Zaman Negara-Negara Berp3rang merupakan sebuah zaman di mana kuasa berpusat pada tujuh buah negara utama. Ia merupakan sebuah zaman berdarah dalam sejarah China. Pep3rangan yang berterusan berlaku mengakibatkan korban nyawa yang tidak terhitung banyaknya. Ia juga merupakan zaman di mana berlakunya perkembangan signifikan dalam aspek ketenteraan.

Zaman Negara-Negara Berp3rang berlangsung pada kurun ke-5 dan ke-3SM. Pada hampir keseluruhan zaman ini, China berada di bawah pemerintahan Zhou Timur, iaitu fasa kedua bagi Dinasti Zhou.

Walau bagaimanapun, autoriti para penguasa Zhou pada Zaman Negara-Negara Berp3rang sudah begitu malap hinggakan mereka tidak lagi berupaya menebarkan kuasa diraja yang sebenar. Zaman Negara-Negara Berp3rang berakhir apabila negara Qin berjaya men4kluki kesemua negara seteru lain, sekaligus menyatukan China di bawah dinasti diraja pertamanya, Dinasti Qin.

Topi pelindung gangsa milik tentera China dari negara Yan, bertarikh dari Zaman Negara-Negara Berp3rang

BILAKAH BERMULANYA ZAMAN NEGARA-NEGARA BERP3RANG?

Zaman Negara-Negara Berp3rang secara umum dianggap bermula pada tahun 475SM. Peletakan tarikh ini didasarkan pada karya Sima Qian yang berjudul Catatan-Catatan Sejarahwan Ulung. Pada tahun sama, Raja Yuan dari Dinasti Zhou menaiki takhta. Pun begitu, terdapat juga sebahagian sejarahwan yang mengemukakan tahun 481SM dan 403SM sebagai titik mula Zaman Negara-Negara Berp3rang.

Peletakan tahun 403SM adalah didasarkan pada hakikat terhapusnya Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh pada tahun itu. Sementara tahun 481SM pula merupakan tahun berpecahnya negara Jin. Perpecahan Jin ini merupakan titik penting dalam sejarah Zaman Negara-Negara Berp3rang, kerana ia melibatkan kejatuhan negara Jin yang memegang pengaruh besar ketika itu, di samping bangkitnya beberapa buah negara lain seperti Han, Wei dan Zhao.

Zaman Negara-Negara Berp3rang memperlihatkan kemunculan Han, Wei dan Zhao mendominasi China, sambil Qin, Qi, Chu dan Yan melengkapkan bilangan tujuh buah negara. Sebagai maklumat tambahan, terdapat juga beberapa buah negara kecil yang lain, antaranya seperti wilayah diraja Zhou, negara Yue, negara Shu, dan negara Song.

Walau bagaimanapun, negara-negara kecil ini secara bertahap tetapi pasti dit4kluki oleh negara-negara lain yang lebih berkuasa. Misalnya, riwayat Dinasti Zhou tamat pada tahun 256SM, apabila ibu kotanya dikuasai oleh Qin dan pemerintah terakhirnya pula dibvnuh.

FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA ZAMAN NEGARA-NEGARA BERP3RANG

Bagi negara-negara yang besar lagi berkuasa, perjalanan mereka mengalami naik-turun sepanjang berlalunya Zaman Negara-Negara Berp3rang, dengan tiada satu pun negara yang menyandang kelebihan ketara ke atas negara lain hinggalah dekad-dekad terakhir kurun ke-3SM.

Pada tahun 247SM, seorang remaja berusia 13 tahun yang bernama Ying Zheng diangkat sebagai pemerintah baru negara Qin. Pada tahun 238SM, Ying Zheng mengambil-alih kuasa mutlak setelah berhasil menghapuskan seteru politiknya, Lu Buwei dan Laoi Ai. Lapan tahun kemudian, raja Qin itu berangkat bagi melaksanakan sebuah kempen agung yang bakal menyatukan China.

Patung pahlawan berkuda (475-221SM)

Bertindak sesuai dengan usul cadangan penasihatnya, Li Si, Ying Zheng menjalankan kempen pen4klukannya dengan mengikut turutan darjah kesukaran. Negara Han merupakan negara pertama yang tumbang, iaitu pada tahun 230SM.

Sebahagian negara Zhao dan Yan juga dikuasai, masing-masing pada 228SM dan 226SM, sebelum akhirnya ditakluki secara total pada tahun 222SM. Negara Wei pula dikuasai pada tahun 225SM, manakala seteru terkuat Qin, iaitu negara Chu, ditewaskan pada 223SM. Qi merupakan negara terakhir yang tumbang ke tangan Qin, iaitu pada tahun 221SM. Maka, dalam masa hanya sedekad, Ying Zheng si Raja Qin berhasil menyatukan China, mendirikan hegemoni Dinasti Qin dan menyandang gelaran ‘Qin Shi Huang’.

Qin Shi Huang, maharaja pertama China

Sebagai kesimpulan, Zaman Negara-Negara Berp3rang sememangnya merupakan suatu era berdarah dalam sejarah China. Pep3rangan demi pep3rangan yang berterusan berlaku mengakibatkan banyak kematian. Susulan daripada era konflik ini jugalah banyak kemajuan dalam bidang teknologi dan pep3rangan dapat dicapai. Misalnya, pada era inilah senjata besi dan busur silang mula diperkenalkan.

Begitu juga dengan baju-baju pelindung yang dipertingkatkan mutunya dari semasa ke semasa. Strategi ketenteraan turut berkembang dengan mekar pada zaman ini, khususnya dengan munculnya karya-karya seperti Art of War oleh Sun Tzu dan Wuzi oleh Wu Qi (kedua-duanya dianggap sebagai antara Tujuh Karya Ketenteraan Klasik China).

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (10 Mei 2018). Warring States Period: More than 200 Years of Blood-fueled Chinese History. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/warring-states-period-more-200-years-blood-fueled-chinese-history-0010027


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.