Tajuk artikel jujur cakap macam pelik pun ada. Sejak bila Sri Lanka tidak pernah bergolak? Itu persoalan yang saya sendiri perlu akur (padahal waktu artikel ditulis, kalian bertanya pun belum).

Tetapi kita semua boleh hidu asas di sebalik tajuk ini… bahawasanya ekonomi perlu diurus dengan baik supaya dapat menebat pergolakan berfaktor global.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Sekadar contoh, demikian hari pentadbiran Najib Razak memandatkan GST. Memang betul GST menaikkan harga barangan.

Namun selepas GST dimandatkan, harga minyak global jatuh merudum. GST memberi pendapatan kepada kerajaan ketika pengeksportan minyak terjejas.

Itu sebagai contoh saja.

Sri Lanka sekarang bukan ibaratkan “Malaysia tanpa GST ketika harga minyak global jatuh”.

Kecoh di jalanan.

Keadaan Sri Lanka sekarang jauh lebih teruk. Dan faktor global Sri Lanka adalah berkaitan dengan peperangan di Ukraine.

Tetapi ketepikan sekejap faktor global kerana saya yakin kalian sudah bosan membaca tentangnya. Kita fokus Sri Lanka secara mendalam.

Krisis Kelaparan Yang Melanda

Negara yang berjaya menguruskan ekonomi takkan sesekali bergolak. Punca pergolakan adalah kerana rakyat lapar.

Kalau rakyat boleh jadi gemuk gedempol ketika pergolakan, itu bukan pergolakan negara namanya.

Itu penimbang yang bergolak. Macam kes Sri Lanka – kerajaan bertahun-tahun gagal menguruskan krisis hutang luar dengan baik.

Hutang luar terlalu tinggi boleh menjejaskan potensi pelaburan (Kenton, 2021).

Selama ini Sri Lanka terkapai-kapai. Tetapi apabila COVID-19 melanda (pelancongan melingkup), ekonomi negara ibaratkan tenggelam terus.

Pantai yang selalunya sibuk tiba-tiba lengang.

Dan pihak kerajaan pula tidak mengatur dasar pertanian dengan baik, sekali gus merumitkan lagi krisis kelaparan dalam negara. Itulah yang dimaksudkan tadi – negara hanya bergolak jika rakyat lapar.

Sudahlah lapar, tiba-tiba harga makanan melambung pula.

Kebergantungan Tinggi Pada Emas Hitam

Baru saja Sri Lanka cuba membebaskan belenggu pada kaki untuk menyelam kembali ke permukaan. Tiba-tiba ada bongkah batu besar menghempap.

Perang Rusia-Ukraine memberi kesan menyeluruh pada peringkat global sampai ke tahap IndoMie pun terkesan.

Kalau tengok pada Sri Lanka, kesan paling pedih adalah pada harga minyak global.

Buat julung kalinya sejak 2014, harga minyak global kembali melebihi US$100/tong.

Agak lucu kerana dua tahun lalu, minyak seolah-olah tiada nilai langsung dibawah piawaian West Texas Intermediate (Ambrose, 2020).

Sekarang harga minyak global naik balik. Jadi kerajaan kena berbelanja lebih untuk membeli barangan asas. Masalah sekarang – kalau harga diesel naik, harga makanan turut terjejas.

Untuk menyelamatkan ekonomi daripada kancah muflis, kerajaan Sri Lanka sedang berunding untuk elak bayar hutang (buat sementara waktu) supaya dapat menampung kos import minyak (Shih, 2022).

Rundingan ini sememangnya penting untuk nadi ekonomi negara.

Kerana harga runcit untuk beras dan gandum misalnya sudah melambung dua kali ganda.

Rakyat sedang berprotes.

Rakyat pula semakin bengang kerana bekalan elektrik asyik terputus (Shih & Masih, 2022).

Tetapi pihak antarabangsa belum tentu bersetuju dengan usul rundingan ini.

Ada beza apabila ekonomi stabil minta talian hayat, berbanding negara bergolak.

Kalau beri pelampung, mungkin bertahan sebulan dua. Kalau beri suntikan dana, kerajaan takkan beli banyak makanan atau minyak. Lebih pada tampung-menampung lubang yang ada.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Februari lalu, Sri Lanka meminta ihsan India untuk mengimport minyak bernilai AS$500 juta secara kredit (bayar kemudian).

Tempoh kredit ini tamat bula ini. Dan Sri Lanka masih terdesak meminta kredit.

Entah macam mana Sri Lanka akan selesaikan masalah ini. Tetapi masa sudah tiba untuk kita berbincang pasal masalah ini pada masa yang akan datang.

RUJUKAN:

Ambrose, J. (2020, April 20). Oil prices dip below zero as producers forced to pay to dispose of excess. The Guardian.

Kenton, W. (2021, Ogos 26). Foreign Debt. Investopedia.

Shih, G. (2022, April 12). Sri Lanka suspends debt payments as it struggles to import fuel and food. The Washington Post.

Shih, G., & Masih, N. (2022, April 4). Sri Lanka’s president scrambles to end protests over economic turmoil. The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply