Dalam industri perkapalan, dadah dan alkohol adalah dua bahan yang dilarang dan diharamkan sama sekali secara keseluruhannya.

Pergilah ke syarikat perkapalan apa pun, pengambilan alkohol adalah kesalahan yang sangat berat. Sangat berat sehinggakan jika anda didapati menyimpan stok walau satu tin sekalipun anda akan dibuang kerja serta merta. Ya serta merta. On the dot. On the spot. No warning letter. Angkat beg dan terus berambus.

Ia juga sama dengan dadah.

Kalau ketemu sewaktu pemeriksaan atau jika didapati positif ujian air kencing – maka tidak ada maaf. Hatta kalau ditemukan ada dadah dalam simpanan sekalipun anda boleh dihentikan perkhidmatan kerja serta merta dan pihak perkapalan akan bekerjasama dengan mana mana pihak berkuasa dimana mana pelabuhan untuk membantu penangkapan dan penahanan.

Kenapa sebegitu rupa keras tindakan keatas orang yang menyimpan atau mengambil dadah mahupun alkohol?

Kerana keselamatan tempat kerja dan pemeliharaan nyawa.

Industri perkapalan mahupun industri minyak dan gas serta industri yang terkait dengan perkapalan sangat menitik beratkan keselamatan dan pemeliharaan nyawa sehinggakan mereka yang akan ditugaskan dikapal mahupun pelantar tak kiralah apa latar belakang mereka mesti melalui ujian saringan dadah dan alkohol samada secara rasmi ataupun tanpa amaran awal.

Sebilang masa untuk memastikan tiada penyalahgunaan ujian akan dibuat kepada sesiapa saja tanpa diumumkan tarikh mahupun masa.

Ini untuk memastikan keadaan tempat kerja selamat dari anasir pembunuh ini yang mana jika ada mereka yang berada dibawah pengaruh dadah dan alkohol boleh membahayakan nyawa orang lain samada secara langsung atau tidak langsung.

Bayangkan pemandu kren yang mabuk mengendali kren yang mengangkat beban 20 tan dengan sebilangan pekerja berada digeladak. Atau pegawai awasan mengendali pergerakan kapal ketika dibawah pengaruh dadah. Sudah tentu ia membahayakan kapal dan anak kapal dan boleh menyebabkan insiden kemalangan yang memerlukan perbelanjaan kos dan insurans yang ultra mahal.

Kalau orang mabuk memandu kereta pun macam celaka dan boleh sebabkan kemalangan apatah lagi kalau memandu kren, atau mengendali injap bertekanan tinggi hatta memandu kapal sekalipun. Ia mewujudkan keadaan tidak selamat dan boleh mengundang kemalangan yang meragut nyawa.

Industri mengenalpasti bahawa risiko pengambilan alkohol dan dadah atau lain-lain bahan terlarang akan mengakibatkan kesan serius terhadap keselamatan,keberkesanan dan produktiviti, ia menjejaskan prestasi kerja dan disebabkan ini industri mengamalkan polisi Toleransi Sifar atau Zero Tolerance keatas pemilikan,penyalahgunaan dna pengambilan dadah dan alkohol ditempat kerja.

Malah kami dinasihatkan agar menjauhinya.

Aneh bilamana ada ahli politik sibuk mahu mempromosikan alkohol atas nama pelancongan sedangkan jelas dalam industri dan di negara negara maju sekalipun kita cuba untuk mengekang gejala ini.

Semua orng tahu dan jelas akan keburukan alkohol apatah lagi dadah. Ia adalah sumber utama keruntuhan moral, penyebab utama masalah kesihatan mental, punca keruntuhan rumahtangga, malah ia antara penyebab kemalangan di mana mana sektor industri. Dan ramai orang bunuh diri disebabkan dua perkara ini juga.

Kenapa ahli politik bebalis ini mahu promosikan budaya yang sah dan terang merupakan perosak masyarakat tak kiralah apa bangsa dan apa kepercayaan ugama seseoranag itu.

Kita nak jadikan negara ni negara yang ditadbir pemabuk dan penagih ke. Sudah cukup banyak permasalahan sosial dalam negara ni tak perlulah kita nak buat festival atau pesta sedemikian. Bukan bagus untuk kesihatan pun. Malahan orang Eropah pun tak beriya iya macam kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply