Art Of Thinking

0
1186
views

“Ada satu kali ni, saya dan seorang kawan konvoi nak ke tempat makan. Jadi kami berbincang jalan mana yang perlu digunakan yang lebih senang dan cepat untuk tiba ke destinasi.

Saya mencadangkan Jalan A dan kawan mencadangkan Jalan B. Saya kata pada kawan Jalan B penuh dengan lampu isyarat, kawan pula kata Jalan A jem pada waktu itu. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi berasingan dan lihat siapa yang sampai dulu ke destinasi.

Kawan saya sampai dulu…

Jadi sepanjang kami makan di kedai, tak berhenti dia membahan saya.. Terima je lah, dah salah kan? Tapi dalam membahan tu akhirnya dia mengakui yang dia bernasib baik sebab lampu isyarat ketika itu bertukar hijau silih-berganti..

Dalam membahan tu nak menjaga hati kot.. Wallahualam..

———-

Walau bagaimanapun pada saya ianya tidak menjadi masalah kerana di sini saya belajar 2 perkara:

1. Jalan yang perlu diambil ketika jalan jem pada waktu itu.

2. Kami berdua tiba di destinasi yang dituju walaupun berlainan jalan.

Ini cuma contoh mudah tentang perbezaan pendapat ataupun pandangan. Ianya lebih menunjukkan kepada cara kita berfikir dan bagaimana kita menganalisis keadaan.

Dr. Brian Woodward, di dalam kajiannya berjudul Art Of Thinking, telah menggariskan 5 cara fikir yang dominan di dalam setiap individu:

1. Idealist

2. Synthesist

3. Analyst

4. Pragmatist

5. Realist

Di dalam kajian ini, Dr. Woodward menggariskan lagi bahawa setiap individu itu mampu berfikir secara 1 atau gabungan 2 diantara cara berfikir tersebut.

———-

Cara berfikir ini sebenarnya yang menjadi punca perbezaan pendapat di kalangan individu, tidak kira apa pun latar belakang dan profesionnya. Saya ambil contoh yang mudah kita fahami. Secara amnya:

Waqaf Saham

Realist: Kepada seorang Realist, fakta dan nombor sangat memainkan peranan penting di dalam keupayaan individu itu membuat keputusan.

Idealist: Kepada seorang Idealist, mereka tidak terikat kepada fakta dan nombor. Keputusan mereka dibuat berdasarkan ‘titik kosong’.

Di mana seorang Realist berfikir di dalam jaluran ‘Can or Cannot’, seorang Idealist pula berfikir di dalam jaluran ‘Why Not?’.

Apa pun jaluran berfikir itu, akhirnya yang terbukti berjaya ialah apabila mereka sampai kepada ‘destinasi’ yang dituju..

Apa pun tidak pernah tercatit setiap pilihan Realist itu betul atau pilihan Idealist itu betul, ataupun pilihan setiap dari cara berfikir tadi yang sentiasa betul.

In the end, the results justifies which way of thinking is the more ACCURATE during that particular time, that particular place and that particular issue.

———-

Sebagai seorang Muslim, walau bagaimana cara kita berfikir, kita tak akan boleh lari daripada sibghah ataupun acuan Allah.

“Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada sibghah Allah? Dan hanya kepadanyalah kami menyembah.”

Al-Baqarah, QS (2:138)

Jadi, sebagai Muslim acuan yang terbaik untuk kita adalah acuan Allah. Ini adalah pelajaran dari surah Al-Hadiid (Besi). Muslims adalah ibarat besi panas yang menyejuk dan mengambil bentuk di dalam sibghah Allah yakni Al-Quran.

Ini diperkuatkan lagi dengan ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

An-Nisaa’, QS (4:59)

Di dalam menerima atau berbeza pendapat, terdapat 2 kisah diantaranya yang boleh kita rujuk di dalam sirah Nabi Muhammad SAW:

1. Kisah Perjanjian Hudaibiyah di mana Rasulullah SAW bersetuju menerima syarat Musyrik Mekah di mana ramai sahabat yang tidak bersetuju.

2. Kisah Perang Khandak di mana Rasulullah SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit di sekitar Madinah.

———-

Kembali kepada objektif penulisan ini, di dalam kita berbeza pendapat atau pandangan, yang pertama, sentiasa bersikap terbuka.

Yang kedua, di dalam kita membuat keputusan jalan apa yang nak diambil, berteguhlah.

Yang ketiga jangan berasa meninggi diri kerana akhirnya keputusan dan hasil yang akan menentukan keberkesanan pilihan kita itu.

Dan yang keempat, jangan jumudkan pemikiran dan bersiap-siaga membuat perubahan kerana walaupun setiap keadaan itu serupa, ianya tidak sama..”

———-

*Kepada sahabat Muslim, jangan dikhuatiri tentang perbezaan.. Jangan habiskan masa anda berbalah siapa betul dan siapa salah..

Apa yang perlu anda khuatiri sebenarnya? Janji Allah di dalam Surah An-Nasr itu benar..

Yang lebih penting ialah terus mengkaji dan melaksanakan perintah-Nya..

– JB –

Untuk pembacaan lanjut tentang Art fo Thinking: http://comptalk.fiu.edu/thinking_styles.htm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.