Ketika zaman kerajaan Parsi lama, mereka menganut agama pagan. Selepas agama Zoroastrianism diperkenalkan oleh Zarathustra, mereka kemudian meninggalkan amalan penyembahan berhala dan memeluk agama Majusi.

Agama ini mula disebarkan di sekitar tempat yang sekarang dikenali sebagai Iran oleh seorang tokoh agama yang dianggap sebagai nabi oleh penganut agama ini, iaitu Zarathustra.

Penganut Zoroastrianism boleh dijumpai di negara India, Iran, dan negara-negara sekitar seperti Pakistan, United Kingdom, Kanada, Australia, German, dan New Zealand.

LATAR BELAKANG

Ilustrasi Zoroaster. Gambar diambil dari ancient-origins.net

Zoroastrianism boleh dikira sebagai antara agama tertua yang mengamalkan ajaran monotheism. Agama ini menampilkan Ahura Mazda, sebagai tuhan yang satu dan layak disembah, Avesta sebagai kitab agama mereka, dan Gathra sebagai ‘hymn’ atau puisi mulia bagi agama mereka.

Semestinya pengenalan agama baru ini mencabar institusi keagamaan Parsi lama yang masih menganut agama pagan, dan mereka menentang agama baru ini sehingga beliau mendapat perlindungan dari King Vishtāspa, raja Bactria semasa beliau berumur 40 tahun.

Akhirnya ajaran beliau tersebar tanpa halangan besar, dan ketika kematiannya ketika beliau berumur 77 tahun, agama Majusi telahpun tersebar ke seluruh tanah Persia.

BIOGRAFI

Lukisan fresco dari Dura-Europos yang menggambarkan Zarathustra. Gambar diambil dari ancient-origins.net

Zarathustra, atau Zoroaster bagi Yunani, atau Zarathushtra Spitama bagi Parsi, merupakan seorang tokoh agama penting bagi Parsi lama. Beliau merupakan pengasas kepada agama Zoroastrianism, atau Majusi.

Tidak dapat dipastikan bila Zarathustra lahir dan menetap. Berdasarkan catatan dari teks Avesta, beliau lahir pada 628 S.B. di ibu negara kerajaan Achaemenian, Persepolis. Para sejarahwan mempunyai perbezaan pendapat berkenaan tarikh sebenar kelahiran nabi penganut Majusi ini. Apapun, mereka bersetuju bahawa tarikh kelahiran beliau adalah sekitar 1500 dan 500 S.M..

Menurut kepercayaan penganut Majusi, nabi mereka lahir di ‘Airyanem Vaejah’. Ramai sejarahwan berpendapat bahawa beliau lahir di timur laut Persia. Menurut Gathas, Zarathustra lahir di dalam Keluarga Spitama. Bapanya bernama Purushaspa dan ibunya bernama Doghdova. Beliau adalah anak ketiga dari 5 orang beradik.

Lagenda Majusi mengatakan bahawa ketika kelahiran beliau, beberapa malaikat dari syurga datang melawat bagi memberi penghormatan kepada beliau, dan beliau ketawa ketika dilahirkan, tidak seperti bayi lain. Dalam bahasa ibunda beliau, beliau digelar sebagai ‘Zaraϑuštra’ atau ‘pengembala kambing’, dimana ia ditransliterasikan sebagai Zōroastrēs bagi lidah Yunani, dan terkemudian dipanggil Zoroaster.

Ketika beliau berumur 7 tahun, beliau mula mempelajari ilmu agama dan menamatkan pembelajarannya ketika umur 15 tahun. Pada umur 20 tahun, beliau meninggalkan rumahnya bagi meneruskan pengajian beliau dengan guru lain, dimana beliau mengembara ke pelbagai negara, melawat bandar-bandar, kawasan pergunungan dan hutan belantara demi meningkatkan pengalaman beliau. Beliau juga gemar bermeditasi atau bertapa.

Ilustrasi pengasas agama Zoroastrianism. Gambar diambil dari ancient-origins.net

Zarathustra mula mendapat wahyu ketika berumur 30 tahun, semasa perayaan musim bunga, dimana beliau terlihat sebuah sinaran, yang memperkenalkan dirinya sebagai Vohu Manah, atau ‘Makhluk bertujuan baik’. Berikutan wahyu itu, beliau pun diangkat menjadi nabi dan memutuskan untuk menyebar ajaran baru ini kepada orang-orangnya.

Tak lama selepas ajaran ini diperkenalkan, para pendeta yang takut kedudukan mereka terancam mula menentang ajaran beliau. Berikutan gangguan yang hebat beserta cubaan m3mβunuh beliau, akhirnya beliau berhijrah ke Persia timur, dimana ajaran beliau diterima oleh Raja Vishtaspa. Antara pengikut terawal beliau ialah saudaranya, Maidhyoi-madnha, Raja Vishtaspa, Ratu Hutaōsa, dan adik-beradik raja, iaitu Frashaoshtra dan Jamaspa.

Zarathustra membina keluarga bersama isterinya, Hvōvi merangkap anak kepada salah seorang adik beradik Raja Vishtaspa, iaitu Frashaoshtra. Beliau dikurniakan 3 orang anak lelaki, iaitu Isat Vastar, Uruvat-Nara, dan Hvare Ciθra, serta 3 orang anak perempuan, iaitu Freni, Pourucista, dan Triti. Catatan lain mengatakan bahawa beliau mengahwini 3 orang isteri. Beliau mendapat 6 orang anak dari isteri pertama dan kedua, namun tiada anak dari isteri ketiganya. Kesemua anaknya memeluk agama Majusi sehingga akhir hayat mereka.

Zarathustra meninggal dunia ketika berumur 77 tahun. Sewaktu p3p3r4ng4n dan p3rt3mpur4n sedang berlangsung antara Persia dan Turan, negara yang memusuhi ajaran Zarathustra, beliau d1βunuh oleh orang Turan yang bernama Bratrok-resh ketika sedang bersembahyang di kuil Nush-Adar.

AJARAN DAN PENINGGALAN

Lambang Faravahar. Gambar diambil dari anthrogenica.com

Ajaran Zarathustra yang juga dikenali sebagai Zoroastrianism, Mazdayasna, atau Majusi, boleh dikatakan melawan arus kepercayaan orang Parsi lama ketika itu, dimana mereka menyembah banyak berhala. Beliau mengatakan bahawa tiada tuhan selain Ahur Mazda, tuhan yang layak disembah. Entiti lain yang digelar sebagai Daevas ialah semangat jahat dan tidak layak disembah.

Beliau memperkenalkan konsep Ahura Mazda atau ‘Semangat yang Bijaksana’ 5 semangat yang menyala, kewujudan Angra Mainyu, iaitu semangat jahat, perihal berkenaan Asha atau kebenaran, dan Druj atau kebatilan, dan tujuh entity suci yang dikenali secara kolektif sebagai Amesha Spenta, merangkap tujuh nyalaan Ahura Mazda, tuhan yang maha esa. Nyalaan tersebut digambarkan melalui api, menjadikannya sebagai simbol suci bagi penganut Majusi.

Beliau juga menentang amalan dan upacara agama Parsi lama, penggunaan jus Haoma, korban binatang, dan sistem kasta, dan memperjuangkan tentang kebebasan dalam memilih dan menyeru orangnya untuk mengikut jalan kebenaran yang lurus.

Menurut beliau, setiap orang mempunyai hak untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan. Oleh itu, seseorang wajib meninggalkan jalan yang salah dan menurut jalan yang benar. Beliau juga menekankan kewajiban ibu bapa bagi mendidik anak-anak mereka ke jalan yang benar.

Selain menjadi penulis kitab Avesta, iaitu kitab orang Majusi, beliau juga menjadi pengarang Gathas yang ditulis dalam bentuk puisi agama lama. Ia kemudian dimasukkan sekali ke dalam kitab Avesta.

Ajaran Zoroastrianism telah tersebar ke seluruh Kerajaan Parsi, dimana mereka mengamalkan agama ini sehingga Kerajaan Sassanid, dimana akhirnya ia hampir dihancurkan sepenuhnya semasa zaman Khulafa ar-Rasydin.

Namun, agama Majusi masih diamalkan oleh segelintir orang, iaitu di negara-negara yang disebut sebelum ini, dimana kuil-kuil Zoroastrianism boleh dijumpai di sana. Hal ini berikutan kerana terjemahan kitab Avesta oleh pakar indologi Perancis, Abraham Anquetil-Duperron sekitar abad ke-18.

Ajaran agama Zoroastrianism juga telah mempengaruhi beberapa agama yang diasaskan di sekitar Iran, seperti Ahmadiyah, Bahai, da Manichaeism. Pada hari ini, hanya terdapat kira-kira 200,000 orang sahaja yang masih menganut agama Zoroastrianism.

RUMUSAN

Simbol Majusi, kawah api suci. Gambar diambil dari himalayanacademy.com

Zarathustra telah mengubah kepercayaan pagan orang Parsi lama dari menganut agama politheism kepada ajaran monotheism iaitu Zoroastrianism, atau Majusi. Ajaran ini telah bertahan sekian lamanya sejak awal era Parsi lama, iaitu Empayar Achaemenid, Dinasti Parthian, Empayar Sasanid, sehingga kebangkitan Islam ketika zaman Khulafa ar-Rasyidin.

Pada hari ini, kita boleh cari dan jumpa peninggalan ajaran Zoroaster melalui kuil-kuil api yang terdapat di beberapa negara yang berdekatan dengan lokasi kelahiran agama Zoroastrianism, seperti Iran, Pakistan, dan lokasi-lokasi jauh seperti Kanada, New Zealand, Jerman, dan United Kingdom.

Salah seorang individu terkenal yang menganut agama Majusi ialah mendiang Freddie Mercury, vokalis unggul dari kumpulan rock lagenda, Queen. Begitu juga dengan nama-nama terkenal, seperti Alexander Bard, Homi Jehangir Bhabha, dan Sam Manekshaw.

Zoroaster telah berjaya meletakkan agama beliau, Zoroastrianism atau Majusi, sebagai antara agama yang berasaskan ajaran monotheism yang tertua di dunia, sebaris dengan agama Atenism, Judaism dan Kristian, iaitu sekitar 10,000 ke 7,000 S.B..

RUJUKAN

1) König, F.C. (2017, Februari 6). Zarathustra. Diambil pada 3 November 2019 dari https://www.britannica.com/biography/Zarathustra

2) Violatti, C. (2014, May 23). Zarathustra. Diambil pada 3 November 2019 dari https://www.ancient.eu/zoroaster

3) Palmer, J. (2010, Julai 13). Zoroaster – forgotten prophet of the one God. Diambil pada 3 November 2019 dari https://www.theguardian.com/commentisfree/belief/2010/jul/13/abrahamic-religion-zoroastrian-judaism

4) Tai-Seale, T. (2014, Februari 14). The Ancient Persian Wisdom of Zoroaster. Diambil pada 3 November 2019 dari https://bahaiteachings.org/the-ancient-persian-wisdom-of-zoroaster

5) Calabasas Online Tutoring. (2016, Januari 6). A Brief Overview of Zoroastrianism. Diambil dari https://www.youtube.com/watch?v=xlWKusYj8uU

6) Who Was Zoroaster and How Did He Gain Religious Followers?. (2019, Ogos 13). Diambil dari https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/who-was-zoroaster-and-how-did-he-gain-religious-followers-007684

7) Zoroastrianism (2019, Oktober 8). Diambil dari https://www.history.com/topics/religion/zoroastrianism


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A guy who somehow doesn't really follow latest trends and news, except the important ones. Loves unpopular stuffs, and memes. Graduates of Diploma in Biomedical Electronics Engineering. Nothing to see here.

Comments are closed.