Anak Melayu Yang Membangunkan Pusat Robotic

0
1609
views

Kebelakangan ini, sering muncul di social media berkaitan dengan cara yang paling berkesan untuk mendidik kanak kanak. Masing masing mempunyai pendapat sendiri dan cara tersendiri berkaitan hal ini. Namun CREATIVE MINDS juga tidak ketinggalan untuk berkongsi cara mendidik kanak kanak di awal usia. Mari kita mengenali CREATIVE MINDS dengan lebih dekat.

Muhammad SHAFIQ (Founder of Creative Minds) melalui pelbagai pengalaman sebelum tertutubuhnya CREATIVE MINDS ini. “ Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai jurutera petroleum tetapi minat untuk terus belajar tidak pernah padam sehingga timbul idea untuk membantu melahirkan lebih ramai jurutera berkualiti.” Ujar Muhammad Shafiq.

Beliau telah dideahkan dengan teknik pendidikan menggunakan robot semasa berkelana ke luar negara untuk bekerja. Muhammad Shafiq juga turut menjelaskan bagaimana perkara ini boleh mencetuskan idea untuk menubuhkan Creative Minds. ”Saya membeli permainan robot tersebut untuk anak saya dan mendapati pengetahuan sains mereka agak terkehadapan selepas mencuba permainan tersebut. Inilah yang telah mendorong saya untuk membawa program ini ke Malaysia.

“Saya percaya bahawa kreativiti sangat penting dalam semua aspek kehidupan dan perlu dipupuk dari kecil. Kalau kita perhatikan, kanak kanak banyak belajar sewaktu bermain, maalah ada kajian menunjukkan mereka lebih mudah faham melalui pembelajaran berkonsepkan pratikal. Lihatlah betapa pentingnya peranan kreativiti di dalam proses pembelajaran. Itulah misi sebenar saya dan antara factor kepada penubuhan CREATIVE MINDS pada 2012,” terang Muhammad Shafiq.

Creative Minds adalah satu satunya yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Creative Minds memilih CHeras sebagai cawangan pertama. Creative Minds meningkatkan minat kanak kanak terhadap sains dan matematik dengan cara mengajar mereka tentang teknologi dan kejuteraan.

“GERAN SUPERB telah banyak membantu kami daripada segi kewangan, pembelian asset, akses kepada pasaran, publisiti dan motivasi. Ia membantu kami untuk berkembang dengan lebih pesat melalui penambahan asset yang membolehkan kami beroperasi tiga (3) kali ganda daripada operasi asal dan menambah pekerja juga dapatkan khidmat nasihat secara lansung daripada TERAJU mahupun agensi agensi kerajaan yang lain,” terang Muhammad Shafiq lagi.

Beliau juga turut mengatakan bahawa mereka berpeluang untuk berkolaborasi dengan syarikat syarikat gergasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Telekom Malaysia dan Yayasan Kebajikan Budimas untuk memperkenalkan teknologi percetakan 3 dimensi (3D), malah modul pemelajaran yang digunakan berasas dari modul roboik.

Creative Minds kini mempunyai 2 buah cawangan di Negeri Selangor yang terletak di Shah Alam. Mereka juga bekemungkinan besar akan menambah cawangan di belah utara dan juga selatan.

“Pembelajaran di Creative Minds menggabungkan teori dengan demonstrasi pratikal. Knak kanak boleh melihat sesuatu teori dizahirkan dan ia boleh mengubah sesuatu parameter untuk melihat kesannya. Apa yang sebelumnya abstrak akan menjadi lebih jelas.

“Terdapat beberapa kursus jangka pendek di sini. Saya dan rakan kongsi sentiasa memkirkan pelbagai program dan cara baru untuk mengembangkan lagi produk dan alternatif baru untuk mengembangkan lagi produk kami. Salah satu program kami yang popular ialah pertandingan robotic tahunan antara sekolah sekolah antarabangsa,” jelas Muhammad Shafiq tentang Creative Minds.

Program kurikulum yang dibangunkan mereka ada bersesuaian dengan keperluan tempatan dan turut membekalkan set set robotic untuk digunakan di kelas kelas. Maka tidak hairan Creative minds mempuyai kontrak dengan 30 buah sekolah antarabangsa dan swasta di sekitar Lembah Klang sahaja. Secara keseluruhannya, lebih kurang 3000 pelajar yang telah mendapat faedah habis mengkiuti program program Creative Minds.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here