Manusia mempunyai lebih kurang lima liter darah dalam badan. Cakap begini mungkin susah bayang. Senang pergi tengok botol minyak masak 5 kilogram. Botol yang menaikkan darah kita semasa beli, tambah kalau terlajak tumpah ketika tuang. Kalau ikut purata, darah setiap manusia boleh isi penuh dalam botol tersebut. Itu kalau ikut puratalah. Angka sebenar sangat rambang, berbeza antara satu sama lain kerana 10 peratus daripada berat badan manusia adalah darah. Berbeza macam mana pun fungsinya tetap sama –

  1. Membawa udara antara paru-paru dan setiap sel dalam badan.
  2. Membawa zat untuk kegunaan sel.
  3. Mengangkut hormon dan mengeluarkan bahan buangan daripada hati, ginjal dan usus.

Apa saja yang berkaitan dengan fungsi hidup (bahasa saintifik: metabolisme) memang dibolehkan melalui sistem peredaran darah. Sebab itulah hospital senantiasa bergiat mencari dan mengumpulkan darah untuk disimpan sebagai bekalan masa depan. Seorang manusia tidak boleh kehilangan lebih daripada dua liter darah, yakni 40 peratus daripada jumlah sedia ada (Nall, 2017).

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tiada guna berhempas pulas selamatkan pesakit – kalau kehabisan bekalan darah. Namun tidak boleh saja-saja masukkan darah tanpa usul periksa. Kalau buat secara membabi buta, memang alamatlah.

Konflik Identiti Pra-Soviet Rusia

Dunia ini ada dua jenis saintis – pencetus dan pengikut. Golongan pengikut meluaskan dapatan yang diperolehi pencetus. Dan sejarah mengenang banyak saintis pencetus yang membayar kajian mereka dengan nyawa. Marie Curie adalah salah seorang dalam senarai panjang saintis yang terbunuh akibat tempias daripada penyelidikan. Untuk kali ini, kita mesti berbincang pasal Alexander Bogdanov – nama yang mungkin tidak begitu dikenali dunia. Bogdanov dilahirkan pada tahun 1873, membesar di kampung sebelum bergiat dalam politik ketika usia anak muda.

Alexander Bogdanov

Ketika beliau belajar di universiti, bunga-bunga anti-monarki sudah mekar. Sistem beraja sedang meniti di atas mata pedang, pada bila-bila masa akan tumbang. Dan penentangan anti-tsar meledak dengan semangat Bolshevisme (komunisme), yang diimarahkan Vladimir Lenin. Dunia mengenali Lenin kerana kejayaan menubuhkan kerajaan peralihan pasca-tsar. Namun seberapa ramai yang tahu pasal perpecahan Bolshevik pada tahun 1908 angkara kem Lenin dan Bogdanov. Senang cakap – sebelum menjatuhkan Tsar Nicholas II, kem Lenin menumbangkan kem Bogdanov terlebih dahulu (Marot, 2012).

Kejadian Ngeri Semasa Penyelidikan

Selepas pengaruhnya ditenggelami arus Leninisme, kem Bogdanov berundur ke sebalik tabir. Ramai dalam kalangan mereka diserap dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Saudara Rusia. Dan Bogdanov enggan menyertai kerajaan Soviet baharu, kerana berpendapat pucuk kepimpinannya bersifat zalim. Beliau membuat keputusan untuk mendalami ilmu sains melalui penyelidikan. Ironinya, bukan penentangan Bogdanov yang membunuh. Sebaliknya kajiannya sendiri mengundang maut.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pada tahun 1924, Bogdanov mula mendalami ilmu darah. Beliau berpendapat pemindahan darah boleh memudakan seseorang. Tanggapan ini merebak luas di seluruh Rusia, sampai adik Lenin sendiri masuk sebagai sukarelawan. Bogdanov tidak duduk tepi. Beliau sendiri menjalani pemindahan darah, menerima bekalan darah daripada anak muda sebanyak 11 kali. Dan beliau melaporkan banyak perubahan seperti daya penglihatan lebih baik.

Walau bagaimanapun pemindahan darah ke-12 mengakhiri hayatnya. Selepas menerima darah daripada seorang pelajar, Bogdanov tersedar satu benda. Pelajarnya sakit barangkali malaria.

Khabarnya ini gambar beliau yang terakhir.

Tidak lama selepas menerima darah, Bogdanov pergi buat selamanya. Lama juga saintis melihat malaria sebagai punca. Namun sebenarnya bukan malaria pun. Punca kematian terletak pada jenis darah yang diterima.

Jenis Yang Wajib Diketahui

Tiada siapa pada zaman Alexander Bogdanov sedar pasal jenis darah: A, B, AB dan O. Kajian sekarang mengesahkan kematian Bogdanov adalah kerana menerima darah salah jenis (Krementsov, 2011). Sains hari ini sudah faham tentang jenis darah. Berikut adalah penilaian tentang jenis darah:

Andai kata ada kesilapan besar. Orang berdarah O diberi darah B. Orang tersebut akan melalui proses “major hemolytic transfusion reaction.”:

  • Sistem imun akan menyerang darah baru.
  • Sel akan terkoyak rabak macam hati penyokong Liverpool semasa terlepas EPL dan UEFA CL.
  • Bahan kimia teruk akan dilepaskan macam Lembaga Pengarah Manchester United.

Tanpa rawatan rapi orang tersebut boleh meninggal dunia (Zeitz, 2018). Sebab itu jangan sesekali silap. Dan jika boleh, ambil tahu pasal jenis darah sendiri dan anak isteri. Mudah kalau jadi apa-apa, doktor boleh bertindak terus. Lagi elok kalau masing-masing daftar diri sebagai penderma darah. Bawa saja buku derma darah yang pasti ada maklumat tentang jenis darah.


Percaturan yang dimulakan Vladimir Lenin memberi kesan berpanjangan pada sistem pemerintahan Soviet yang dirasai sampai hari ini dengan pemerintahan Vladimir Putin. Buku ini menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sepanjang beliau membesar… dan barangkali Rusia pada hari ini sedang berada dalam perjalanan untuk bangkit kembali sebagai adikuasa. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?

 

RUJUKAN:

Krementsov, N. (2011). A Martian Stranded on Earth: Alexander Bogdanov, Blood Transfusions and Proletarian Science. University of Chicago Press. Halaman 100.

Marot, J. (2012). The October Revolution in Prospect and Retrospect. BRILL. Halaman 216.

Nall, R. (2017, Julai 18). How much blood is in your body and how much you can lose. Healthline.

Zeitz, I. (2018, Julai 6). What Would Happen If A Person Were Given A Blood Transfusion With The Wrong Blood Type? Forbes.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply