Bad Genius: Bila Meniru Dalam Peperiksaan Di-romanticize-kan Dalam Filem

1
6398
views

Filem Bad genius mendapat rating 10/10 daripada aku. Aku suka bagaimana diaorang “romanticize” kan gejala meniru dalam exam. Sebuah genre heist (filem berkisarkan tentang rancangan melakukan sebuah jenayah yang biasanya melibatkan pencurian dan rompakan) tetapi dipersembahkan daripada sudut yang sangat dekat dengan jiwa kita penonton.

Sebelum ni kita layan filem heist, kita tak dapat related dengan diri kita. Yalah, siapa sini pernah rompak bank bukan? Siapa sini penah pecah masuk penjara kan?

Jetpack Langkawi

Tapi kita semua, kebanyakannya pernah meniru sama ada berjaya atau tidak dalam exam. Kebanyakanlah. Padahal masa meniru tu biasa jer. Tapi dengan score musik, lakonan hebat, sinematografi, pace, membuatkan meniru itu menjadi sesuatu yang epik, penuh thrill dan terlihat sangat heroic.

Inilah faktor kenapa ia sangat dekat dengan aku, mungkin juga kalian. Sambil menonton filem ini, aku membayangkan zaman sekolah ketika nakal-nakal dahulu. Bagaimana liciknya ketika peperiksaan, menyeludup nota-nota dan buku masuk ke dalam kelas dan dewan peperiksaan. (Sekarang dah insaf)

Wake up industri filem kita. Tak perlu bajet berbillion nak buat filem menarik. Thailand pun dah tinggalkan kita. Cerita pasal budak nak meniru dalam exam jer pun. Tapi ada banyak mesej dan pengajaran yang cuba diselitkan. Anda hanya perlu skrip yang mantap, pengarah yang hebat dan tentunya, bukan pelakon yang kayu.

Tapi disebalik gejala meniru yang diromantiskan, filem ini sedang menampar pendidikan negara Thai, menyindir tentang bagaimana pendidikan dijadikan lubuk wang (aku bersyukur sebab duduk di Malaysia sebab sekurang-kurangnya sekolah kita tidak berharga puluhan ribu untuk memasukinya. Masih lagi percuma). Atau juga tentang kejujuran yang tidak seimbang. Para penguasa, dan pihak berkuasa dalam industri pendidikan Thailand berusaha untuk membendung ketidakjujuran berlaku pada para pelajar dalam sektor pendidikan Thailand, dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak berlaku jujur seperti korupsi.

Tengoklah filem ini kalau nak rasa macam aku. Aku tak senang duduk dalam panggung tadi. Padahal ni bukan cerita seram pun. Tapi rasa thrill yang dipersembahkan dalam genre heist yang ini sangat hebat sehinggakan kau akan automatik bersilat, hampir berdiri, menjerit dan sebagainya.

Dalam tidak sedar, kita sedang bersorak untuk anti-hero atau the real villain dalam filem ini sebenarnya. Trick dan mindgame yang dipersembahkan dalam video ini pun nampak bersahaja, tetapi tampak bijak sekaligus membuktikan kekuatan skripnya.

Padahal kita semua tahu meniru itu jahat dan tindakan kapitalis membuat untung dari meniru itu pun kerja jahat. Tapi inilah kuasa point of view. Kita sedang duduk dalam tapak kasut watak utama watak itu, dan kita sedang meletakkan empati kita pada watak utama secara tak langsung.

Kita harus belajar untuk mengaplikasikan perkara ini dalam diri kita juga. Bukan dalam filem. Bila kita melihat seseorang itu melakukan sebuah jenayah, atau kesilapan. Berhenti untuk terlalu menghukum mereka tetapi cuba letakkan empati kita pada diri watak itu.

Kalau kita boleh bersorak dalam diam untuk watak utama peniru itu selamat dari jenayah dan tindakan dia sebab kita meletakkan empati kita bahawa si watak utama dari keluarga yang susah dan perlukan wang ringgit untuk membantu ayahnya, kita juga boleh melakukannya dalam dunia sebenar.

Tahniah Thailand! Anda berjaya membuat meniru dalam peperiksaan menjadi sesuatu yang sangat epik seperti mana dalam filem ini. Apa-apa pun pengajaran di hujungnya menyimpulkan kepada kita, meniru itu tetap sebuah perbuatan yang salah.

Bagi aku pengajaran dihujungnya mengurangkan sedikit semangat filem heist itu tersendiri. Mungkin juga kerana menghargai budaya sebagai orang Timur, maka tetap ada pengajaran kerana filem heist yang asalnya tidak perlu semua itu.

P.S: Adik-adik semua yang masih bersekolah atau yang sedang belajar di kolej dan universiti jangan cuba tiru trick meniru yang digunakan watak-watak dalam filem ini.

Previous articleRaja-Raja Melayu Agung Segenting Kra
Next articleKesultanan Samudera Pasai: Kerajaan Islam Agung Alam Melayu
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.