Yakuza
terkenal dengan seni tatu pada badan ahlinya. Jika tidak penuh tatu satu badan
tidak cukup Yakuza seseorang itu. Namun, perubahan zaman yang semakin skeptikal
dengan Yakuza telah memaksa ahlinya tidak bertatu. Untuk dielak daripada
dikesan kerana perniagaan atau pun operasi moden Yakuza zaman ini.
Setakat
ini, bukan penggunaan tatu sahaja yang terkesan dengan dunia moden. Budaya
Yubitsume juga nampaknya menemui jalan penamatnya serta tidak popular dalam
kalangan mereka sendiri.
Apa itu budaya Yubitsume?
Yubitsume
yang juga dikenali sebagai potong jari amat popular dalam kalangan ahli Yakuza
suatu ketika dahulu. Yubitsume ini
bertitik tolak dari sejarah lampau kumpulan Bakuto. Sesiapa yang tidak berjaya
membayar hutang akan dipotong jarinya.
DNA
budaya ini masuk ke dalam kumpulan ini tetapi dalam versi yang berbeza.
Yubitsume di dalam Yakuza dikenakan sebagai satu tindakan permohonan maaf atau
pun hukuman kerana melanggar undang-undang Yakuza.
Perkara
yang lebih memeritkan adalah apabila tuan punya badan sendiri yang akan
memotong jarinya. Hal ini sangat menyukarkan serta hasrat seseorang untuk
mengkhianati Yakuza menjadi berkurangan.
Ia
juga bukan hukuman berbentuk sekali sahaja sudah cukup. Ia akan diulangi jika
kesilapan masih diteruskan. Satu kesilapan, satu bahagian jari hilang.
Kesilapan kedua dilakukan, maka bahagian sambungan jari seterusnya menjadi
taruhan.
Yubitsume punca sukarnya kehidupan bekas Yakuza
Satu
survei pada tahun 1993 mendapati bahawa hanya 45% Yakuza moden yang pernah
menghadapi hukuman Yubitsume. Sekalipun nampak ganas dan kejam, ahli yang
dikenakan hukuman akan pergi mandapatkan bantuan perubatan selepas hukuman itu
untuk mengelakkan penyakit seperti haemorrhaging dan jangkitan.
Dilakukan sendiri oleh tuan punya badan
Keperitan Yubitsume sebenarnya tidaklah terhenti selepas mendapatkan perubatan. Ia jauh lebih perit jika seseorang ahli Yakuza itu sudah insaf. Dalam masyarakat sosial Jepun memang ada sekumpulan atau organisasi sivik yang menyediakan program mendapatkan pekerjaan bagi bekas Yakuza. Tetapi, nampaknya, organisasi yang menguruskan mengakui bahawa program ini tidak berjaya. Terdapat beberapa faktor antaranya:
1)
Ahli bekas Yakuza tak mahu buat kerja-kerja orang biasa
2)
Kesihatan fizikal yang kurang memuaskan
3)
Kekurangan kemahiran kerja yang sesuai
Selain
tiga di atas ini, terdapat satu lagi faktor program ini tidak berjaya iaitu
tatu pada badan serta kesan jari yang cacat atau putus dipotong menjadi sebab
penting kenapa syarikat di Jepun sering menolak mereka ini.
Tiada lagi yubitsume, hukuman moden lain masih ada
Memang
benar bahawa hukuman ini tidak lagi popular. Ini kerana operasi kerja Yakuza yang
ingin dilakukan dengan cara yang kurang diragui. Maka, hukuman seperti mencukur
rambut, denda dalam bentuk kewangan, dipenjarakan sementara dan pengusiran
sementara adalah lebih menjadi keutamaan.
Namun,
jika kesilapan itu terlalu serius, yubitsume adalah satu-satunya pengajaran
yang menjadi pilihan.
RUJUKAN:
- Kristinn
Árnason. (2014). History Of The Yakuza.
Sigillum Universitatis Islandiae. - Andrew
Rankin, ‘Recent Trends in Organized Crime in Japan: Yakuza vs the Police, &
Foreign Crime Gangs’ Part 2,’ The Asia-Pacific Journal Vol 10, Issue 7, No 1,
February 20, 2012.




No comments yet