Apakah Itu Adat?

0
1129
views

Adat adalah aneka KELAZIMAN dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau AGAMA yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.

Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan CETUSAN PERATURAN & PANDUAN di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.

Menurut Jalaluddin Tunsam (seorang yang berkebangsaan Arab yang tinggal di Aceh dalam tulisannya pada tahun 1660). “Adat” berasal dari bahasa Arab عادات, bentuk jamak dari عادَة (adah), yang berarti “cara”, “kebiasaan”.

Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, BAGI MEMAHAMI MAKSUD ADAT SESUATU SUKU BANGSA ITU KITA HARUS MENGGUNAKAN ATAU MEMAHAMI BUDAYA DAN FALSAFAH HIDUP MEREKA.

Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat. SETIAP MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN ADAT RESAM ADALAH MASYARAKAT YANG HIDUP BERTATACARA. Ini memperlihat kehidupan mereka BERLANDASKAN NORMA-NORMA KEHIDUPAN POSITIF YANG PERLU DIPATUHI. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, TUJUANNYA ADALAH SERUPA, IAITU UNTUK MEMBENTUK SUATU MASYARAKAT YANG MAJU, DINAMIK DAN PROGRESIF, KERANA ADAT DAPAT MENCERMINKAN JIWA SUATU MASYARAKAT ATAU BANGSA DAN MERUPAKAN KEPERIBADIAN DARI SUATU MASYARAKAT ATAU BANGSA.

sumber : http://www.heritage.gov.my/…/…/adat-a-budaya/pengenalan-adat

Waqaf Saham

(Sekadar komen : Saya tak dapat berbuat apa-apa jika Tuan-Puan masih mahu bertanggapan negatif tentang adat & budaya Melayu.

“Wahai manusia sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu BERBANGSA-BANGSA dan berpuak-puak SUPAYA KAMU KENAL-MENGENAL (ANTARA SATU SAMA LAIN). Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu.” (Al-Hujurat, ayat 13)

Bukan maksud saya melarang amalan Sunnah (yang kamu gembar-gemburkan). Tapi jangan dibuang adat dan budaya Melayu yang dulu, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak Islam.

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Adat itu & adat ini jelas bertentang dengan syarak ? Anda dah belajar apa yang tersurat dan tersirat di sebalik adat & budaya tersebut ?

“Belajar untuk apa, dah terang ia sesat.”

Belajar bukan bermaksud amal. Belajar, bila dah faham, barulah tetapkan keputusan untuk amal atau buang.)

Previous articlePandangan 10 Cendekiawan Barat Tentang Rasulullah S.A.W
Next article7 Kali Dipanah Petir
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.