10 Mukjizat Agung Rasulullah S.A.W

0
1751
views

1. Bercakap dan Memahami Bahasa Haiwan

Bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :

“Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.

Bersabda Rasulullah s.a.w. ” Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?” Jawab kijang itu: “Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya.”

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : “Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya.”
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :

“Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: ” Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau.”

(Diriwayatkan oleh Abu Na’im di dalam kitab ‘Al-Hilyah’)

2. Air Keluar Dari Celahan Jari Nabi

Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’, Baginda telah menyuruh para sahabat berwuduk dengan air yang sedikit. Ini berlaku setelah Baginda s.a.w. meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu, maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda. Kejadian itu berlanjutan hinggalah mereka semua selesai berwuduk. “Berapakah jumlah kamu pada masa itu?” tanya saya (perawi) pada Anas. Jawabnya: “Kami seramai tiga ratus orang.”

(Riwayat Muslim)

Dari Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.a.w berdoa untuk mendapatkan air. Lalu baginda datang dengan membawa sebuah bejana yang cukup besar yang di dalamnya ada sedikit air. Baginda S.a.w meletakkan jari-jari tangannya di dalam bejana itu. Ku lihat air memancar dari sela-sela jarinya. Semua orang mengambil wudhu’ dari air itu padahal aku memperkirakan mereka yang wudhu’ ada seramai tujuh puluh hingga ke lapan puluh orang.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Nabi Menyembuhkan Mata Orang Yang Buta Dan
Mengembalikan Biji Mata Yang Terkeluar Dari Pengelihatannya

3.1 Usma bin Hanif r.a, ,menceritakan bahawa ada seorang buta berkata, “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah untukku agar membuka penglihatanku.”

Baginda bersabda, “Pergilah berwudhu’ . Dirikan solat dua raka’at dan ucapkanlah, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu, mengadap kepadaMu dengan lantaran nabiMu Muhammad, nabi pembawa kasih. Wahai Muhammad, aku mengadap kepada Tuhanmu dengan lantaranmu, agar ia membuka penglihatanku . Ya Allah, berilah syafaat beliau untuk kepentinganku.”

Belum lagi orang ramai berganjak dari tempat mereka dan orang tersebut pergi, maka dia sudah dapat melihat.

(Riwayat An Nasa’i, Tirmidzi, Al Hakim dan Al Baihaqi)

3.2 Qatadah pernah berkata:

“Pada waktu Perang Uhud, aku menjaga wajah Rasulullah dari serangan anak panah, yang akhirnya ada sebuah anak panah mengenai biji mataku. Aku mengambilnya dengan tangan dan berusaha mendatangi Rasulullah.

Ketika baginda S.a.w melihat apa yang ada di telapak tangan ku, dua mata beliau berlinangan seraya bersabda:

“Ya Allah , peliharalah mata Qatadah sebagaimana dia telah pelihara wajah nabinya dengan wajahnya (dari serangan anak panah). Jadikanlah kedua matanya yang lebih baik dan lebih elok serta tajam penglihatannya.” Doa nabi itu dimakbulkan oleh ALLAH.
(Riwayat At Thabrani dan Abu Nu’aim, turut diriwiyatkan oleh Ibnu Saad)

4. Air Hujan Turun Serta Merta

Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa ada sekelompok orang datang kepada Rasulullah S.a.w. Mereka memohon agar beliau berdoa kepada Allah S.w.t supaya menurunkan hujan kepada mereka. Maka beliau bersabda:

“Ya Allah, siramilah kami dengan air hujan yang merata, menyenangkan, dapat menyuburkan tanah , yang melimpah, mencukupi, bermanfaat dan tidak menimbulkan bahaya, segera turun dan tidak terlambat”.

(Riwayat Abu Nuaim)

5. Pokok Sujud Bersaksi Kerasulan Rasulullah

Dalam riwayat-riwayat yang dibawa oleh Ad Darimy, Abu Ya’la, At Thabrani, Al Bazzar, Ibnu Hibban Al Baihaqi dan Abu Nu’aim pernah menceritakan bahawa pokok pernah bersujud menyaksikan kerasullah Rasulullah S.A.W

6. Peluh Baginda Sangat Wangi

Dalam sebuah kisah, pada satu hari Ummu Sulaym binti Milhan mendatangi Nabi SAW ketika Baginda SAW sedang tidur dalam suasana yang panas terik. Kerana perbuatan itu Baginda SAW tersedar dan Ummu Sulym menjelaskan: “Sesungguhnya ini adalah peluh kamu yang ingin aku jadikan pewangi tubuh kerana ia minyak wangi terbaik.”

(Riwayat Muslim)

7. Bulan Terbelah Dua.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar ayat 1 -2)

*Ditafsirkan oleh Imam at-Thabari bahawa ayat tersebut merujuk kepada peristiwa bulan terbelah dua.
Dari Abdullah bin Mas’ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Muhammad bin Mut’im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia.

(Hadis riwayat Tirmizi)

8. Mukjizat Makanan Ketika Perang Khandaq

Ketika Perang Khandaq dahulu, diceritakan bahawa sahabat nabi yang bernama Jabir telah mengajak nabi untuk makan di dalam rumahnya, lalu ketika itu, nabi mengajak para sahabat untuk menyertai nabi sekali di rumah Jabir. Maka Jabir pun rasa sangat takut kerana ketika makanan yang ada di rumahnya tidak cukup untuk seluruh tentera.

Namun isterinya telah mengingatkan pada Jabir bahawa yang mengajak semua tentera itu ialah seorang utusan tuhan, maka sudah tentu dia lebih mengetahuinya. Aneh, kambing dan gandum yang sikit itu mampu memberi makanan kepada seluruh ahli tentera.
(Kisah ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan banyak lagi)

Boleh disemak kesahihan kisahnya juga dalam Biografi Agung Rasulullah S.AW tulisan Rusydi Ramli Al-Jauhari dan juga daripada video https://www.youtube.com/watch?v=PdU4xzCWJ24.

9. Israk Mikraj

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.” (Surah Al-Israk, 17: 1)

10. Al-Quran

Bibilografi:

*Biografi Agung Rasulullah S.A.W oleh Rusydie Ramli Al-Jauhari

*Mukjizat Shahih Nabi Muhammad s.a.w oleh Imam Ibnu Kathir tulisan Muhammad Ahmad Isa

Previous articleAwas Ancaman Terusan Kra
Next articlePlanet Yatim Di Sistem Suria
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here