Hut adalah pilihan utama tetapi jangan terkejut kerana sebenarnya Domino’s yang menguasai pasaran pizza dunia.

Kenapa boleh jadi begitu? Padahal Domino’s ni kedai pun tak menarik dan pizza rasa macam kertas pasir. Jawapannya adalah Domino’s buat kerja gila.

Ketika kedai pizza dan restoran makanan segera lain sangat menekankan hiasan dalaman bagi menarik kehadiran pelanggan, Domino’s pula bersikap sambil lewa. Buktinya kalau masuk je dekat Domino’s memang tak rasa langsung nak makan dekat situ.

Jadi Domino’s mula fokus kepada aspek yang sangat diabaikan oleh kedai pizza dan restoran makanan segera lain iaitu delivery.

Paling menarik sekali Domino’s terus tekan gear 5 apabila menawarkan delivery dalam masa tidak lebih 30 minit. Delivery yang laju ini telah membuatkan permintaan semakin meningkat lantas memaksa Domino’s perlu membuka lebih banyak cawangan.

Perkembangan ini telah menyebabkan pesaing terkuat Domino’s iaitu Pizza Hut terciduk. Ini kerana mereka menyangka dengan menyediakan tempat makan yang luas dan premium akan mampu tarik lebih ramai pelanggan. Tapi mereka silap dan hampir tersalah langkah.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Bukan setakat pesaing sahaja terciduk, Mekdi turut terkejut dan bermula dari situ semakin banyak restoran makanan segera mula menawarkan delivery dengan Pizza Hut menjadi peneraju. Masalahnya sekarang Pizza Hut tidak mampu menyaingi Domino’s daripada aspek masa delivery. Tempoh paling cepat yang boleh ditawarkan oleh Pizza Hut hanyalah 40 minit.

Biasannya tempoh 40 minit itu tidak dapat dipatuhi hingga menimbulkan kemarahan pelanggan. Apa yang Pizza Hut boleh buat hanya menjanjikan baucar jika pizza tiba lewat. Pelanggan yang mulai bosan terus tinggalkan Pizza Hut dan kembali semula kepada Domino’s Pizza.

Mahu tak mahu, Pizza Hut perlu fikirkan strategi lain dan bertindak sama seperti Domino. Fikir punya fikir, Pizza Hut mendapat idea yang sangat bernas iaitu memperkenalkan sistem penghantaran dalam talian terawal di dunia. Pizza Hut tahu di masa hadapan, kita semua akan menjadikan internet sebagai keperluan asas dan mereka ingin jadi pemula.

PizzaNet

Jadi Pizza Hut telah memperkenalkan PizzaNet bagi memudahkan pelanggan memesan tanpa perlu membuat panggilan telefon. Namun Pizza Hut hampir juga kecundang kerana orang ramai belum mahir lagi menggunakan internet. Beberapa tahun selepas itu, barulah PizzaNet mendapat sambutan lantas menewaskan terus delivery 30 minit Domino’s.

Selepas itu Pizza Hut berada dalam keadaan selesa menguasai pasaran pizza sehingga Domino’s muncul dengan platform atas talian yang sedikit berbeza. Apa yang beza?

Domino’s telah menawarkan sesuatu yang cukup gila iaitu menawarkan delivery sepantas 15 hingga 20 minit dengan sedikit caj. Hal ini telah memberikan tamparan hebat kepada Pizza Hut yang sudah sekian lama menguasai pasaran. Pelanggan yang melihat kerja gila ini mula beralih arah kepada Domino’s kerana delivery laju biarpun kena bayar sikit.

Ditambah lagi pelanggan boleh buat pesanan secara online dan self pickup di kedai. Jadi pelanggan tidak perlu beratur dan hanya tunggu pizza hampir siap untuk bergerak kedai.Akhirnya Pizza Hut buntu untuk mengatasi Domino’s dan terus tertinggal di belakang.

Kesimpulannya apa yang dilalui oleh Domino’s Pizza boleh dicontohi oleh semua jenis perniagaan di luar sana. Persaingannya bersama Pizza Hut memberikan itu satu pengajaran iaitu inovasi adalah kunci.Biarpun kelihatan agak gila pada pandangan mata orang lain, itu tidak menjadi penghalang untuk kita mencuba dan terus berjaya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply