Yersinia Pestis – Alkisah Bakteria Yang Meragut Lebih 300 Juta Nyawa Dalam Sejarah

646

https://bit.ky/kombowww

Tahukah anda, sejarawan berpendapat Taun Amwas di zaman Khalifah Umar ibn Al-Khattab yang melanda Ash-Sham adalah Wabak Justinian disebabkan bakteria Yersinia Pestis. Yersinia Pestis dibawa oleh spesis rodensia / tikus-tikus. Seterusnya berkembang dari kutu tikus Oriental yang menghisap d4rah tikus & berpindah ke tikus lain serta kemudian hinggap pada manusia.

Kutu Tikus Oriental, penyebar bakteria Y. Pestis dari tikus kepada manusia

WABAK JUSTINIAN 541-750 MASIHI

Gambaran Wabak Justinian melanda Konstantinopel

Wabak Justinian bermula seawal 541-542 Masihi di j4j4han t4kluk Rom Baizentin & secara berperingkat meny3rang hampir semua kawasan berhampiran Laut Mediterranean sehingga 750 Masihi. Ia dikenali dinamakan Justinian bersempena nama Maharaja Rom ketika itu. Maharaja Justinian turut terkena wabak ini tetapi sembuh dari p3nyakit berkenaan. Sejarawan Romawi ketika itu iaitu Procopius menyatakan wabak Justinian ini bermula di pelabuhan dagang Pelusium berhampiran Suez Mesir.

Puncanya dari pusat simpanan gandum di Mesir dimana tikus-tikus dari gudang simpanan gandum turut masuk ke kapal dagang hinggalah kapal berlabuh & tikus-tikus ini menjangkiti tikus-tikus lain di Kota Konstantinopel melalui pembawanya iaitu kutu-kutu tikus Oriental yang turut hinggap ke badan manusia lantas menyebarkan bakteria Yersinia Pestis.

Procopius dalam catitannya “Secret History” merekodkan dalam sehari berlaku lebih 10 ribu k3m4tian di Konstantinopel, tiada ruang lagi untuk menanam m4y4t-m4y4t bergelimpangan di dalam & luar Konstantinopel serta seluruh Konstantinopel berbau busuk diumpamakan bauan k3m4tian.

Justinian Plague ini meny3rang bukan sekadar semua j4j4han Romawi Baizenti sekitar Lautan Mediterranean malahan juga merebak ke j4j4han t4kluk Empayar Parsi Sassaniyah & dipercayai juga salah satunya ialah Wabak Amwas (Plague of Emmaus) ketika era Khulafak ur Rashiddin. Sejarawan mencatatkan Wabak Justinian merebak ke Empayar Parsi Sassaniyah pada tahun 627-628 Masihi dikenali Wabak Shirawayh melanda ibukota Ctesiphon & s3rangan kedua dipanggil Wabak Yezdigird.

Dalam sejarah Islam pula, pada tahun 638-639 Masihi Taun Al-Amwas (Plague of Emmaus) membvnvh seramai 25,000 umat Islam di Ash-Sham termasuk ribuan para sahabat seperti Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah, Mu’az bin Jabal, Syurahbil bin Hasanah, Suhail bin Amru, Yazid bin Abi Sufyan dan Amir bin Ghailan As Tsaqafi ketika era pemerintahan Khalifah Umar ibn Al Khattab.

Setelah itu 20 tahun kemudian pada zaman Khilafah Umayyah pula, wabak yang sama merebak ke Kota Basrah pada 688-689 Masihi dikenali Wabak al-Jarif yang dikatakan membvnvh lebih 200 ribu orang umat Islam dalam masa 3 hari sahaja. Catitan sejarawan Islam merekodkan dari tahun 661 Masihi – 750 Masihi terdapat LAPAN serangan wabak berlaku secara berkala sepanjang pemerintahan Khilafah Dinasti Umayyah di j4j4han takluknya.

Difahamkan Wabak Justinian ini memakan k0rban seramai 25 juta – 100 juta orang sepanjang tempoh 200 tahun (541 – 750 Masihi).

WABAK BLACK D3ATH 1346-1353 MASIHI

Gambaran k3m4tian & m4ut menjemput masyarakat Eropah di zaman Kegelapan

Bakteria Yersinia Pestis ini mula bermutasi secara evolusi radiasi sebagai strain baru extant 0ANT.1 & strain mutasi bakteria Yersenia Pestis ini pula menjadi punca Wabak Black D3ath yang mengh4ntui Eropah & Asia dunia ketika zaman Keg3lapan Eropah pada 1346-1353 Masihi. Dipercayai ia bermula apabila t3ntera Mongol meng3pung bandar-bandar kota Slav & Eropah Timur serta menggunakan m4y4t-m2y4t manusia yang menjadi k0rban Wabak Black D3ath untuk dilempar ke dalam kota-kota yang dik3pung sebagai s3njata biologi.

Pelarian yang lari pula menaiki kapal-kapal yang membawa tikus-tikus dijangkiti dari kota-kota dikepung Mongol ke serata ceruk lautan Mediterranean, bagaikan sejarah hitam berulang kembali, ia merebak ke serata dunia dari jalan laut ke jalan darat. Dari tikus ke kutu tikus ke manusia, 2/3 orang Eropah m4ti & banyak kota-kota medieval Eropah menjadi kosong dengan m4ut dimana-mana. Gereja-gereja Katedral pula menjadi perangkap m4ut & golongan bangsawan feudal Eropah turut menanggung bahana wabak selain rakyat marhaen.

Jalan Sutera merupakan jalur perhubungan dagangan dunia Timur-Barat menjadi Jalan M4ut pula akibat merebaknya Wabak Black D3ath ini. Pada tahun 1349 Masihi akhirnya Wabak Black D3ath ini sampai ke Makkah & wilayah Islam lainnya di Benua Afrika & Semenanjung Arab. Pengembara terkenal Ibnu Khaldun kehilangan kedua ibu bapanya yang terk0rban akibat wabak ini. Ibnu Khaldun merekodkan;

“Kedua2 tamadun di Timur & Barat telah dikunjungi wabak kemvsnahan yang menghancvrkan banyak negara & menyebabkan semua populasi penduduk terhapvs. Ia menelan banyak benda-benda kebaikan ketamadunan & menghapvskannya sekaligus … Tamadun berkurang setelah manusia berkurangan. Kota-kota & bangunan ditinggalkan, jalanan & penanda arah dimvsnahkan, penempatan-penempatan & mahligai-mahligai menjadi kosong, dinasti-dinasti & kaum-kaum menjadi lemah. Keseluruhan dunia telah berubah.”

Sejarah mencatatkan Wabak Black D3ath memakan k0rban dari 75 juta – 200 juta orang di seluruh dunia ketika itu.

PANDEMIK WABAK KETIGA 1855-1960

Empayar Qing Manchu gagal mengawal Pandemik Wabak Ketiga melanda Yunnan pada 1850an

 

Bakteria yang sama iaitu Yersinia Pestis sekali lagi menular membawa kepada k3m4tian di China semasa Empayar Qing Manchu pada 1855. Bermula di Yunnan China ia merebak menerusi jalan perdagangan darat & laut menerusi tikus-tikus, manusia yang dijangkiti & barangan kargo dari pelabuhan-pelabuhan dibawa pula ke atas kapal-kapal perdagangan sehinggalah ke India.

Kesan wabak ini memvsnahkan populasi Yunnan & wilayah China Selatan serta tindakan acuh tak acuh pemerintah Dinasti Qing Manchu menjadi salah satu punca Pemb3r0ntakan Taiping oleh Cina Han ke atas pemerintahan Manchu serta Pemb3r0ntakan Panthay oleh Cina Hui Muslim ke atas Manchu.

Wabak ini merebak pula ke wilayah Guangxi & Guandong sehinggalah ke Canton & Hong Kong. Pemb2r0ntakan & keadaan kvcar k4cir menyebabkan penularan wabak berleluasa. Pihak British di Hong Kong percaya t3ntera Qing Manchu dijangkiti wabak pulang ke kawasan pesisir membawa wabak berkenaan pula menjangkiti orang awam lantas memburukkan keadaan selepas pert3mpuran dengan pemb3r0ntak Cina Hui Muslim di Yunnan. Pada Mac 1894, Canton dis3rang fasa kedua Pandemik Wabak Ketiga yang memakan k0rban sehingga 60 ribu orang dalam masa beberapa minggu sehingga selepas tempoh 2 bulan, seramai lebih 100 ribu orang terk0rban.

Pada 1910-1911, wabak yang sama dikenali Wabak Manchuria meny3rang wilayah Manchuria & Mongolia memakan ny4w4 60 ribu m4ngsa. Dipercayai strain Yersinia Pestis dalam Wabak Manchuria ialah variasi mutasi yang bermula dari jangkitan manusia ke manusia.

Doktor British merawat pesakit Pandemik Wabak Ketiga di India

Di India pula, penularan wabak menerusi kapal-kapal dagang dari Hong Kong pada 1850an bermula di bandar-bandar pelabuhan seperti Bombay, Pune, Calcutta & Karachi. Ia membvnvh sejuta orang sehinggalah dalam tempoh 30 tahun kemudian, jumlah terkumpul k3m4tian akibat wabak ini di jajahan British Raj India ialah 12.5 juta orang.

Tindakan keras pihak kolonial British dalam mengatasi wabak ini sepanjang tahun 1890an menaikkan semangat nasionalisme India yang menjadi asas kepada gerakan anti British pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, Pandemik Wabak Ketiga membvnvh seramai 2 juta orang di China & lebih dari 10 juta di India sahaja.

PENGAJARAN

Dengan Spanish Flu, diikuti pula virus Nipah, virus SARS-COV, MERS-COV dan kini pula wabak COVID-19, mahu tak mahu antara persamaan ialah bagaimana jangkitan bermula dari haiwan ke manusia & akhirnya bacteria/virus termutasi pula dari manusia menjangkiti manusia yang lain. Setelah itu pula wabak merebak melalui pergerakan manusia dari jalan darat, jalan laut hinggalah kini melalui jalan udara. Dunia tanpa sempadan menyaksikan penyebaran wabak menjadi berleluasa. Patuhilah arahan Kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Berkurung.

Renungilah hadith & Sunnah. Dari Abdul Rahman bin ‘Auf R.A, “Sesungguhnya aku mempunyai ilmu berkenaan perkara ini. Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila kamu mendengar ia (wabak) berlaku di sesuatu tempat maka janganlah kamu pergi kepadanya. Dan apabila ia berlaku di tempat yang kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar daripadanya.” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya,” Tidaklah seorang hamba yang terkena wabak tha’un, lalu dia diam (kuarantin) di dalam negerinya (tempat tinggalnya yang terkena wabak) dengan sabar, sesungguhnya tidak akan terjadi sedemikian kecuali ketentuan Allah baginya, baginya ganjaran seumppama m4ti syahid.” (Riwayat Imam Bukhari)

RUJUKAN:

1) Buku “Justinian’s Flea: The First Great Plague and the End of the Roman Empire”, oleh William Rosen.

2) “At Tarikh Al Islami Al Wajiz”, oleh Dr. Muhammad Suhail Thaqqus

3) Artikel “A brief Islamic history of plagues in light of Coronavirus” terbitan Halal Travel Guide.

4) “Black D3ath”, Encyclopaedia Britannica

5) Jurnal “Pestis Redux: The Initial Years of the Third Bubonic Plague Pandemic,1894-1901” oleh Myron Echenberg

6) Irsyad Usul Fiqh Siri 45 – Bagaimana Mendepani Wabak & Penyakit Menurut Perspektif Usul Fiqh. Pautan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/4138-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-45-bagaimana-mendepani-wabak-dan-penyakit-menurut-perspektif-usul-al-fiqh

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.