Senarai di bawah menunjukkan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu Kuno yang masih kita gunakan pada hari ini, berlandaskan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno yang terdapat di Alam Melayu. Sebahagiannya seperti prasasti Telaga Batu, prasasti Kedukan Bukit, prasasti Talang Tuwo, dan prasasti Kota Kapur.

Kita dapati bahawa terdapat beberapa perubahan fonetik dalam huruf yang disebutkan pada bahasa Melayu Kuno telah berubah dalam bahasa Melayu Moden. Seperti contoh, huruf “w” (sebut “wa”) pada Melayu Kuno, sebahagiannya bertukar menjadi huruf “b” (sebut “ba”) pada Melayu Moden. Selain daripada itu, huruf vokal pada bahasa Melayu Kuno mempunyai vokal panjang seperti “ā” yang perlu dipanjang suaranya ibarat seperti bahasa Arab yang mengandungi huruf mad dan harakat.

Hal ini menjadikan bahasa Melayu Kuno menjadi unik, yang kini sudah tiada di dalam bahasa Melayu Moden. Barangkali huruf vokal panjang dipengaruhi daripada bahasa Sanskrit pada ketika itu yang sudah meresap ke dalam bahasa Melayu Kuno, sebelum penyerapan bahasa Arab yang merubahkan merubahkan fasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik.

1) dīri
2) jāhat
3) dātu
4) tāhu
5) kasīhan
6) hàri
7) kāyu
8) lāki
9) lāgi
10) wañakña (banyaknya)
11) wini (bini)
12) dalam
13) hidup
14) minum
15) mata
16) huma
17) ñiyur (nyiur; kelapa)
18) -tānam
19) lapas
20) āku
21) wātu (batu)
22) waram (barang)
23) sumpah
24) wulan (bulan)

RUJUKAN:
1) Kullanda, S. (2016) ‘Accentuation in early Malay and Javanese epigraphy’. Journal of Language Relationship 14(1), 59-63.

GAMBAR: Prasasti Kedukan Bukit yang memaparkan Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava

-Pawaka Legendria-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

1 Comment

Leave A Reply