Di Jepun, Yatai boleh dikatakan agak serupa dengan warung-warung jalanan di negara kita. Cuma perbezaannya ialah Yatai merupakan warung bergerak (food cart) dan telah wujud lama dalam budaya dan sejarah Jepun sejak abad ke-17 lagi.

Disebabkan ini, ada pihak berpendapat bahawa Yatai merupakan tren premis makanan segera yang terawal dalam sejarah dunia. Dulu, Yatai bertebaran di seluruh negara terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Selalunya Yatai akan tertumpu di kawasan terbuka seperti kawasan tanah lapang, taman, tepi laluan pejalan kaki dan tebing sungai.

Yatai juga pernah mencapai zaman kegemilangannya ketika Zaman Pemulihan Meiji. Pada waktu itu, Yatai kerap boleh dilihat bersepah di bandar-bandar besar terutamanya Tokyo. Tambahan pula, imigran-imigran yang berasal daripada Korea dan Taiwan melihat tren Yatai sebagai suatu peluang baik untuk mencari rezeki.

Awalnya, Yatai sering menyediakan sushi, soba, yakitori dan tempura. Namun, selepas tamatnya WWII, Jepun pernah mengalami kekurangan bekalan beras antara 1946 hingga 1950. Maka, kebanyakan para peniaga telah menggunakan bekalan tepung gandum yang diimport dari AS bagi meneruskan perniagaan mereka.

Dari situ, Yatai lebih tertumpu kepada menyediakan makanan-makanan berasaskan tepung gandum seperti ramen, yakisoba, takoyaki, dan okonomiyaki. Hasilnya, kebanyakan makanan-makanan Jepun yang kita kenali hari ini berasal daripada hasil inovasi oleh peniaga-peniaga Yatai.

Malangnya, tren Yatai telah mengalami penurunan yang teruk sejak 1964. Hal ini kerana Kerajaan Jepun melihat Yatai berpotensi memburukkan imej negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1964. Menurut mereka, Yatai mempunyai masalah dari segi kebersihan makanan dan persekitaran.

Lantaran itu, kerajaan Jepun telah menghapuskan banyak Yatai di seluruh pelosok negara. Hari ini, Yatai hanya boleh banyak didapati di bandar Fukuoka atas inisiatif peniaga-peniaga Yatai di sana dengan menubuhkan Persatuan Perniagaan Yatai.

Namun begitu, bilangan Yatai terus mencatatkan penurunan daripada sekitar bilangan 400 pada tahun 1960 sehinggalah hanya kira-kira 120 pada tahun 2013. Adakah Yatai masih dapat meneruskan kewujudannya untuk 50 tahun akan datang?

Sumber:

i. How The Japanese Government Is Killing Yatai Food Carts:
https://www.tofugu.com/japan/yatai/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Alam Sekitar di UPM. Pencinta sejarah, falsafah dan sains. Percaya bahawa masyarakat perlu kembali kepada pembudayaan ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara

Comments are closed.