Alkisah Kumpulan Muzik Sistem Kepada Bawah

0 32

Sejak reunion rasmi mereka pada 2010, ramai peminat muzik yang tertanya-tanya sama ada mereka akan membikin sebuah album baru sempena penyatuan semula diorang sebagai sebuah band. Pada tahun 2016 yang lepas, John Dalmayan akhirnya sudi bercerita dengan majalah Kerrang, mengenai proses pembikinan album yang sedang berjalan lancar dan menurut mereka sekurang-kurangnya album tu nanti ada 15 trek.

“Saya mahukan semua orang merasa senang dengannya, itulah yang kami cuba capai sekarang,” sambungnya lagi, “Terdapat banyak tekanan kepada kami, kerana sudah 11 tahun atau sekurang-kurangnya 12 tahun tekanan itu datang pada kepala kami.”

Dia berkata lagi, “Keupayaan bermain kami lebih baik dari yang pernah ada dan kami mencuba melakukan perkara-perkara baru, kami tidak mahu membuat Toxicity Part 2, hanya kerana ia adalah album terbaik kami. Generasi baru peminat SOAD, jadi semua orang boleh melihat yang kami memang tidak berpuas hati dengan kejayaan kami sebelum ni. Saya tidak akan meletakkan nama saya pada album yang saya 100 peratus bangga. ”

Pada era memasuki zaman millennium dulu, rasanya tak lengkap zaman muda kalau tak layan System Of A Down. System Of A Down adalah sebuah kugiran metal yang mencipta satu suasana baru dalam scene nu-metal yang sedang hangat pada waktu tersebut. Seperti yang kita selalu dengar lagu-lagu mereka, sangat pelik dan mengarut kalau telinga tak biasa dengar. Bertunjangkan heavy metal, tetapi elemen-elemen yang diterapkan seperti tak terjangkau untuk dilakukan oleh orang lain. Dan itu yang menjadikan mereka unik.

Nu Metal yang dibawa oleh SOAD berjaya membawa mereka lari dari imej tipikal band-band lain macam Limp Bizkit, Linkin Park, Kid Rock dan lain-lain yang lebih menjurus ke sound rapcore. Mahupun Korn, Deftones, atau Disturbed yang kedengaran lebih serius. Barangkali mereka terinspirasi daripada band Anthrax atau Red Hot Chilli Peppers sebab mereka gemar bermain dalam bentuk humor dan penuh jenaka sehinggakan mereka pernah digelar circus metal. Menariknya, genre baru yang dicipta mereka ini mendapat reaksi positif dari pengkritik muzik.

System Of A Down terdiri dari empat individu yang berasal dari Armenia tetapi menetap di Amerika, iaitu Serj Tankian (vokal, keyboard), Daron Malakian (gitar, vokal), John Dolmayan(drum), dan Shavo Odadjian (bass). Band ini sebelumnya bernama SOIL, tapi mereka merubah nama menjadi SOAD setelah John masuk menggantikan drummer sebelumnya. Tonggak utama band ni adalah vokalisnya, Serj Tankian dan gitaris, Daron Malakian yang membentuk awal band ni pada pertengahan 90an di wilayah selatan California ketika itu.

Mereka mengeluarkan album pada 1998 dan terus mengejutkan fans apabila dapat menyertai konsert besar macam tour band Slayer dan Ozzfest tak lama lepas tu. Setelah mengeluarkan double album, Mesmerize dan Hypnotize, Band ini mengejutkan para peminat mereka apabila mengumumkan untuk berehat panjang atau berpisah untuk satu waktu yang tidak dapat ditentukan lagi. Mereka mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada projek solo masing-masing. Frontman, Serj Tankian telah menjadi orang paling sibuk sejak band itu hiatus. Dia sempat  beberapa rekod solo yang berakarkan rock, jazz dan klasik. Band ini juga bersedia untuk menyertai Download Festival pada bulan Jun 2017 lalu bersama Aerosmith dan Biffy Clyro.

29 November 2010, setelah beberapa minggu fans mendapat khabar angin dari rumor di internet, System of a Down secara official akhirnya menggembirakan fans diorang apabila mengumumkan bahawa diorang akan bersatu kembali untuk sebuah event besar iaitu festival Eropa pada bulan Jun 2011. Ketika ditemubual oleh The Pulse of Radio, drummer SOAD, John Dolmayan menyatakan dia sebenarnya tidak sennag dengan keputusan berehat panjang yang diornag buat sebelum ni.

“I personally don’t like breaks – I like to continue playing. But it was nice to go off and be John Dolmayan, as opposed to John from System, for a while. I think everybody had similar feelings.”

Jika keluarnya nanti album baru itu akan menjadi material pertama System Of A Down sebagai sebuah band rasmi sejak Hypnotize dan Mesmerize meletup pada tahun 2005.

Lagu-lagu mereka sangat terkenal dengan elemen muzik Armenia. Serj Tankian sendiri sangat menonjol kecondongan kepada politikal dan tanpa berselindung memasukkan lirik-lirik berbentuk politikal ke dalam lagu-lagu SOAD. Lagu-lagu mereka lebih bertemakan pemberontakan, isu-isu politik penindasan, hal ehwal rakyat bawahan dan orang atasan, kisah-kisah perang dan segela bentuk kekerasan dalam hak asasi manusia. Ada sesetengah lagu diorang turut meluahkan feeling dan perubahan ideologi diorang sendiri.

Serj Tankin diketahui sangat terpengaruh dengan ideologi ahli falsafah dan pemerhati politik popular US, Noam Chomsky. Ideologi keras Serj itu membuatkan dia dapat berkawan baik dengan gitaris band Rage Againts The Machine, Tom Morello yang terkenal dengan idea kirinya. Mereka pernah membuat sebuah projek Axis Of Justice. SOAD di tangan produser terkemuka dalam genre nu-metal, Rick Rubin berjaya keluar dan menunjukkan dirinya ke dunia sebagai sebuah band yang gah sebab mereka bukan band yang dibentuk kerana profit dan keuntungan dari industri muzik kapitalis. Mereka sangat natural dan tak perlu dibuat-buat untuk menarik perhatian menjadikan diri sendiri sudah cukup mengispirasikan jutaan peminat muzik rock dan metal seluruh dunia.

Menurut Stephen Thomas Erlewine dari AllMusic, muzik System Of A Down lebih sesuai dipanggil sebagai alternative metal, nu metal, progressive metal, thrash metal dan avant-garde metal. Sesuatu yang tak pernah kita dengar sebelum ini. Lagu-lagu band ini biasanya ditulis oleh Daron dan Serj, yang mana mereka banyak membawa masalah sosial, politik, dan hal-hal dunia. SOAD adalah salah satu band di Amerika yang paling lantang menentang campur tangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan. Bahkan mereka membuat banyak lagu sebagai tanda protes keatas kerajaan Amerika ketika negara itu masih dibawah pimpinan George W Bush. War, Chop Suey!, Soldier Side, Boom!!, BYOB, dan lain-lain lagi merupakan simbol penentangan jelas dari mereka. Video Klip Boom dan BYOB menjadi video metal terbaik di MTV Musik Awards 2004 dan 2005. BYOB (Bring Your Own Bomb) sangat jelas mengkritik Amerika dan sekutunya, yang tidak mahu berhenti dari terus-terusan membunuh nyawa tak berdosa di timur tengah dan menyindir George W Bush yang menggadaikan nyawa para tentara Amerika demi kepentingan sendiri.

Meskipun nama mereka disebut sebagai sebuah band yang hebat, tetapi mereka mempunyai kelemahan yang agak ketara iaitu live yang tidak konsisten. Beberapa rekod live diorang memperlihatkan permainan mereka agak barai terutamanya dari gitaris, Daron. Bagaimanapun pun itu semasa zaman awal band ini mula mengorak langkah. Sekarang agak memberangsangkan dari dahulu meskipun semua tahu, Daron bukanlah seorang gitaris yang hebat.

Namun itu bukanlah petanda band ni adalah sebuah band yang teruk. Mereka pernah mencapai kejayaan komersial dengan mengeluarkan lima album studio, tiga daripadanya bertakhta di nombor satu carta Billboard 200. Sistem Of A Down telah dicalonkan untuk empat Anugerah Grammy, dan lagu diorang “B.Y.O.B.” memenangi Best Hard Rock Performance 2006.  Malah mereka telah menjual lebih daripada 40 juta rekod di seluruh dunia. Lagu paling popular, Chop Suey juga diangkat antara barisan lagu hard rock/heavy metal terbaik era 2000’an.

Kredit bersama Hentak Kepala.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.