Semua orang di dunia ini kalau boleh tidak mahu memiliki musuh kerana takut perkara-perkara buruk akan terjadi. Dalam dunia perniagaan misalnya, permusuhan boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat negatif oleh sesetengah peniaga. Ini kerana mereka berpendapat, memusuhi orang lain akan membuatkan perniagaan mereka runtuh secara tiba-tiba.

Situasi ini kita boleh lihat melalui pembukaan kedai-kedai kecil dan kebiasaannya permusuhan tersebut akan membawa kepada sihir. Dari situlah kita banyak dengar kisah kedai buka tapi pelanggan tak nampak dan makanan di kedai cepat basi. Kalau jenis yang tak nak main sihir, mereka pergi report kepada majlis berkenaan kedai pesaing. Kadang-kadang kedai pesaing pun memang buat salah seperti gangguan asap masakan dan buka meja di parkir. Itu jadi modal untuk kedai lain jatuhkan mereka.

Maka banyak yang akan buka kedai jauh daripada pesaing ataupun barang jualan mereka tidak sama seperti pesaing. Tapi pernah perasan tak banyak restoran makanan segera rilek je buka berdekatan dengan pesaing mereka? Sebagai contoh di Simpang Renggam, anda boleh lihat KFC, Mekdi, Family Mart, Pizza Hut dan Domino’s Pizza dibuka berdekatan. Semua fastfood ini tak takut kena sihir ke sebab cuba kacau pelanggan setia KFC?

KFC dan Pizza Hut sebelah menyebelah

Dalam ekonomi, keadaan sedemikian rupa dipanggil sebagai hotelling model location. Secara asanya ia berfungsi apabila dua kedai berada pada tempat dan miliki pelanggan yang sama. Senang cerita bayangkan anda ada buka kedai nasi bajet di depan sebuah universiti. Selama setahun anda berniaga, keuntungan memang berlipat kali ganda kerana monopoli. Selepas itu, ada satu lagi kedai nasi bajet buka berdekatan kedai anda.

Disebabkan anda sudah lama berniaga, kedai anda menjadi pilihan para pelanggan. Jadi kedai baru itupun berpindah lokasi di betul-betul depan pagar universiti dan pelanggan pasti akan lihat dia dahulu berbanding anda. Pelanggan yang beli di kedai anda pun berkurang lantas memaksa anda pindah ke lokasi sama.

Gaduh punya gaduh, akhirnya anda mencapai kata sepakat dengan dengan pesaing untuk buka kedai di lokasi yang sama sebelah menyebelah. Masing-masing dilarang mengubah sebarang kedudukan bagi memastikan pelanggan dan keuntungan dapat dibahagi sama rata. Harus diingatkan juga apabila sudah sepakat, anda dan pesaing tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.

Andai kata anda menaikkan harga nasi bajet serendah 50 sen sekalipun, itu akan membuat pelanggan terus pergi ke kedai pesaing. Sama juga jika anda menurunkan harga ataupun tidak mahu ikut pesaing menaikkan harga, itu akan membunuh kedai lain.

Sekarang ini cuba lihat kebanyakan kawasan di Malaysia, pasti fast food seperti KFC mudah didapati walaupun berada di pekan koboi seperti Kerayong dan Benut. Beberapa tahun kemudian, anda akan dapati banyak fastfood akan dibuka di sekeliling KFC. Apa yang fast food lain buat adalah perhatikan dulu kemandirian KFC di sesebuah kawasan tersebut. Jika KFC mampu bertahan dengan lama, fast food lain akan lebih yakin untuk membuka cawangan di situ kerana miliki segmen pelanggan yang sama.

Sebenarnya fast food lain telah menjadikan musuh mereka iaitu KFC sebagai indikator utama sama ada kawasan itu sesuai atau tidak untuk buka cawangan baru. Ini kerana fast food lain tidak perlu buat bermacam kajian untuk kenali pelanggan. Jika KFC dikunjungi ramai orang, fastfood lain yakin mereka boleh mendapatkan pelanggan dengan sangat mudah.

Kalau tengok dari kaca mata KFC nampak macam tidak adil tetapi kena ingat kehadiran fast food lain menandakan sesebuah kawasan itu sedang membangun. Malah pendapatan penduduk sekitar juga meningkat kerana mampu makanan fast food dengan kerap biarpun mahal. Jadi semakin ramai pelanggan yang akan mengunjungi KFC.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Inilah yang gagal difahami oleh kedai-kedai kecil di luar sana bahawa miliki musuh sebenarnya sangat baik. Jika mereka amalkan hotelling model location, mungkin isu-isu sihir dan report ke majlis tidak akan timbul. Mereka dapat bangunkan kawasan tersebut sebagai tempat makan yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Nasib baiklah, KFC tak buat kerja gila nak santau kedai fastfood lain sebab buka cawangan berdekatan mereka.

RUJUKAN:

Riyanto, Y. (2008). Product differentiation. Industrial Organization 1. Dipetik daripada https://cpb-us-e1.wpmucdn.com/blogs.ntu.edu.sg/dist/5/615/files/2013/12/Lecture-6-EC3322-Sem-I-2008-2009.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply