Abdul Rahman I: Helang Quraysh Yang Dikagumi

0
1064
views

Abdul Rahman I atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Ad-Dakhil. Digelar oleh Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur sebagai ‘Saqr Quraysh’ atau Helang Quraysh kerana Abdul Rahman I mampu mengembalikan semula Empayar Umayyah yang telah tumbang dalam keadaan beliau sendiri tidak mempunyai apa-apa dan hidup sebagai seorang buruan dan pelarian.

Abdul Rahman hidup sebagai seorang pelarian dan buruan oleh Bani Abbasiyyah setelah kejatuhan Empayar Umayyah ketika beliau berumur 20 tahun. Dengan kebijaksanaan, kegigihan dan kepantasan yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau, beliau menubuhkan Kerajaan Umayyah di Sepanyol dan menjadi salah satu ancaman terbesar kepada Kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah termasuk Kerajaan Abbassiyyah sendiri di Baghdad. Selain usaha Tariq Ziyad dan Musa Nusair sebagai penakluk Andalusia, Abdul Rahman juga merupakan tokoh yang membuatkan Islam bertapak selama 1300 di Sepanyol.

Ada sebuah legenda menceritakan bahawa Khalifah Abu Ja’far pernah bertanya kepada salah seorang pembesar siapakah yang layak digelar Helang Quraysh, maka pembesar tersebut menjawab Mua’wiyah Abu Sufyan. Khalifah Abu Ja’far kata tidak. Maka pembesar itu menjawab Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Khalifah Abu Ja’far juga mengatakan tidak lalu dia sendiri menjawab :

“Helang Quraysh adalah Abdul Rahman yang mampu melarikan diri dengan licik dan dapat menepis sebarang tombak dan bilah pedang. Mengembara sendirian merentasi padang pasir Afrika. Menghitung nasib tanpa mempunyai sebarang tanah dan harta. Yang ada dalam diri cuma keimanan dan ketekunan beliau. Beliau mengasaskan sebuah empayar yang pada asalnya berpecah-belah sehingga kerajaan beliau terpisah dengan kerajaan kita oleh lautan. Tiada khalifah yang mampu berbuat demikian selain beliau. Muawiyah menjadi Khalifah dengan sokongan keluarga Umar R.A dan Uthman R.A. Manakala Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dilantik atas wasiat oleh bapa beliau. Manakala Abdul Rahman menjadi khalifah tanpa sokongan sesiapa tapi keazaman yang dikurniakan Allah kepada beliau.”

Sekarang kita mahu kata apa? Abdul Rahman yang tidak punyai apa-apa ini mampu bangunkan kerajaan. Selagi kita masih hidup, kita mampu berusaha untuk mencapai kejayaan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here