Banyak mitologi India datang daripada orang Aryan yang membawa agama Hindu ke wilayah India ketika kira-kira 2000 SM. Orang Aryan ini datang dari kawasan disekitar Iran, menyerbu ke arah wilayah India sekaligus mewujudkan teori bahawa kejatuhan tamadun terawal di India iaitu Indus jatuh kerana serangan orang Aryan.

Sebab itu juga, bahasa para penduduk India Utara dikelaskan dalam Indo-Aryan, yang dimana bahasa ini merupakan sub kepada bahasa Indo-Iranian. Kedatangan orang Aryan ke India juga membawa teks Vedik, di mana teks ini merupakan asas kepada agama Hindu. Entiti ketuhanan awal dalam Vedik inilah yang akan dibahaskan dalam artikel ini.

  • Indra

Dewa Indra adalah dewa kilat dan hujan. Indra merupakan salah satu ketua dalam kalangan entiti ketuhanan di dalam Vedik. Dikenali dengan kekuatan dan tenaga yang sangat luar biasa. Selalu menyerang syaitan demgan kuasa vajra (pancaran petir) yang selalu menganggu proses penciptaan dan mengancam sebuah nyawa.

Terdapat sebuah mitos popular yang mengaitkan kekuatan dan ketuanan ke atas tuhan lain. Dikatakan ketika Vritra yang merupakan Ular Kemarau menelan air alam semesta dan menahan hujan, kebanyakan dewa lari daripada Vritra kecuali Indra yang berhadapan dengan Vritra dengan membenamkan tubuh ular besar ini dengan vajra, membenarkan air untuk kembali mengalir.

Dalam tradisi maysrakat Hindu, biasanya Indra disembah kerana membekalkan lembu dan juga dewa dalam Vedik yang bertanggungjawab membekalkan kekayaan dan kesihatan. Dalam tingkat kasta dalam pengganut Hindu, biasanya kelas Kshatriyas yang banyak menyembah Indra kerana kejayaannya dalam pertempuran. Masyarakat Hindu percaya bahawa kemunculan pelangi selalu dikaitkan dengan kehadiran Indra.

  • Surya

Juga dikenali sebagai Savitar (yang membawa maksud pemberi kehidupan), Surya dikenali sebagai dewa matahari yang ditugaskan untuk menjaga dunia pada waktu siang dan bertanggungjawab membawa cahaya, pengetahuan dan kehidupan ke dunia. Dia dikatakan mengembara di langit menggunakan chariot dengan sebuah roda, melambangkan proses kitaran musim. Chariot yang dinaiki oleh Surya pula dinamakan sebagai Aruna yang merupakan Dewa Siang yang bertanggungjawab melindungi dunia daripada kepanasan ekstrem Surya.

Terdapat sebuah mitos menceritakan ketika Surya berkahwin dengan seorang dewi bernama bernama Sanjana, namun Sanjana tidak mampu untuk menampun kecerahan yang dimiliki oleh Surya, lalu Sanjana menukarkan dirinya menjadi kuda betina dan melindungi di dalam hutan. Ketika Surya menemui Sanjana, lalu menukarkan menjadi kuda jantan dan bersama dengan Sanjana, dia berjaya memiliki beberapa anak. Selepas itu, Surya bersetuju untuk mengurangkan kecerahan yang dimilikinya, lalu pasangan ini terus pulang ke istana mereka di syurga.

Dipercayai juga bahawa Surya ialah dewa yang bertanggungjawab memperkenalkan ajaran Vedik dan Hindu ke wilayah India Selatan yang penuturnya ialah dari kalangan orang Dravidian seperti Tamil, Telegu dan Malayalam.

  • Vayu

Vayu ialah dewa angin. Dikatakan bahawa bayu diperbuat atau datang daripada nafas Purusha, yang dalam teks awal vedik selalu dikaitkan dengan manusia kosmik yang dikorbankan oleh TUHAN untuk mencipta semua kehidupan. Diceritakan bahawa ketika dia dihalau dari Gunun Meru, yang merupakan rumah para dewa-dewa Hindu. Vayu telah menyerang gunung tersebut sebagai tanda tidak menyerah kalah. Lawan utamanya ialah Garuda, si raja burung. Vayu telah mencabut puncak gunung lalu mencampakannya ke dalam laut lalu jadilah Sri Lanka seperti mana yang kita kenal hari ini.

  • Agni

Dewa Agni dikenali sebagai dewa api. Agni mewakili apa sahaja kewujudan api seperti api yang dihasilkan sendiri, api yang digunakan dalam riual, dan api yang terhasil melalui pancaran petir/kilat. Dikatakan ketika Agni dilahirkan, dia dilahirkan sebanyak tiga kali. Pertama, dia dilahirkan dari air, kemudian dari udara sebagai kilat sebelum di bumi, dalam bentuk api. Dikatakan ketika dia lahir, dia terlalu lapar sehingga memakan ibu-bapanya, lalu menumbuhkan lidah semata-mata untuk melahap semua mentega yang diletakkan di altar yang dibina khas untuk menyembahnya.

  • Varuna

Dikenali sebagai dewa langit dan pemberi kuasa buat cerekawala. Dia berkuasa ke atas undang-undang dan menguruskan segala jenis pengorbanan yang mahu dibuat ke atas para dewa-dewa. Antara mitos yang sering dikaitkan dengan Varuna ialah sebagai dewa pencipta, yang mencipta syurga, langit dan bumi hanya dengan kuasanya seorang seorang. Dalam kisah lain pula, dia seringkali dikaitkan dengan pemerintah lautan syurga, namun selepas perang dengan para dewa, para dewa telah memperuntukkan semula kekuasaan mereka dan Varuna telah menjadi pemerintah langit barat dan lautan di bumi. Ketika itu, dia juga merupakan dewa bagi para pelayar dan juga nelayan.

Rujukan:

Philip Wilkinson (2016) All About History: Book Of Myths And Legends. Imagine Publishing Ltd


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply