10 Fakta Menarik Mengenai Jepun Purba Sehingga Ke Zaman Moden

0
963
views

1. Japan pernah ditutup selama 217 tahun untuk dunia luar. Ia ditutup daripada sekutar 1635 sehingga 1852. Undang-undang ini dikenali sebagai Sakoku Edict yang dilaksanakan kerana beberapa masalah yang dihadapi oleh Jepun ketika berhadapan dengan dunia luar, termasuklah para hamba Jepun dihantar ke Eropah oleh Portugis dan juga ancaman kepada keselamatan dan juga penyebaran wabak smallpox yang dibawa oleh orang putih. Ketika era ini, perdagangan dengan dunia luar adalah dilarang, manakala agama Kristian dilarang untuk disebarkan di Jepun.

Oleh kerana aktiviti perdagangan hamba oleh Portugis yang menjadikan orang Jepun sebagai hamba, maka amalan perhambaan dihapuskan terus oleh Toyotomi Hideyoshi. Dasar tutup pintu Jepun ini juga membentuk kebudayaan Jepun yang agak unik, namun pada tahun 1852, Amerik Syarikat berjaya memaksa Jepun untuk mengangkat semula dasar tutup pintunya dengan kekuatan armada laut Amerika Syarikat.

2. Salah satu daripada kota yang pernah dijadikan sebagai pusat pemerintahan Jepun pada tahun 1185-1333 pernah menjadi kota ke-4 terbesar di dunia dengan populasi pada tahun 1250 mencecah sehingga 200, 000 orang.

Salah satu daripada istana Jepun yang masih kekal sehingga ke hari ini

3. Jepun mempunyai lebih 5000 buah istana yang kebanyakannya dibina ketika era Sengoku, yang melibatkan perang saudara para bangawan Jepun yang berebutkan kekuasaan wilayah di Jepun. Namun, hari ini, hanya beberapa sahaja yang selamat kerana selepas Jepun mula membuka pintu kepada dunia luar, dasar permodenan Jepun berlaku dengan pesatnya, dan kebanyakan istana ini diruntuhkan kerana pada ketika itu, ia membawa kepada simbol zaman feudal Jepun.

4. Jepun mula membina Robot seawal abad ke-17 lagi. Pada zaman ini, Jepun mula membina beberapa buah patung mekanikal yang dikenali sebagai Karakuri untuk hiburan. Patung mekanikal ini mampu melakukan lagak mudah seperti menari dan berlakon. Pada abad ke-19, patung ini dihasilkan dalam jumlah yang banyak, bahkan ada yang berkemampuan untuk menyediakan juadah seperti air the dan menembak anak panah.

Patung Karakuri sedang memanah

 

5. Apabila dasar tutup pintu Jepun mula dihapuskan, antara babak yang agak menarik berlaku ketika itu ialah 76 Samurai Jepun telah dihantar ke New York sebagai diplomatik pada tahun 1860. Salah seorang ahli kumpulan tersebut yang paling muda iaitu Tateishi Onojiro mendapat nama panggilan Tommy dan menjadi sensasi di Amerika Syarikat sehingga ada lagu dibuat untuknya yang bertajuk Tommy Polka.

6. Jepun mula menggunakan teknologi percetakan berwarna menggunakan blok kayu pada tahun 1765. Teknologi ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan novel grafik seperti Gesaku yang mengandungi pelbagai unsur yang ditakuti menggugat dan mendatangkan ancaman kepada aristokrasi Jepun itu sendiri. Akhirnya, pada tahun 1787, novel tersebut diharamkan dan pelukis yang menghasilkan komik itu menerima hukuman mereka.

7. Pada awalnya, pahlawan Jepun menjadikan kepala musuh yang ditebas sebagai torfi kemenangan. Namun, ketika serangan Jepun ke atas Korea dibawah Toyotomi Hideyoshi pada tahun 1592 dan 1598, jumlah kematian orang Korea dalam serangan itu mencecah sehingga 1 juta orang. Jumlah tersebut adalah terlalu banyak dan menyukarkan untuk menghantar kepala ke Jepun. Jadi, pahlawan Jepun ketika itu memotong telinga dan hidung musuhnya. Oleh kerana amalan ini begitu popular, terdapat sebuah monument yang dibina yang dinamakan sebagai Makam Hidung dan Makam Telinga. Sebuah makam seperti di Okayama, Jepun mengandungi 20, 000 buah hidung yang sudahpun dipulangkan ke Korea.

Monument tempat meletakkan trofi hidung dan telinga pahlawan Jepun

8. Salah satu kelas pahlawan yang terkenal di Jepun ialah Samurai. Antara amalan yang terkenal dikalangan samurai ialah tsujigiri atau (pembuhan di jalanan). Seorang Samurai dianggap hilang maruahnya apabila pedang samurainya tidak mampu menembusi tubuh musuh dalam satu hayunan. Ia adalah penting buat seorang Samurai untuk menguji pedangnya. Biasanya pedang diuji pada penjenayah dan juga mayat. Namun, ada yang mengamalkan tsujigiri dengan menyasarkan percubaan pedang mereka pada orang awam yang dijumpa dijalanan pada waktu malam. Walaupun insiden ini agak jarang, namun pada 1602, pihak berkuasa telah melarang aktiviti ini.

9. Walaupun Jepun mengharamkan penyebaran agama Kristian di tanah mereka, namun orang Jepun pertama memeluk agama Kristian ialah seorang pembunuh yang dalam pelarian. Seorang samurai berusia 35 tahun pada tahun 1546 telah membunuh seorang lelaki dalam pergaduhan. Anjiro telah melarikan diri ke sebuah pelabuhan di Kagoshima, bersembunyi di sana sebelum bertemu dengan beberaoa orang Portugis yang simpati dengan Anjiro sebelum menghantarnya ke Melaka ketika itu.

Anjiro ketika di Melaka telah mempelajari bahasa Porttugis dan dibaptiskan dengan nama Paulo de Santa Fe. Di sana, dia menemui seorang paderi Kristian yang terkenal bernama Francis Xavier. Mereka berdua bertekad untuk menyebarkan Kristian di Jepun pada tahun 1549 namun gagal. Selepas itu, Xavier dan Anjiro berpisah, dengan Xavier bertolak ke China manakala Anjiro dalam kehidupannya selepas itu, dicatatkan menjadi seorang lanun.

10. Sebenarnya memakan daging di Jepun adalah diharamkan sama sekali. Pengharaman ini berlangsung selama lebih 1200 tahun. Ia adalah kerana pengaruh agama Buddha yang melarang sebarang usaha pengambilan nyawa makhluk hidup. Maharaja Tenmu pada tahun 675 yang menggerakkan pengharaman ini. Asalnya, larangan ini hanya diantara April sehingga September, namun ia berubah untuk sepanjang tahun. Hanya pada 1872, barulah larangan ini dimansuhkan.

RUJUKAN:

Tristian Shaw (2017) 10 Crazy Historic Facts About Japan. Listverse

John Spacey (2015) 7 Interesting Things About Japanese History. Japan Talk

John Spacey (2015) Karakuri: Robots of Old Japan. Japan Talk

Comments

comments

Previous article7 Dalam 3 Minit – PWII Mahmor Said PGB
Next articlePengajaran Dari Pembebasan Baitulmaqdis Sejak Zaman-Berzaman

Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here