Sebut tentang riadah atau aktiviti masa lapang, tentu salah satu yang terlintas di fikiran adalah bermandi-manda di pantai bersama keluarga. Selain meraih ketenangan dengan panorama alam yang mendamaikan jiwa serta pemandangan laut seluas mata memandang, tahukah anda bahawa berendam di dalam air laut mempunyai beberapa kelebihan terutama dari segi kesihatan yang telah dibuktikan menerusi kajian-kajian pakar? Manakan tidak, air laut mempunyai lebih kurang 84 elemen seperti magnesium, potassium, kalsium sulfat dan sodium yang sama dalam tubuh manusia yang memberi manfaat kepada diri kita.

Antara kelebihannya adalah:

Sistem Imun

Air laut mengandungi pelbagai unsur penting seperti vitamin, garam mineral, unsur surih, amino asid dan mikroorganisma hidup yang boleh menghasilkan antibiotik dan antibakteria untuk membantu menggalakkan sistem imun yang sihat. Komponen dalam air laut pula dilaporkan menyerupai plasma darah manusia, yang senang menyerap dan digunakan oleh badan semasa berenang. Tambahan pula, berenang di dalam air laut akan membuka liang di kulit bagi membolehkan mineral laut menyerap masuk dan membuang toksin beracun dari badan.

Kulit

Berenang di dalam laut merupakan aktiviti yang bagus buat mereka yang menghidap penyakit ekzima. Ini berlaku kerana air laut yang kaya dengan magnesium dapat meningkatkan pengekalan lembapan pada kulit sekaligus menjadikannya lebih kuat dan segar. Bahkan jerawat, luka atau keradangan dalaman mungkin akan sembuh dengan cepat selepas menghabiskan masa di lautan tanpa perlu berhabis wang modal yang terlalu banyak. Air laut boleh dianggap sebagai antiseptik yang mempunyai sifat penyembuhan luka kerana ia juga kaya dengan garam mineral seperti iodin dan natrium.

Meditasi Dan Ketenangan

Pada tahun 2014, ahli biologist marin, Wallace J. Nichols telah menulis sebuah buku bertajuk Blue Mind. Dalam bukunya, Wallace J. Nichols mengatakan bahawa air laut mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan kadar stress pada badan. Salah satu puncanya adalah dengan kaedah pernafasan yang digunakan semasa berenang dan menyelam. Aktiviti ini merangsang sistem saraf parasympatetik (sistem yang mengawal fungsi organ dan menenangkan otak) dan mempunyai kesan pada gelombang otak dan hormon yang mempengaruhi otak secara positif.

Peredaran Dan Pernafasan

Berenang di air laut boleh membantu dalam melancarkan peredaran darah. Sistem peredaran darah kita yang terdiri daripada jantung, karpitari, arteri dan urat membawa darah yang kaya dengan oksigen dari jantung ke badan, dan mengembalikannya ke jantung semula. Antara tujuan terapi air ini adalah meningkatkan sistem peredaran darah. Berenang atau mandi laut menambahbaik sistem peredaran dengan memulihkan mineral penting yang berkurangan akibat stress, corak pemakanan tidak sihat serta persekitaran yang kotor. Oleh kerana air laut dapat menstabilkan tekanan darah, maka ia dapat mengelakkan insomnia dan membawa mood anda ke tahap yang lebih baik.

Tambahan pula, dalam laporan Wall Streets Journal, saintis mendapati bahawa udara air masin bagus untuk paru-paru. Udara yang berhampiran laut membantu pesakit membersihkan paru-paru. Selain itu, mereka yang menghidap asma turut melaporkan bahawa mereka mampu bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tahap kesakitan mereka. antara alasan mengapa laut baik untuk pesakit asma adalah disebabkan udaranya yang bersih mengandungi titisan kecil air laut yang diperkaya dengan garam, iodin, magnesium dan unsur surih yang tersebar ke udara oleh angin dan ombak. Menghirup udara laut buat sejenak waktu akan menyebabkan lendir-lendir dalam saluran pernafasan berkurang dan menjadikan saluran pernafasan lebih lancar.

Menurut Presiden American Thoracic Society, Dr. Thomas W. Ferkol, beliau memberikan bukti kajiannya di dalam Wall Street Journal dengan mengatakan bahawa udara air masin memberi kesan terhadap pesakit cystic fibrosis (penyakit genetic yang mengakibatkan jangkitan paru-paru berterusan dan kesukaran untuk bernafas bernafas) setelah 48 minggu dan ternyata ia berjaya melancarkan dan membersihkan paru-paru pesakit. Tidak setakat itu, pesakit itu juga menunjukkan tanda pengurangan penggunaan antibiotik yang digunakan untuk merawat mereka.

Kesimpulan

Apa yang berada di sekeliling kita tidak diciptakan secara sia-sia. Setiap kejadian mempunyai hikmah yang memberikan manfaat dan kelebihan kepada hidupan yang terdapat di dunia. Satu contoh yang telah disebutkan adalah air laut yang mampu menambahbaik sistem kesihatan tubuh manusia. Selain daripada itu, laut juga menyumbang kepada keseimbangan biodiversity dan ekosistem yang diperlukan oleh kehidupan. Oleh hal yang demikian, hendaklah khazanah berharga ini dipelihara dengan sebaiknya bagi kelangsungan hidup generasi akan datang memandangkan kepentingannya yang besar dalam pelbagai aspek penting seperti sumber makanan, perubatan, perdagangan, pelancongan, cari gali dan jana kuasa.

Rujukan :

1) http://theconversation.com/health-check-why-swimming-in-the-sea-is-good-for-you-68583

2) http://www.livestrong.com/article/400377-what-are-the-health-benefits-of-swimming-in-sea-water/

3) http://www.dailymail.co.uk/health/article-4071270/The-healing-powers-sea-soothing-skin-clearing-sinuses-expert-reveals-benefits-swimming-ocean.html

4) https://www.surfertoday.com/surfing/13050-the-health-benefits-of-sea-water

5) http://www.wiseandwell.co/life/world/health-benefits-science-ocean/

6) http://www.readersdigest.ca/health/beauty/is-seaside-air-really-healthy-many-claim/

7) https://lunginstitute.com/blog/breathing-in-ocean-air/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Leave A Reply