Zon Mati Teluk Mexico

2,103

Selalunya apabila kita memikirkan tentang laut, kita pasti akan terbayangkan ikan, rumpai dan batu karang yang menghiasi samudera. Kalau laut tu tak mempunyai hidupan langsung, kita akan terbayangkan Laut M4ti di Jordan. Disebabkan kandungan garam yang terlampau tinggi, tiada sebarang hidupan pun yang mampu hidup di situ, melainkan bakteria halophile (pencinta garam) dan arkea.

Walau bagaimanapun, ada juga laut yang sekalipun kandungan garamnya adalah selamat, ia juga tak mampu menampung hidupan. Kawasan ini selalunya dipanggil sebagai zon m4ti lautan dan antara contoh terkenal zon tersebut terletak di Teluk Mexico. Bukan setakat tiada hidupan, malah kalau ikan juga akan m4ti kalau berenang ke dalam zon itu.

Jadi, apa itu zon m4ti laut? Kenapa hidupan susah nak hidup di situ? Jawapannya ialah dua – algae dan oksigen.

Untuk menyuburkan pokok dan tanaman, para petani dan pekebun akan menggunakan baja bagi membekalkan zat fosfat dan nitrogen kepada tanah. Dengan ini, tanaman mampu membesar dengan bagus. Namun, ia juga boleh membawa kepada keburukan yang lain. Nutrient baja ini mampu melarutresap ke dalam tanah dan seterusnya sungai melalui air bawah tanah. Sungai tersebut pula akan membawa air baja ini ke laut dan memenuhi air di situ dengan zat nutrient. Bagi kes Teluk Mexico, sungai tersebut ialah sunga Mississipi.

Ya, benar. Laut tak mempunyai pokok jadi sepatutnya lebihan zat ni tak memberi kesanlah kan? Malangnya, di laut kita mempunyai hidupan halus bernama plankton seperti bakteria dan algae yang memakan air baja tersebut sebagai sumber makanan.

Hal ini seterusnya mencetuskan fenomena yang dipanggil sebagai blum alga (algal bloom). Selalunya, kawasan yang terkesan dengan blum ini akan berubah warna menjadi merah, hijau atau kuning. Bergantung kepada jenis alga apa yang berada di situ.

Image result for algal bloom river

Disebabkan lambakan makanan, populasi alga meningkat berkali ganda hingga mampu meliputi sejumlah besar permukaan laut. Lama kelamaan, mereka akan m4ti dan tenggelam ke dalam laut sebagai sisa organik.

Image result for dead zone gulf of mexico

Bermula daripada sinilah zon m4ti mula tercipta. Sebagaimana bangkai yang mereput, sisa organik ini juga akan melalui proses reputan. Untuk menjalankan proses reputan, bakteria memerlukan oksigen dalam menguraikan sisa tersebut. Oleh itu, kandungan oksigen dalam kawasan laut itu mula menurun hinggalah ia mencapai tahap yang membimbangkan. Akhirnya, kadar oksigen menjadi sangat kurang hingga menyebabkan apa apa hidupan yang hidup di situ m4ti kelemasan. Disebabkan itulah di lantai zon m4ti, kita akan banyak menemukan hidupan m4ti yang terdampar di situ.

Dalam kebanyakan kes, proses kejadian zon m4ti yang dipanggil eutrofikasi ini adalah normal dan mampu dipulihkan melalui peralihan cuaca seperti ribut dan kemasukan musim luruh. Cuaca dan musim ini akan membolak balikkan air laut seperti air sirap yang dikacau. Air beroksigen akan bercampur masuk ke dalam kawasan kurang oksigen dan seterusnya menyebabkan ekosistem kembali terkawal. Namun, proses eutrofikasi yang tak terkawal mampu mencetuskan zon m4ti yang sukar untuk dipulihkan seperti zon m4ti Teluk Mexico.

Image result for algal bloom

Sebagai selingan, blum alga di sungai juga adalah merbahaya kepada manusia. Walau pun kita tak terkesan dengan air yang kurang oksigen, tapi ada sesetengah spesis alga menghasilkan racun sebagai bahan metabolit. Sekiranya ada kes orang m4ti sebab mandi sungai yang ada blum alga, selalunya sebab benda inilah.

RUJUKAN:

David W. Schindler; John R. Vallentyne (2008). The Algal Bowl: Overfertilization of the World’s Freshwaters and Estuaries. Edmonton, Alberta: University of Alberta Press. ISBN 978-0888644848.

Diaz, R. J.; Rosenberg, R. (15 August 2008). “Spreading Dead Zones and Consequences for Marine Ecosystems”. Science. 321 (5891): 926–929. Bibcode:2008Sci…321..926D. doi:10.1126/science.1156401. PMID 18703733.

Helmenstine, Anne Marie (May 10, 2018). “What You Need to Know About Dead Zones in the Ocean”. ThoughtCo.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.