Sebelum chaebol berjaya menguasai segenap perkara di Korea dan subcon hanya tahu makan duit sambil berikan hasil kurang memuaskan di Malaysia, Jepun terlebih dahulu miliki perkara yang sama.

Ya anda tidak tersalah dengar. Jepun yang sangat dibangga-banggakan oleh kita sehingga terbit dasar pandang ke timur juga pernah menghasilkan syarikat kroni.

Syarikat kroni itu diberi nama sebagai Zaibatsu dan bagaimana ia boleh tercipta?

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Semuanya bermula semasa revolusi Meiji di mana Jepun yang berteraskan pertanian ingin menjadi negara industri.

Masalah mula timbul kerana Jepun tidak mempunyai banyak wang untuk membangunkan industri berat walaupun sudah mengutip cukai agak tinggi daripada hasil pertanian.

Bagi mengatasi kekusutan itu, Jepun telah menjual beberapa syarikat milik kerajaan kepada beberapa keluarga elit yang terpilih. Keluarga elit ini dikatakan telah wujud sejak zaman Edo dan miliki pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat Jepun. Dengan pemindahan hak milik syarikat, setiap keluarga elit perlulah membangunkan ekonomi negara dan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat.

Tapi Jepun tidak miliki kepakaran dalam beberapa teknologi dan membenarkan syarikat asing bertapak di negara itu akan mengundang bala. Maka Jepun mengharamkan syarikat luar untuk bertapak dan hanya menghantar wakil daripada Zaibatsu untuk belajar dengan mereka.

Dalam masa yang singkat sahaja Zaibatsu berjaya membawa keluar Jepun daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Ditambah pula, Jepun memberikan begitu banyak kelebihan dan kelonggaran kepada Zaibatsu seperti pengecualian cukai untuk memastikan mereka berkembang dengan pantas.

Hasil daripada bantuan kerajaan, Zaibatsu berjaya menguasai hampir keseluruhan ekonomi Jepun sehingga mampu menjadikan negara itu sebagai kuasa imperialis.

Bukan setakat itu sahaja, Zaibatsu miliki lesen besar dalam politik kerana ramai calon akan melobi agar dapat menang pilihan raya dengan mudah.

Senang cerita, mana-mana calon ataupun parti yang nak menang dengan kerusi majoriti perlu mendapat restu daripada Zaibatsu bagi memastikan sokongan terus konsisten.

Kemuncaknya adalah kesemua Zaibatsu yang terdiri daripada Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda, Okura dan Asano telah diwajibkan membangunkan senjata bagi kegunaan tentera imperialis Jepun.

Ketika itu, Zaibatsu terpaksa menukar model perniagaan mereka kepada senjata bagi memastikan sokongan kerajaan terus terjamin.

Walau bagaimanapun, penguasaan Zaibatsu dalam ekonomi Jepun tidak kekal lama apabila negara itu secara rasmi menyerah kalah setelah Hiroshima dan Nagasaki telah dibom.

Amerika Syarikat yang mengambil alih seketika pentadbiran Jepun telah bertindak untuk membubarkan Zaibatsu.

Bagi Amerika Syarikat, Zaibatsu adalah antara yang perlu bertanggungjawab di atas jenayah perang yang dilakukan oleh kuasa imperialis Jepun.

Macam mana Zaibatsu dibubarkan?

Sebelum itu, Zaibatsu ini hierarkinya sama sahaja macam Megah Holding di Malaysia. Bermaksud keseluruhan saham dan pemilikan syarikat hanya dikuasai satu keluarga sahaja.

Jadi apabila pengerusi syarikat telah meninggal dunia, anaknya akan mengambil alih syarikat tersebut dan hal ini akan berlangsung selagi mana tidak muflis.

Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku lagi, Amerika Syarikat telah memaksa Zaibatsu menjual sebahagian saham kepada syarikat lain. Malah keluarga elit yang memiliki Zaibatsu dilarang sama sekali memegang jawatan CEO.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Hasil daripada tindakan ini, Zaibatsu telah berpecah kepada beberapa syarikat. Pemilikan syarikat pula tidak tertumpu kepada satu keluarga sahaja.

Dengan itu Zaibatsu telah terbubar dan biarpun masih ada lagi keluarga elit memiliki saham dalam syarikat, peranan mereka tidak lagi signifikan.

RUJUKAN:

FindLaw. (2017, Jun 16). Zaibatsu and “Keiretsu” – Understanding Japanese enterprise groups. Dipetik daripada 

Shigeaki Yasuoka. (2002, Jun 1). Japanese Zaibatsu. Campden. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply