Pada tahun 2012, CERN jumpa zarah baru, iaitu ‘Zarah Tuhan’. Dalam komuniti saintifik, ia dikenali sebagai ‘Higgs Boson’ bersempena daripada nama fizikis, Peter Higgs.

Penemuan ‘Zarah Tuhan’ ini lantas membuktikan kewujudan Medan Higgs (Higgs Field). Medan ini berperanan memberikan jisim kepada zarah asas, yang kemudiannya memberikan jisim kepada kita manusia dan objek-objek lain.

Medan Higgs jugalah yang seterusnya memberikan berat kepada kita dengan pengaruh graviti.

Medan Higgs ini kau anggap saja macam udara di sekeliling kita. Ia wujud, tapi kita tak nampak. Kewujudannya memenuhi ruang. Medan Higgs pun begitulah.

Apa itu zarah asas?

Zarah asas adalah zarah yang paling kecil ditemui oleh manusia setakat ini dan ia tak boleh dibelah lagi. Macam elektron, kuark, gluon, lepton dan lain-lain. Benda-benda ini lebih kecil daripada atom.

Zarah asas ini pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu,

  1. Fermion

Fermion adalah zarah-zarah asas yang membentuk jirim (benda). Jirim ini macam kitalah. Yang membentuk objek.

  1. Boson

Boson pula adalah zarah-zarah asas yang membawa sifat kepada jirim macam jisim contohnya. Graviti juga adalah salah satu sifat yang membentuk alam. Graviti pun ada zarahnya seperti jisim.

Jadi, kita dapat jisim kerana zarah-zarah asas tubuh kita berinteraksi dengan Medan Higgs ini. Lebih kuat zarah-zarah ini berinteraksi, semakin kuatlah jisimnya.

Kenapa ia dipanggil sebagai ‘Zarah Tuhan’?

Nama ini diberikan oleh Leon Lederman, seorang fizikis, dalam bukunya bertajuk ‘The God Particle: If The Universe Is The Answer, What Is The Question?’.

Pada asalnya, Lederman mahu tajuknya diletak ‘The Goddamn Particle…‘, tapi editornya ubah tajuk tersebut.

Tapi, bila fikir balik, kalau Medan Higgs ini tiada, kita semua tak mampu wujud. Kita tak dapat wujud pun. Jisim adalah antara kunci yang membentuk kewujudan.

Tanpa jisim yang diberikan oleh medan ini, kita tak mampu wujud. Mana-mana objek pun tak mampu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply