Sharingan merupakan antara keupayaan ninja paling hebat dalam dunia ninja Naruto. Kelebihan ini menjadikan puak Uchiha amat digeruni oleh puak-puak ninja lain. Tetapi tidak ramai tahu, sesetengah jutsu atau jurus yang digunakan pengamalnya mempunyai kaitan dengan mitologi Jepun.

Ini dapat dilihat apabila kekuatan Sharingan yang digunakan bertambah, rupanya juga berubah dan memberi akses kepada penggunanya pelbagai jutsu baru. Sesetengahnya dinamakan oleh pencipta Naruto, Masashi Kishimoto berdasarkan dewa-dewi agama Shinto. Ia bukan sekadar rujukan sahaja tetapi turut mewakili kuasa yang dimiliki dewa-dewi ini dalam mitologi Jepun.

Satu daripadanya ialah Tsukuyomi, jurus yang biasa digunakan oleh pengguna Mangekyo Sharingan seperti Itachi. Menerusi teknik ini, pengguna dapat mengubah persepsi masa sasarannya. Mana-mana sasaran yang terkena Tsukuyomi merasakan masa berlalu pantas atau perlahan mengikut kehendak si pengguna.

Selain itu, sasaran mengalami kesukaran untuk keluar daripada ilusi tersebut menggunakan cara biasa. Satu-satunya inidividu yang berjaya keluar daripada Tsukuyomi ialah Sasuke menerusi Sharingannya.

Dalam agama Shinto, Tsukuyomi ialah dewa bulan, Ia tercipta selepas dewa Izanagi membasuh mata kanannya selepas kembali dari alam barzakh. Sebagai dewa bulan, ia turut dianggap sebagai penanda perubahan masa .

Bagi pengguna Mangekyo Sharingan seperti Itachi dan Sasuke, kedua-duanya mampu mengaktifkan jutsu api hitam Amaterasu. Api jurus ini amat kuat dan dikatakan sekuat bahang matahari. Api yang dihasilkan Amaterasu tidak akan terpadam melainkan selepas sasaran si pengguna mati.

Amaterasu menjadi pilihan Sasuke sebagai kaedah serangan utamanya. Ia boleh dibentuk dan dikawal menerusi mata kanannya. Dengan Amaterasu, kekuatan senjata Sasuke mengundang kerosakan kepada pihak lawan dan menjadikan dirinya kebal daripada semua bentuk serangan.

Dalam mitologi Jepun, Amaterasu merupakan saudara Tsukuyomi dan anak kepada Izanagi. Ia tercipta selepas Izanagi mencuci mata kirinya selepas kembali dari alam barzakh. Ia dianggap dewa matahari dalam agama Shinto.

Disebabkan kedua-duanya saling berlawanan, maka gelaran dalam dunia Naruto juga berbeza. Amaterasu melambangkan cahaya dan dunia fizikal. Sementara Tsukuyomi pula mewakili kegelapan dan alam ghaib.

Apabila pengguna Sharingan berjaya menguasai Amaterasu dan Tsukuyomi, barulah mereka dapat menguasai Susanoo. Menerusi teknik ini, pengguna dapat menggunakan avatar humanoid untuk menyerang dan bertahan bagi pihak mereka. Apabila ia mencapai rupa sebenar mereka dengan sempurna, ia mampu mengundang kemusnahan besar kepada pihak lawan.

Buktinya, moyang keluarga Uchiha iaitu Madara berupaya memusnahkan beberapa buah gunung menerusi Susanoo. Sementara Itachi pula menggunakan teknik sama untuk menewaskan Orochimaru – alegori kepada kisah Susanoo menewaskan ular raksasa Yamata no Orochi.

Anak ketiga Izanagi, Susanoo merupakan dewa laut dan ribut mengikut kepercayaan Shinto. Ia dianggap figura keperwiraan selepas berjaya menewaskan Yamata no Orochi. Susanoo tercipta selepas Izanagi mencuci hidungnya selepas pulang dari alam barzakh.

Akhir sekali, pengguna Sharingan menggunakan dua teknik yang paling sukar diatasi iaitu Izanagi dan Izanami. Izanagi ialah jurus di mana si pengguna boleh mengubah semula realiti mengikut kehendaknya.

Sementara Izanami pula jurus yang memerangkap mangsanya dalam gelungan masa (time loop) yang sama walau sekuat mana mangsa cuba melepaskan diri. Satu-satunya peluang bagi sasaran Izanami melepaskan diri ialah menerima takdir yang dinyatakan dalam gelungan masa (time loop).

Tetapi ada harga yang perlu diterima pengguna Izanami sekiranya menggunakan jutsu tersebut. Si pengguna terpaksa menerima kehilangan salah satu mata penglihatannya sebagai cara mengakses jurus berkenaan.

Izanagi dan Izanami merupakan dewa dan dewi utama yang mencipta dewa-dewi yang berkait dengan mitologi Jepun. Kedua-duanya bukan saja bersaudara tetapi juga pasangan suami isteri. Selepas Izanami mati selepas melahirkan dewa api Kagutsuchi, Izanagi berusaha mendapatkan semula isteri yang amat disayanginya itu.

Ini mendorongnya pergi ke alam barzakh untuk mendapatkan Izanami. Tetapi sebaik melihat rupa Izanami sebenar di alam tersebut, Izanagi segera pulang dan meninggalkannya di situ. Semasa dia membersihkan dirinya selepas pulang dari alam barzakh, ia membawa kepada penciptaan Amaterasu, Tsukuyomi dan Susanoo.

RUJUKAN

Bridges, R. (2022, 9 Januari). Naruto: The Names of the Sharingan’s Abilities Reveal Its Divine Origin. CBR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply