Kita sering disajikan dengan adegan pertem.puran zaman pertengahan melalui filem  atau rancangan televisyen, biasanya memaparkan askar berkuda bersenjata lengkap merentasi dataran sekaligus menimbulkan ketakutkan bagi pihak musuh.

Walaupun umum mengetahui bahawa pengeluar filem cenderung untuk memutarbelitkan atau membesarkan realiti yang tidak benar bagi menghasilkan kesan dramatik.

Satu kajian baru mengenai unit berkuda zaman pertengahan dibentangkan bagi mendedahkan salah faham ini.

Menariknya, herotan dalam kes ini tidak ada kaitan dengan cara mereka menggambarkan pahlawan atau pep3rangan. Namun ketidaktepatan maklumat timbul disebabkan berlaku salah faham mengenai ukuran kuda ketika itu, kerana kuda di zaman pertengahan yang digunakan dalam pertempuran tidaklah begitu sebesar saiznya seperti yang dicanangkan kerana ia hanya hasil sudut pandang budaya popular. Kuda zaman pertengahan sebenar adalah haiwan yang kuat dan tahan lasak.

Membetulkan Realiti Penggunaan Kuda Semasa Zaman Pertengahan

Namun kebenaran ini didedahkan dalam satu kajian bagi menjawab salah faham yang selama ini tidak tepat. penyelidikan sebenar yang terlibat dengan projek ini tidak rumit dan tidak melibatkan kerja lapangan tambahan. Penggalian arkeologi di 171 buah tapak di seluruh United Kingdom telah menemukan dengan tulang kuda yang masih utuh sejak tahun 300 hingga 1650 Masihi, ia memberi petanda baik bagi ahli arkeologi dan ahli sejarah yang terlibat untuk membuat perbandingan saiz tulang.

Dalam filem dan TV, kuda perang zaman pertengahan biasa mungkin setinggi 17 atau 18 tangan (cara ukur ketinggian kuda cara tradisional) atau bersamaan dengan 173 hingga 183 sentimeter.

Tetapi bukti yang dianalisis dalam kajian Inggeris menunjukkan bahawa kuda pada zaman pertengahan jauh lebih pendek iaitu berukuran kurang dari 15 tangan (152cm), biasanya kurang beberapa inci daripada kuda moden dan mungkin boleh disamakan dengan ketinggian kuda padi yang secara purata setinggi 4 kaki atau 13 tangan sahaja.

King Offa Of Mercia Abad ke-8M Di Atas Kuda Bersaiz Sederhana

Kuda tertinggi dalam sejarah England adalah dari era Norman (abad ke-11 dan ke-12) yang dikenal pasti daripada rekod arkeologi yang ditemui di Istana Trowbridge di Wiltshire. Kuda ini hanya setinggi 15 tangan (152cm) yang menjadikannya setanding dengan kuda tunggangan kecil pada masa kini.

Hanya semasa zaman pertengahan (1200-1350 AD) kuda-kuda di England mula mencapai tanda 16 tangan(162cm), dan itu akan kekal sebagai puncak saiz kuda sehingga mereka mula menjadi lebih besar dalam tempoh pasca abad pertengahan (selepas tahun 1500) .

Perlu diingatkan bahawa penunggang kuda dan jurulatih zaman pertengahan tidak bekerja secara eksklusif dengan apa yang disediakan sumber semula jadi. (semak belukar yang membentuk asas pemakanan binatang liar misalnya)

Jadi pengetahuan tentang amalan pembiakan kuda telah meluas dan pelaburan masa dan wang yang besar telah dibelanjakan dalam percubaan untuk membiak haiwan yang sempurna untuk pep3rangan, perlumbaan, memburu, dan aktiviti lain yang memerlukan penggunaan kuda.

Ciri-ciri kuda dalam tempoh itu muncul daripada amalan pembiakan yang canggih, jika ia lebih kecil daripada yang dijangkakan, ini kerana saiz yang lebih besar tidak akan memberikan kelebihan kepada penunggang.

Rekod bersejarah tidak memberikan kriteria khusus yang menentukan jenis-jenis kuda p3rang. Kemungkinan besar sepanjang tempoh itu pada masa yang berbeza, bentuk kuda yang berbeza adalah wajar sebagai tindak balas kepada perubahan taktik medan p3rang.

Askar zaman pertengahan menggunakan kuda pendek menderu bagai ribut melintasi medan p3rang mungkin tidak kelihatan mengagumkan atau menakutkan seperti yang dibayangkan oleh pembuat filem moden.

The Medieval Warhorse Dalam Masyarakat Dan Budaya Inggeris

Kuda yang dikerahkan dalam pep3rangan semasa Zaman Pertengahan digunakan secara berbeza daripada pada masa lalu.

Dalam konsep keperwiraan Eropah, taktik yang digunakan pasukan berkuda ini secara amnya melibatkan s3rangan pantas yang disokong oleh kekuatan yang luar biasa. Strategi ini telah direka untuk meletakkan musuh di hadapan mereka dari awal lagi, memaksa mereka untuk melarikan diri sambil mencipta gangguan dalam barisan mereka.

Terdapat banyak variasi pada tema ini. tetapi sebahagian besar kuda p3rang zaman pertengahan biasanya dikerjakan dengan membawa beban yang lebih berat di belakang.

Pembinaan Semula Model Perisai Dan Kuda Abad Ke-16, Muzium Metropolitan New York

Kuda p3rang adalah dasar pemahaman kita tentang masyarakat dan budaya Inggeris zaman pertengahan sebagai simbol status yang berkait rapat dengan perkembangan identiti bangsawan dengan kekuatan mobiliti yang digerakkan.

Kuda sangat berharga dan bernilai di England pada zaman itu, ia menawarkan satu-satunya alternatif untuk memudahkan pergerakkan ke serata tempat dan menjadi aset penting dalam pertempuran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply