Al-Kisah Banjir Besar Yang Melanda Kuala Lumpur

0
1357
views

Januari 1971, Kuala Lumpur dilanda banjir besar. Banyak kerosakan harta benda berlaku dan kerugian di sana sini.

Kuala Lumpur tenggelam hampir 50% sehingga Perdana Menteri Tun Razak mengisytiharkan darurat dan menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet dalam menangani masalah itu. 57 orang terkorban dalam banjir dan kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak RM87.4 juta.

Namun, bagi kebanyakkan masyarakat ketika itu mengatakan bahawa Bah Besar Kuala Lumpur 1971 ‘membersihkan segala kekotoran’.

13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam negara kita di mana ketegangan kaum memuncak sehingga menyebabkan pembunuhan dan huru hara. Dua tahun selepas itu, banjir besar melenyapkan keegoan masing-masing.

Banjir, apabila melanda tidak mengenal siapa. Engkau orang besar, orang kecil, rakyat biasa, tak kira kaum, tak kira parti, semua akan terlibat. Mahu tidak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup!

Waqaf Saham

Inilah kasih sayang Tuhan terhadap umat akhir zaman. Jika umat terdahulu Tuhan terus menghukum mereka dengan menenggelam dan menghapuskan mereka, di saat ini Tuhan memberikan kita peringatan dengan musibah supaya kita beringat-ingat.

Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada kita untuk mendoakan setiap hujan yang turun memberi manfaat kepada kita walaupun secara zahirnya nampak ianya satu musibah dengan kerosakan harta benda.

Banyak perkara baik dapat diperolehi semasa/selepas banjir, antaranya;

1. Jalan yang tak pernah diselenggara, penduduk dapat jalan baharu disebabkan jalan tersebut runtuh sebelum ini.
2. Tak pernah makcik-makcik dapat TV baru, tiba-tiba ada pihak beri TV baru.
3. Silaturrahim terjalin dan mungkin sukarelawan banjir dapat jadi menantu mangsa banjir!
4. Rumah yang sudah usang, dapat diganti dengan rumah baharu yang dibina oleh pihak kerajaan.
5. Sistem perparitan yang jarang diselenggara pihak bertanggungjawab sudah mula diambil perhatian.
6. Ikan-ikan yang tak susah ditangkap ‘menyerah diri’ untuk orang ramai.
7. Meruntuhkan sempadan politik dan kesukarelaan.

Banjir 1926 turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah yang ada pada hari ini.

Kejadian Banjir Besar pernah berlaku pada 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.

Bersama kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Semoga Allah menggantikan semua kerugian dengan sesuatu yang lebih bermanfaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.