Pada abad ke 8 hingga abad ke-12 yang dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam menyaksikan kemunculan ramai ilmuwan Islam yang telah memberikan sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam khususnya dalam aspek intelektual. Antara ilmuwan Islam yang terkenal ketika itu ialah al-Biruni. Nama sebenar beliau ialah Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni (973-1048 M). Beliau dilahirkan di Kath, Khwarazm yang sekarang ini dikenali sebagai Uzbekistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Ali Jilani yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

Al-Biruni merupakan seorang ilmuwan Islam pada abad ke-11 menguasai pelbagai bidang ilmu termasuk astronomi, matematik, fizik, perubatan dan farmasi. Beliau juga merupakan seorang pakar sejarah, geografi, kronologi serta mahir dalam bahasa Yunani, Parsi dan Arab. Al-Biruni juga pakar dalam bidang agama. Ini membuktikan bahawa Al-Biruni seorang cerdik pandai yang terunggul pada zamannya.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa Al-Biruni turut merupakan seorang sejarawan yang menulis kitab tentang sejarah di India. Oleh itu, ayuh kita menelusuri sejarah hidup Al-Biruni khususnya tentang kebolehan beliau menghasilkan karya sejarah tentang India walaupun beliau bukanlah berasal dari India. Kitab yang dimaksudkan berjudul Kitab Al-Hind menjadi salah satu rujukan penting bagi mereka yang ingin mengetahui peristiwa dan kisah di sebalik sejarah di India.

Mari kita teliti perjalanan Al-Biruni masuk ke India seterusnya menghasilkan salah satu buku yang menjadi rujukan bagi para pengkaji yang ingin mengkaji tentang India. Al-Biruni berkhidmat sebagai seorang saintis di bawah pemerintahan Abu’l Abbas Ma’mun mulai tahun 1004 sehinggalah tahun 1017. Pada tahun 1017, Sultan Mahmud Ghazna telah melakukan ekpedisi ketenteraan di Khwarazm iaitu tempat Al-Biruni berkhidmat.  Sultan Mahmud berjaya menguasai wilayah tersebut lalu membawa Al-Biruni sebagai tawanannya untuk kembali ke pusat pemerintahan beliau yang terletak di Ghazna, Afghanistan.

Di India, beliau diberi kebebasan untuk meneliti dan menulis Kitab Fi Tahqiq Ma Li Al-Hind Min Maqola Maqbula Fi Al-`Aql Aw Mardhula (Alberuni’s India). Al-Biruni juga menterjemahkan buku-buku Sanskrit ke dalam bahasa Arab. Selain itu, beliau juga menterjemahkan buku bahasa Arab dan Yunani ke dalam bahasa Sanskrit.

Apabila keilmuan al-Biruni terserlah di bumi Ghaznah, beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Segala maklumat dan kajian beliau sendiri di India telah beliau muatkan ke dalam kitab beliau yang berjudul Kitab Al-Hind. Beliau telah menulis sebanyak 80 bab tentang pelbagai aspek tentang India antaranya cara kehidupan orang Hindu, agama mereka, yoga, perkiraan mengenai masa dan angkasa yang telah dilakukan oleh rakyat India.

Kitab ini merupakan satu karya yang agung kerana meliputi pelbagai aspek negara India. Al-Biruni menerangkan agama dan falsafah India, sistem kasta dan adat perkahwinan. Beliau kemudiannya mengkaji sistem tulisan dan nombor India sebelum pergi meneliti geografi negara itu. Buku ini juga mengkaji astronomi India, astrologi dan kalendar.

Beliau juga turut digelar Bapa Indologi disebabkan usahanya mengkaji mengenai sejarah, budaya dan agama masyarakat di India. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya, beliau membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir. Beliau juga telah menguasai aritmetik orang India.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Bukunya Al-Hind merupakan sebuah buku geografi tentang India yang paling lengkap. Al-Biruni banyak memuatkan fakta-fakta tentang bentuk muka bumi India, iklimnya serta budaya hidup penduduknya. Beliau turut memasukkan beberapa peta yang menunjukkan kawasan-kawasan penting di India, kedudukannya, pekerjaan-pekerjaan yang dijalankan oleh penduduknya serta hasil-hasil pertanian yang terdapat di India pada masa itu. Melalui buku ini, ramai para pengkaji India terhutang budi kepada Al-Biruni. Mereka mendapat banyak maklumat awal yang diperlukan tanpa perlu bersusah payah ke India.

Artikel dikirimkan oleh Syamimi Sharif untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply