“Kemudian, Zeus tidak lagi menahan-nahan kuasanya; sebaliknya meluruskan hatinya dipenuhi kemarahan lalu beliau tunjukkan segala kekuatannya. Dari Langit dan dari Olympus, beliau datang menderu, melontarkan petirnya; dari tangannya, petirnya itu terbang laju bersama dengan kilat, berpusar membawa api.” (The Theogony of Hesiod, II. 687-712)

KELAHIRAN ZEUS

Satu versi penceritaan tentang kelahiran Zeus boleh ditemui dalam karya Hesiod yang berjudul Theogony. Dalam puisi Yunani purba ini, Zeus dinyatakan sebagai anak bongsu Cronus dan Rhea. Lima beradiknya yang lain (Hestia, Demeter, Hera, Hades dan Poseidon) habis ditelan oleh bapanya sebaik sahaja mereka dilahirkan. Hal ini kerana Cronus menyedari bahawa salah seorang anaknya telah ditakdirkan untuk menggulingkannya dan mengambil-alih kedudukannya sebagai raja dewa.

Namun, Zeus terlepas daripada nasib ini menerusi suatu tipu helah. Rhea tidak menyerahkan Zeus kepada Cronos, sebaliknya memberikan batu yang dibalut dengan kain untuk ditelan oleh suaminya itu. Zeus disembunyikan di dalam sebuah gua (sama ada di Gunung Ida atau Gunung Dikteon) yang terletak di Pulau Crete.

Zeus dibesarkan secara rahsia oleh ibu angkatnya. Dalam beberapa versi, ibu angkat Zeus dinyatakan sebagai seekor kambing yang bernama Amalthea. Satu versi lagi mendakwa bahawa Zeus dibesarkan oleh Gaia, atau salah satu pari-pari.

Walau apapun keadaannya, Zeus membesar tanpa pengetahuan bapanya. Beliau kemudiannya pulang untuk mencabar kekuasaan Cronus dan memaksa Cronus memuntahkan semula adik-beradiknya. Bersama adik-beradiknya, Zeus memerangi dan menewaskan selurun Titan yang lain dan menjadi raja dewa yang baru.

Selepas selesai pertempuran antara para dewa ini, Zeus membahagikan dunia ini sesama adik-beradiknya, Hades dan Poseidon dengan cabutan undi. Zeus menjadi pemerintah langit, manakala Hades dan Poseidon masing-masing memerintah alam kematian dan laut.

ANAK-ANAK ZEUS

Menurut suatu mitos, isteri pertama Zeus adalah Metis si dewi lautan yang kelak dikaitkan dengan kebijaksanaan dan kelicikan. Diramalkan bahawa suatu hari nanti anak Zeus yang lahir dari Metis ini akan menggulingkan bapanya. Justeru, Zeus mengatur rancangan untuk mengelak dari ditimpa takdir ini. Apabila Metis mengandung, Zeus memperdayanya dan menelannya. Pun begitu, disebabkan tindakannya ini, dewi Athena membesar di dalam perut Zeus dan kemudiannya lahir dari kepalanya dalam keadaan lengkap bersenjata.

Kelahiran Athena digambarkan pada sebuah ampora yang berasal dari tahun 550-525SM


Zeus menjalinkan banyak hubungan dengan wanita manusia, justeru melahirkan ramai separa-dewa. Separa-dewa yang paling masyhur tidak lain dan tidak bukan adalah Heracles dan Perseus. Begitu juga dengan Minos (raja pertama Crete) dan Helen of Troy, wanita paling cantik di dunia menurut mitos Yunani.

Selain Metis, Zeus juga mempunyai anak dengan sejumlah dewi dan manusia lain. Misalnya bersama isterinya yang seterusnya, Hera, Zeus memperoleh Ares, Hebe dan Eileithyia. Zeus juga dianggap sebagai bapa kepada Artemis dan Apollo (ibunya, Leto adalah sepupu Zeus).

Sebagai dewa terulung pantheon Yunani, banyak kuil dibina dan diabadikan kepada Zeus. Kuil yang paling penting adalah Kuil Zeus di Olympia. Kuil ini tersenarai sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Ia meraih kemasyhuran lantaran patung dewa bersaiz besar yang diperbuat daripada emas dan gading, dihasilkan oleh seorang tukang arca yang bernama Pheidias. Antara tempat masyhur lain yang diabadikan kepada Zeus termasuklah Dodona, Gunung Lykaion dan beberapa buah gua di Crete.

Runtuhan di sebelah barat Kuil Zeus, Olympia, Greece

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (18 September 2017). The Unshakeable Power of Zeus, Prime Mover of Ancient Greek Deities. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-europe/unshakeable-power-zeus-prime-mover-ancient-greek-deities-008806


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.